Hari ni aku nak berkongsi pengalaman yang aku lalui malam semalam. Kejadiannya berlaku hampir jam 9 malam di kediaman DB. Imran baru berusia 8 tahun merupakan anak bongsu kepada pasangan DB dan DF. Aku diamanahkan untuk memberikan sedikit pendidikan pada Imran tu.
Dan oleh kerana dia agak malas sikit nak mengulangi bacaan yang sepatutnya disambung malam tu, aku pun tukar la topik sikit. Sebagai bekalan untuk menghadapi masa depan yang gemilang, aku ajarkan bab bersuci.
Dalam bab bersuci ni memula dengan lancar aku terangkan berkenaan jenis jenis air. Takde masalah pun untuk dia faham penerangan aku yang panjang lebar tu. Lepas tu masuk pulak bab najis.
Masa mula mula aku terangkan pasal najis ni nampak macam faham je si Imran tu. Kemudian bila aku mula mengupas lebih lanjut, aku tengok muka dia dah lain macam.
Aku : "Najis mukhaffafah ni maksudnya air kencing kanak kanak lelaki berusia bawah dua tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja".
Sebijik sebijik perkataan tu aku sebut dengan jelas supaya dia boleh ingat dan faham. Tapi pehtu dia bertanya,
Imran : "Kenapa dia minum susu ibu dia ?"
Aku tersentap keliru sekejap.
Aku : "Sebab dia masih baby lagi, kena la dia minum susu ibu dia".
Dengan penuh keyakinan aku menjawab persoalan dia tadi.
Imran : "Tapi mengapa dia tak minum susu dia sendiri, nanti ibu dia nak minum apa ?"
Dalam masa yang sama gak DF melintas di ruang tamu. Aku ternganga sekejap nak fikir jawapan apa yang harus aku bagi. Segan lak kalo DF dengar jawapan aku kang.
Aku : "Okay, najis mukhaffafah ni ialah air kecing baby boy yang berumur below two years old yang only breastfeed with his mom"
Memang kadang kadang aku terpaksa bercakap english ngan Imran ni bila aku nak bagitau apa apa sebab bahasa melayu dia tak berapa nak faham.
Imran : "Apa tu breastfeed ?"
Sekali lagi mulut aku ternganga. Apa punya soalan la dia gi tanya kat aku. Secara pantas otak aku memproses seperti kefahaman budak berusia 8 tahun.
Aku : "Breastfeed tu menyusu la macam ni".
Aku siap buat gaya seorang ibu yang menyusukan anaknya dalam pangkuan. Tapi tak la aku selak baju aku. Ahahaha..
Imran : "Apa tu breastfeed dengan menyusu ? Dekat mana baby tu minum susu ibunya ? What are you doing like that ? I thought he use a bottle like i do when i was a baby."
Suasana menjadi hening seketika. Cuma kedengaran bunyi penghawa dingin dan salakan anjing kat luar rumah. Otak aku jadi kosong. Aku pandang Imran, Imran pun pandang aku sambil mata terkebil kebil.
Kah kah kah..Tak tahan beb..Kat situ gak aku gelak secara terkawal. Aku gelak sebab aku dah tak tau nak terangkan camne lagi. Aku gelak sebab aku terbayangkan seorang budak yang tak pernah melihat situasi breastfeeding tu.
Aku : "Err..soalan yang tu next time kita discuss okay. Next najis mutawasitah lak".
Sepantas kilat aku terus tukar topik lain.
hrumm...mengajar agama yer...
ReplyDeletebiasanya bab2 sensitif ni..payah nk bagi tau pada budak2 kan...
kalau sy pun..jenuh juga nak menerangkan..
lepas ni kena tunjukkn video ibu sdng menyusukan anak dia..baru Imran faham kot.. :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
HARI MENTERNAK LEMAK - PART 2
hahaha..adeh..sekali kene soal bertubi2 mau terkedu awak nak menjawab ye..hahaha..bijak lah imran tuh..
ReplyDeletenabilah_2908 :
ReplyDeletetunjuk video ? alahai..tak buat persediaan camtu la..
Chempaka Sari :
ReplyDeletebukan terkedu je..terkulat kulat nak memikior jawapan..
susah jugak nak fahamkan budak2 skrg. pemikiran dorg ingin tahu tu mmbuak2. klu slah cakap lain lak dorg pikir.
ReplyDeletetapi kelakar la budak tu. msti dia msih pkir apa tu susu ibu ? hahaha ;D
huhu...budak2 mmg suka tanya soklan macam2...layankan je
ReplyDeleteBukan senang hendak menerang kepada anak-anak yang belum Mumayiz :-)
ReplyDeletelaa ustaz rupenya....
ReplyDeletebudak2 time kecik suka bertanya, bila besar malas pulak...
inilah dia budak terlampau cerdik
ReplyDeletekdg2 susah nak terangkan
sama mcm anak buah wan
adehhh
kdg2 rasa nak cekik2 je
hahaha
♥cik cahya♥ :
ReplyDeletetu la pasal..memang jenuh nak bagi paham bebudak sekarang ni..
E.d.Y :
ReplyDeletememang aku layan sampai tak terlayan beb..mati kutu dibuatnya..
akubiomed :
ReplyDeleteitu la..tambah lak kefahaman diorang masih cetek lagi..
ieMa ackLes :
ReplyDeletebeb..aku bukan ustaz la..aku cuma pengajar private apa yang patut je..hehehe
mr.syazwan :
ReplyDeletehahaha..haru biru kalo kene soal bertubi tubi ni..
hahaha. tak terjawab kauu
ReplyDelete