31 January 2011

nilai sebuah pekerjaan

  18 Komen    
label: , ,
Sebulan sudah berlalu meninggalkan kita dalam tahun 2011 ni. Bagi yang baru bergelar pekerja, kerja la baik baik. Bagi yang dah lama berkerja, kerja la baik baik jugak sebab walau apa pun kerja halal yang kita usahakan tu pastinya ada nilai yang tak terhitung harganya.


Hari ni aku nak menyentuh satu pekerjaan yang bagi aku tersangat la tak terhitung nilainya dengan wang ringgit atau harta benda. Mungkin ada di antara pembaca blog aku ni yang berkerjaya sebagai pendidik. Tak kira la walau kat mana pun korang mendidik, asalkan namanya mendidik maka berbahagialah korang sebagai seorang pendidik.


Aku sendiri pun sikit sebanyak tergolong dalam golongan warga pendidik ni jugak walaupun tak secara formal. Hampir lapan tahun dah aku jadi pendidik tak formal ni dan dalam masa lapan tahun tu macam macam pengalaman yang dapat aku lalui. 


Kadang kadang tu seronok, kadang kadang tensen berabis, kadang kadang rasa macam nak pijak pijak anak murid tu. Maklum saja la kebanyakan yang aku didik tu bawah umur akhil baligh, tersangat la mencabar nak fokuskan bebudak ni pada apa yang diorang belajar tu.

Tapi nak tak nak kena la jugak bersabar. Aku masih ingat lagi kata kata cikgu aku masa sekolah dulu, "dalam menuntut ilmu ni kena banyak bersabar, memberi ilmu pun kena banyak bersabar. Kalau tak sabar, ilmu pun tak berkat jadinya". 


Ada orang cakap kalau kerja mengajar ni seronok sebab tak susah. Tu belum lagi sentuh bab pendapatan dan imbuhan. Pada aku la, bab pendapatan dan imbuhan tu bukan yang utama untuk difikirkan. Apa yang aku selalu fikir, masa akan datang apabila roh meninggalkan jasad.

Dalam sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud, 
"Apabila telah mati anak adam itu, maka terhentilah segala amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariahnya, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh
Ilmu yang bermanfaat tu ertinya ilmu yang dipelajari, kemudian diamalkan, kemudian pula dapat diajarkan kepada orang lain supaya orang lain juga mendapat manfaat dari ilmu yang dikongsikan bersama tu.


Tak kira la apa ilmu sekalipun asalkan ianya memberi manfaat kepada orang lain, insyaAllah ganjaran yang bakal diperolehi tu tidak terbayar dengan wang ringgit atau harta benda. Pada yang menuntut tu, tuntutlah ilmu tu dengan ikhlas. Pada yang memberi ilmu tu pulak, curahkan la ilmu yang ada tu dengan ikhlas jugak supaya ilmu tu menjadi berkat.





18 comments:

  1. 1 tazkirah di tgh hari yg hening

    sangat2 indah

    terima kasih

    en pipoq

    =_=

    ReplyDelete
  2. apa yg dipaparkan dlm n3 ni juga adalah ilmu...

    moga kita sama2 mendapat manfaatnya.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    HARI MENTERNAK LEMAK

    ReplyDelete
  3. mr.syazwan :

    terima kasih..untuk penghayatan bersama jugak..

    ReplyDelete
  4. nabilah_2908 :

    yup..apa yang baik disampaikan melalui blog juga sebagai satu ilmu yang bermanfaat..

    ReplyDelete
  5. najwa aminah abas :

    warga pendidik gak ke ? semoga ilmu yang dicurahkan untuk generasi tu menjadi bekalan dan bermanfaat untuk ummah..

    ReplyDelete
  6. salam,

    seronok saje kak ati baca n3 pipoq hari ni..
    pendidik secara tak formal tu
    bagaimana ye..tak clear lah

    ReplyDelete
  7. Dalam tak diam sudah 11 tahun saya bekerja di syarikat yang sama. Saya berpeluang melihat sahabat baru dan yang pergi salih berganti.

    ReplyDelete
  8. Dalam tak diam sudah 11 tahun saya bekerja di syarikat yang sama. Saya berpeluang melihat sahabat baru dan yang pergi salih berganti.

    ReplyDelete
  9. rasanya, pengorbanan guru xboleh dibalas denga wang ringgit

    ReplyDelete
  10. insyaallah pipoq..semoga kita sama2 mengikhlaskan diri dalam menunaikan tangungjawab kita...mudahmuadahan kita mendapat redaNya..

    ReplyDelete
  11. fuh!!
    guru sememangnya pekerjaan yang mencabar..

    ReplyDelete
  12. Ati Masrif :

    hehehe..pendidik tak formal tu maksud saya ala ala bidan terjun la..saya ni takde background mengajar, tapi mengajar..emmm...camne ye tu ? hehe

    ReplyDelete
  13. akubiomed :

    mesti banyak pengalaman yang boleh dikongsi bersama kan ?

    ReplyDelete
  14. E.d.Y :

    semestinya..tanpa guru yang mencurahkan ilmu pada kita, siapalah diri kita sekarang ni..

    ReplyDelete
  15. suri solehah :

    insyaAllah..mendidik anak anak ilmu yang berguna pun menjadikan kita sebagai seorang guru..mudahan ilmu yang kita ajarkan tu bermanfaat untuk anak anak..

    ReplyDelete
  16. mie :

    memang mencabar..kalo tak sabar leh tunggang langgang semuanya..

    ReplyDelete