08 February 2011

retro hero

  15 Komen    
label: 
Selamat hari selasa buat semua pembaca. Sihat tak hari ni ? Maklum saja la cuaca sekarang ni agak kurang menentu. Kalo panas terik tu, memang pijar je rasanya. Bila hujan pulak, sampai banjir dibuatnya. Camne pun bersyukur la sebab negara kita ni iklim cuacanya lebih baik dari negara lain.

Hari ni aku nak cerita pasal zaman kebudak budakan dulu sekitar awal tahun 80-an. Aku pun macam budak normal yang lain jugak sebab salah satu kegemaran aku di waktu lapang ialah menonton TV. Masa tu mana nak ada astro cam sekarang ni. Siaran TV3 pun tahun 1983 baru nak bersiaran. Sebelum tu layan la RTM je. 

Beza dulu dengan sekarang, kalo dulu tu seingat aku memang tak banyak iklan cam sekarang ni. Dalam satu jam bersiaran tu ada la satu je iklan keluar. Tapi sekarang ni, sepuluh minit sekali dah iklan keluar. Lama lak tu iklannya. Leceh tul. Asyik anti klimaks je. 

Lupakan pasal semua tu sebab aku nak bercerita tentang antara hero pujaan aku masa bebudak dulu. Aku ni bukan la hantu ngadap TV je sebab mak aku lebih suka anak anak dia lebih banyakkan mengadap buku bacaan dari mengadap TV tu. Tapi bila tiba waktu siaran rancangan hero hero kegilaan aku ni, pasti aku yang pertama akan terbaring terbongkang depan TV tu.



Hahaha..ni antara hero nombor satu pujaan aku masa dulu. Tak pernah aku tertinggal walau satu episod pun. Waktu siaran jam 5 petang, sebelum tu mesti aku siap siap solat asar sebab kalo mak aku tanya bila aku jawab belum pasti hukuman seminggu tak leh tengok TV akan dikenakan. Aku ingat lagi masa episod terakhir bila dia lawan geng raksaksa sampai mati hero aku ni. 


Kejam tul raksaksa tu sampai aku terlebih emosional mengalirkan air mata kesedihan dan kemudiannya kegembiraan bila mana tiba tiba keluarga ultraman ni datang membantu. Baru aku tau ultraman ni ada keluarga masa tu. Hampeh tul. Mak bapak ultraman pun ada. 


Lepas tu kegilaan siri anime hidup Jepun ni semakin menular dalam saraf aku dan bebudak seangkatan waktu tu. Dan kali ni lebih memalukan untuk diingat kembali segala aksi yang dipengaruhi dari tayangan anime Jepun ni. 




Ada yang tak kenal ke ngan polis angkasa Gaban ni ? Ketakjuban aku pada hero animasi ni sehingga bila aku tengok orang bawak motorsikal roda tiga yang kat sebelah tepi tu pun aku panggil tu motor gaban. Hahaha..


Belum sempat encik Gaban merosakkan pemikiran suci kanak kanak macam aku ni, muncul pulak satu lagi hero dari Jepun. Dengan motorsikal lasak dia yang canggih tu, kostum yang menawan kalbu. 




Macam macam nama orang panggil dia ni. Ada orang panggil Suria Baja Hitam. Ada yang panggil Kamen Rider. Zaman aku dulu panggil Suria Perkasa Hitam. Dan akibat nama panggilan yang bercelaru ni membuatkan aku sering kali bertengkar dengan kawan kawan sekelas mendebatkan nama hero Jepun ni. 


Tu baru hero waktu petang. Kalo malam lak, ada jugak hero yang menanti. Dulu biasanya siaran berita perdana hanya setengah jam je. Ringkas dan padat. Ataupun zaman dulu tak banyak berita untuk diberitakan kot. 




Kagum tul aku bila tengok diorang ni beraksi. Ntah kat mana diorang beli helikopter camtu aku pun tak tau la. Paling mengkagumkan pemikiran aku masa tu helmet yang diorang pakai tu. Kerana terlebih emosi, pasti aku akan ketawa riang bila orang jahat menerima kekalahan di saat akhir.


Ada lagi sorang hero kekonon masa tu aku nampak macam hensem je zaman tu. Dah la macam hensem, macam google pun ada sebab macam macam dia tau nak buat.




Dia ni la penyebabnya menjadikan aku tak reti nak duduk diam. Ada je barang barang yang aku nak bukak pehtu pasang balik ataupun kekonon terlampau kreatif menjadikan berfungsi lain lak. Sib baik aku tak kenal sangat segala jenis kimia masa tu kalo tak mungkin bom pun aku dah buat. Tapi aku memang teruja bila tengok encik Macgyver ni menggunakan segala kemahiran dia untuk menewaskan musuh. 


Tu semua dulu la. Sekarang ni dah terlampau banyak pulak hero TV yang muncul. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu nak dijadikan idola imaginasi melampau. Ada ramai lagi sebenarnya. Nanti lain hari aku akan bercerita lagi. Retro hero korang pulak camne ?






15 comments:

  1. folo & BW..

    mehla jenguk belog ai..

    salam kenal!(^___^)

    ReplyDelete
  2. kak ati suka sgt cite
    airwolf dan macgyver
    harus terpacak depan tv

    lani anak kak ati syahmi
    pula tergila2kan ultraman..huhu

    ReplyDelete
  3. :: noremy bte rahmat :: :

    terima kasih..insyaAllah akan menyusul..

    ReplyDelete
  4. Ati Masrif :

    aii..kak ati pun layan gak..hehehe..

    ultraman yang sekarang ni dah tak berapa nak syok pulak tengoknya..

    ReplyDelete
  5. saya paling tak suke cite kartun time kecik2 dulu...slalu je gaduh ngan adk bradik, sbb nak tgk cite lain...:)

    ReplyDelete
  6. layan power rangers..haha..bermusim2 citer tu...kejap org ni, pastu next season org lain plak

    ReplyDelete
  7. nur aisya humaira :

    bab begaduh ngan adik beradik bila nak tengok rancangan kegemaran tu yang syiok pun..hehehe

    ReplyDelete
  8. man yusoef :

    zaman aku bebudak dulu belum ada power ranger ni..

    ReplyDelete
  9. haha

    betul2 menjadi kegilaan

    tmbh lg

    dragon ball

    setiap sabtu dan ahad jam 9.30 pg

    tv 2

    wah pasti terconggok punya

    best kan teringat kisah2 dahulu

    (wah ayat mcm ku ni da tua je)

    huhu

    ReplyDelete
  10. dulu memang minat suria baja hitam...
    moto boleh hidup sendiri kot..

    >>ke aku salah,xingt sgt la...

    ReplyDelete
  11. gue rindukan flashman dan maskman..
    eheheeee

    ReplyDelete
  12. mr.syazwan :

    hehehe..dragon ball aku tak tengok sangat sebab masa tu dah duduk hostel..just baca komik dia je..

    ReplyDelete
  13. ïêmå å¢klê§ :

    bukan setakat leh hidup sendiri motor dia tu, bejalan sendiri pun boleh owhh..

    ReplyDelete
  14. mie :

    bila ingat balik semua tu rasa cam nak cari pulak koleksi dia untuk tontonan semula..hehehe

    ReplyDelete
  15. memandangkan sy ni perempuan..so tak ikut sngt la cite2 super hero ni..huhu...

    bnyk tgk cartoon...mcm sailor moon..ha..dragon ball sy ikut... :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    APA KATA SURVEY

    ReplyDelete