Selamat hari selasa dan salam maulidurrasul buat semua rakan rakan pembaca yang dihormati. Kalau semalam agak panas dengan isu sambutan hari valentine, hari ni pulak pasti lebih hangat dengan isu sambutan ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Kalau semalam hari memperingati kekasih kononnya, hari ni pulak hari memperingati kelahiran Nabi akhir zaman. Tapi adakah hanya pada hari ni je kita memperingati baginda SAW ? Bagaimana dengan hari hari yang lain pulak ? Adakah hanya pada hari ni sahaja kita membasahkan bibir dengan berselawat pada baginda ? Sedangkan hingga ke saat akhir hayat baginda, tidaklah kaum keluarganya yang diingati melainkan kita umatnya.
Tunjukkan kesetiaan cinta kita dengan bersungguh. Jangan hanya setahun sekali je kita memperingati baginda, malu kita ni pada Allah dan para malaikat Nya sebab sedangkan Allah dan para malaikat Nya sendiri pun sentiasa berselawat memperingati nabi, siapa pulak kita yang mengaku umatnya tapi sentiasa melupakannya ?
Tu sekadar pembuka kata sempena maulidurrasul hari ni. Semoga beroleh manfaat dari perkongsian yang ada ni. Aku bukan nak berkongsi tentang semangat maulidurrasul hari ni, insyaAllah kemudian hari kita kongsi bersama sebab dah pasti hari ni je dah berapa banyak blog yang korang lawat bercerita tentang maulidurrasul ni.
Kalo kat tempat kerja aku ni setiap hari pasti diorang akan pasang radio kuat kuat sebab nak mengatasi bunyi bising penyedut asap dan kipas peti sejuk jumbo tu disamping menyemakkan telinga dengan lagu lagu yang dikumandangkan.
Kalo dah namanya radio bila takde lagu, mana nak menarik ye tak ? Tapi dalam mendengarkan setiap lagu yang dikumandangkan tu pernah tak kita memproses lirik yang dinyanyikan tu ? Tolak lagu yang berunsur kejiwangan terlampau tu, ambik contoh lagu berunsur pesanan dan nasihat la.
Tak kesah la siapa pun penyanyinya asalkan lirik yang didendangkan tu berunsur teguran dan sinis untuk rohani. Aku ambik contoh terdekat macam bebudak yang ada kat tempat kerja aku ni. Bila berkumandang je antara lagu lagu tu, siap hafal lirik dan boleh pulak menyanyi mengalahkan penyanyi asal dia.
Bukan setakat hafal lirik dan boleh menyanyi semula lagu tu malah siap ada yang buat caller ringtone pada telefon bimbit. Belum sempat penyanyi tu nak keluar suara, baru keluar muzik pun diorang dah boleh nyanyikan liriknya. Tapi hanya sekadar di bibir dan melintas di telinga je la.
Tak salah kalo nak berhibur. Tapi malangnya bila hiburan tu digunapakai semata mata untuk menghiburkan diri tanpa meresapkan intipatinya. Tu yang orang cakap ada telinga tapi tak mendengar kot.
Padahal mungkin matlamat penulis lirik tu sendiri mengharapkan pendengar hasil seninya akan menikmati bukan saja lirik yang puitis tapi dapat mengambil kebaikan dari apa yang terkandung dalam lirik tulisannya tu.
Memang la lagu sedap didengar dan mengasyikkan. Ruginya kita kalo sekadar mendengar tapi tak mengambil iktibar dari apa yang kita dengar tu tul tak ? Sampaikan encik Maher Zain tu sanggup menyanyikan semula lagu InsyaAllah tu dalam versi bahasa melayu pun kita hanya menyedapkan telinga tanpa menghayati lirik yang didendangkan tu.
Adakah mungkin hati kita dah menjadi sekeras batu sedangkan batu yang keras pun pasti akan lebur dititis air dan ditiup angin. Dari dulu selalu kita dengar pasal masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Jom periksa lobang telinga kita sama sama takut lobangnya memang tembus dari kiri ke kanan.
myb yg turut sama nyayi tu...faham apa yg cuba di sampaikan...or myb not..huhu...
ReplyDeletesy suka juga dgn lagu...ambil tahu juga apa msg yg cuba di sampaikan...
sbb tu..ramai yg mengkagumi Maher Zain..bukan semata2 lagu yg di bawa...termasuk la juga msg yg cuba di sampaikan.. :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
SALAM MAULIDUR RASUL
salam..setuju dengan pipoq..kadang betulkan..kita sekadar berhibur...jarang menghayati lirik kan..
ReplyDeletebetul2...
ReplyDeletelagu hnya dibibir sahaja susah sekarang nk hayati betul2 ape y cuba disampaikan...
walaupun ramai y mengucapkan salam maulidur rasul tp xramai y betul2 menghayati makna maulidur rasul 2 sendiri..
sume terletak pada diri sendiri...
salam maulidur rasul (^_^)
wah...makan dalam sindiran ni..terasa lak beb..huhu
ReplyDeletesalam maulidur rasul...:)
nabilah_2908 :
ReplyDeletekalau yg menghayati maksud tersirat dalam lirik tu alhamdulillah la mungkin boleh dijadikan pedoman, tapi kalo yang hanya mendengar menyedap telinga..kosong..
suri solehah :
ReplyDeletesekadar berkongsi pendapat dari pengalaman sendiri je..radio kan suka putar lagu berulang, so lama lama bila dengar tu dapat gak tangkap lirik dia tu..then cuba fahamkan mesej yg cuba nak disampaikan tu..
ïêmå å¢klê§ :
ReplyDeletedia jadi susah bila tak nak berfikir je..kalo berfikir, tak susah mana pun..
E.d.Y :
ReplyDeletehehehe..alhamdulillah kalo terasa..maknanya hati tu belum keras cam batu..kalo orang yang hati keras mengalahkan batu, apa pun tak terasa..
adoi...
ReplyDeletesalam maulidur rasul..
eheheee