14 February 2011

tahniah....anda terpilih

  18 Komen    
label: ,

Salam isnin buat semua pembaca. Hari ni bersamaan 14 Februari agak kontroversi sikit gamaknya. Kononnya hari ni adalah hari untuk memperingati kekasih. Cukup kesian bagi yang meraikannya. Setahun sekali je nak memperingati kekasih ? Kebetulan pulak esok bersamaan 12 Rabiul Awal adalah hari ulangtahun kelahiran kekasih junjungan kita. Tu pun hanya diingati setahuh sekali gak ke ?

Kita tinggalkan dulu cerita tu sebab hari ni aku nak berkongsi minda pasal tajuk entri kat atas tu. Jangan ada yang silap paham lak. Aku tak de buat GA atau contest apa apa pun untuk membuatkan korang terpilih. Cuma bagi pembaca yang sedang membaca entri ni, korang memang terpilih untuk membacanya.

Selama hayat kita sehingga ke hari ni, pernah tak kita berasa bangga dengan apa yang kita perolehi ? Seterusnya mensyukuri dengan apa yang kita ada. Bukan tujuan untuk meriakkan diri pulak, tapi cuba kita imbas kembali setiap kelebihan yang kita miliki.


Bagi yang berkerjaya, mungkin ada yang berasa tidak puas dengan kerjaya yang dimiliki sekarang. Tapi mungkin kita tak sedar bahawa kita adalah antara insan terpilih yang ditetapkan oleh Allah untuk mengaut rezeki dari kerjaya yang kita lakukan tu. 

Bayangkan berapa ramainya insan lain yang tidak bertuah seperti kita yang diberikan peluang untuk meraih keuntungan dunia. Tu pun masih lagi kita bermalas malasan dan beralasan untuk mempergunakan peluang yang ada. 


Kalau yang berpeluang untuk menyambung pelajaran pulak, ketahuilah bahawa kita antara insan terpilih untuk meneruskan perjuangan ilmu yang dikurniakan Allah yang tak tertulis walaupun seluruh lautan digunakan untuk dijadikan dakwat pena. 

Segelintir dari insan terpilih ni pulak sanggup melepaskan kesempatan yang ada tanpa memikirkan ramainya insan lain yang lebih mengingini tapi tak kecapaian untuk meneruskan perjuangan ilmu ni. 


Untuk yang menjadi pasangan pulak, mungkin kita terlupa kita ni telah dipilih untuk memegang amanah yang tidak terhingga sebagai khalifah di muka bumi ni. Biasanya kebanyakan bila mula berpasangan yang difikirkan hanyalah keseronokan bila berdua. Kurang memikirkan amanah yang harus dipikul dan tanggungjawab yang harus dijaga. 

Si suami mungkin tidak sedar bahawa dia dipilih oleh Allah untuk membimbing keluarga yang dibinanya. Si isteri pulak mungkin tak sedar bahawa dia dipilih untuk menjadi penenang jiwa untuk suami tu tadi.


Bagi yang membaca entri ni pulak, mungkin kita tak sedar bahawa kita antara insan yang dipilih oleh Allah untuk membaca, menghayati, memikirkan dan seterusnya mengongsikan intipati yang ada kepada insan lain yang tak terpilih untuk membaca entri ni. 


Oleh kerana tu, jangan merungut atau mengomel banyak sangat. Bersyukur dengan apa yang kita miliki dan perolehi. Usahakan yang terbaik kerana kita telah terpilih untuk menanggungnya dan hanya yang layak sahaja yang dipilih untuk menghadapinya. 


18 comments:

  1. setelah berusaha kita perlu redha

    jangan mudah mengalah

    bersyukur dengan apa yg tlg di miliki

    insyALLAH Allah akan permudahkan

    =_=

    ReplyDelete
  2. betul2...syukur itu penting.suka entri ni.mau share kat FB :) - pneghulu AVE

    ReplyDelete
  3. ye, stuju!Syukur is the key..as nikmat yang Allah bagi tu sangat tak ternilai..klau rase nak merungut or rasa kekurangan, cepat2 la beristighfar..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...kita dikalangan yg terpilih...

    biasalah...manusia tidak pernh puas dgn apa yg ada...muhasabah diri...

    terima kasih ats perkongsian ini..n3 kt sini..bnyk membuka minda sy..

    ReplyDelete
  5. biasalah manusia , sentiasa mahu lebih .

    ReplyDelete
  6. Bersyukur apa yang diperolehi belum berminta-minta lagi

    ReplyDelete
  7. yup..betul tu..bersyuukur dgn nikmat yg kita dapat skrg

    ReplyDelete
  8. salam..bersyukur kita antara insan terpilih itu...

    ReplyDelete
  9. mr.syazwan :

    insyaAllah kalo kita sentiasa bersyukur pasti akan ditambah rezeki dengan tidak disangka sangka

    ReplyDelete
  10. Anon a.k.a Penghulu AVE :

    boleh saja..manfaatkan apa saja kebaikan yang ada untuk disebarkan..

    ReplyDelete
  11. Surie :

    ya..sedangkan Nabi yang dijamin tiada dosa pun beristigfar setiap hari, inikan pula kita yang sentiasa bergelumang dalam dosa..

    ReplyDelete
  12. Nabilah_2908 :

    pujian bagi Allah kerana menjadikan kita semua insan terpilih untuk berkongsi segala kebaikan yang ada..

    ReplyDelete
  13. Ati Masrif :

    yang paling mudah untuk bersyukur, ucapkan alhamdulillah setiap masa atas segala kurniaan yang diberikan untuk kita ni..

    ReplyDelete
  14. touya :

    kalo hidup berpandukan nafsu memang tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada..tu sebab nak lebih je..

    ReplyDelete
  15. akubiomed :

    minta berpada pada takpe lagi..kalo yang mintak lelebih tu yang terlampau tu..

    ReplyDelete
  16. E.d.Y :

    apa jua kurniaan pasti ada hikmahnya kan..kalo bersyukur, akan di tambah..kalo tak, tu yang tak cukup cukup je..

    ReplyDelete
  17. suri solehah :

    salam kak suri..

    ya bersyukurlah kerana kita insan terpilih yang diberi peluang menikmati kurniaan tak terhingga ni berbanding insan lain yang masih mencari cari..

    ReplyDelete