05 February 2011

percubaan pertama

  16 Komen    
label: 
Masa aku berkerja di sebuah syarikat katering dulu, pengkhususan awal aku yang tak berpengalaman ni hanya di bidang cuci mencuci je. Maklum la masa tu mane nak kenal segala rempah dan ntah apa lagi bahan masakan yang ada tu.

Dari cuci mencuci perkakasan sampai la cuci mencuci bahan mentah masakan. Kira dah tahap kalo nak cuci ikan ngan ayam tu sambil pejam mata pun dijamin bersih la. 

Lama kemudian aku berjinak jinak dengan potong memotong dan penghiasan lak. Tak sempat nak jadi pakar, aku dibidan terjunkan ke arah bermain dengan api. Bermula dari situ, segala bakat semulajadi yang terpendam sekian lama pun terbongkar.

Macam macam yang aku lalui. Pengalaman berdarah tu dah macam alah bisa tegal biasa. Jari jemari melecur dek wap minyak panas la. Memacam la lagi. Tapi bukan pasal tu yang aku nak kongsikan hari ni.

Hari ni aku nak kongsi percubaan pertama aku memasak sejenis nasik yang baru pertama kali aku dengar masa tu dan itulah dia nasi carrot.


Sebenarnya aku bukan tak pernah masak nasik, banyak kali jugak. Nasik ayam, nasik lemak, nasik minyak, nasik tomato, nasik biryani dan macam macam jenis nasik la. Tapi nasik carrot ni baru pertama kali lak aku kene hadap. Bos aku pulak masa tu datang gout, tak pasal je aku yang kene ambik alih.

Rupanya tak la susah mana pun. Bahan yang diperlukan tu memang cukup simple. Beras basmathi, bawang putih, bawang merah, halia, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, minyak sapi, lobak merah, air, gula batu dan sedikit garam kasar.



Segala bawang putih, bawang merah, halia tu kisarkan je sampai halus pehtu ditumiskan bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga tu menggunakan minyak sapi tu tadi. Kalo nak kasik wangi sikit, boleh jugak masukkan daun pandan sekali.

Bila dah naik wanginya, masukkan air secukupnya dan biar sampai mendidih. Masukkan jugak gula batu dan garam kasar tu secukup rasa. Lobak merah tu tadi dicincang halus panjang panjang ikut suka la. 



Agak dah mendidih airnya tu tai, masukkan je beras basmathi yang dah dibersihkan dan ditos airnya lalu dikacau perlahan sehingga sedikit kembang dan kering airnya. Kemudian masukkan hirisan lobak merah tu tadi, kacau bagi rata pehtu perlahankan api dan tutup periuk tu sehingga keluar asap wap baru la tutup apinya.

Senang kan ? Memula tu aku ingat susah gila la sebab aku tak biasa masak guna beras basmathi ni. Maklum la berasnya agak manja. Kalau terlebih air nanti jadi terlalu kembang dan teksturnya tak cantik. Kalau tak cukup air lak, mentah kat tengah. Tambah lak ngan bos aku yang cerewet gila tu. Cerewet sebab aku ni suka nak menokok tambah apa yang aku rasakan sesuai. Hehehe..

Mungkin versi yang aku bagi ni terlalu simple. Kalo ada salah silap tu, biasa la kalo dalam bidang masak memasak ni. Tak semua chef tu satu kepala kalo nak sediakan bahan bahan. Padahal masakan yang sama je tapi ada je yang sesuka hati nak ditambahnya. Selamat mencuba dan kreatifkan diri. 







16 comments:

  1. resepi baru dri pipoq. hehe ;D kena try ni. masak lebih krng mcm nasi minyak ;)

    ReplyDelete
  2. hmmm harap xhangit kalau aku buat nanti,hehe

    http://kipasmati.blogspot.com/2011/02/selepas-berbikini-kini-fasha-sanda-di.html

    ReplyDelete
  3. mesti best! x penah denga lg nasi carrot! unik2 ^_^

    ReplyDelete
  4. kak ati pun baru tahu ada nasi carrot yek..

    nak tanya..GULA BATU tu..guna nya
    utk melembutkan nasi kan??

    ReplyDelete
  5. Hafriz el-Muhammady :

    cuba jangan tak cuba..

    ReplyDelete
  6. ♥cik cahya♥ :

    yup..lebih kurang macam nasik minyak je cuma tambahkan lobak je dah jadi nasik lobak..kalo nak kreatif, boleh cuba gantikan lobak tu dengan epal..

    ReplyDelete
  7. AkuBukanBlogger :

    kalo ikut cara yang betul insyaAllah tak hangit..pastikan api tu jangan terlalu kuat je bila beras dah mula kembang dan airnya kering..

    ReplyDelete
  8. nadiah daud :

    negara kita Malaysia ni memang banyak makanan yang unik..cuma ramai yang tak tau je..

    ReplyDelete
  9. Ati Masrif :

    kak Ati pun baru dengar ? hehehe..

    yup, gula batu tu untuk memudahkan melembutkan nasik terutama kalo masak dalam kuantiti yang banyak..

    ReplyDelete
  10. first dgr nasi carrot nih.
    mcm sedap.
    nak try jgak lh. :)

    ReplyDelete
  11. raya haji 2 tahun lepas..my mom buat nasi carrot ni..

    cara lebih kurang juga..tp guna beras biasa je..cuma tk letak la pulak gula batu.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BIRTHDAY DD

    ReplyDelete
  12. Lepas ini boleh tanak nasi majlis kenduri kahwin pula :-)

    ReplyDelete
  13. mizzapple :

    memang jarang orang buat nasik carrot ni..selamat mencuba..

    ReplyDelete
  14. nabilah_2908 :

    beras biasa pun boleh jugak tapi kene ngam ngam air dia sebab tak nak terlalu berketul kembang berasnya..

    gula batu tu tak letak pun boleh gak kalo masak dalam kuantiti sikit..

    ReplyDelete
  15. akubiomed :

    boleh punya..siapa punya majlis ? bro ke ? hehehe

    ReplyDelete