Bermula dari awal tahun aritu negara kita dah mengamalkan satu kempen pengurangan penggunaan beg plastik dibeberapa pusat membeli belah seluruh negara. Walaupun ada yang terkantoi pada awal kempen bila terlupa bahawa setiap hari sabtu, kebanyakan pasaraya tidak akan membekalkan beg plastik untuk mengisi barang lalu terpaksa la hangkut segalanya tanpa beg plastik.
Sebenarnya pendekatan kempen macam ni ada kebaikan gak. Sekurang kurangnya takde la penambahan pencemaran kat bumi yang kita tumpang ni. Maklum saje la, beg plastik yang biasa kita dapat kat kedai tu bila dibuang ianya akan mengambil masa bertahun tahun untuk terurai dan kebanyakan bahan untuk membuat beg plastik tu pulak berunsur kimia yang boleh mencemarkan bumi ni.
Aku rasa macam negara kita ni lambat bertindak pulak. Sebab kalo kita tengok kebanyakan negara maju yang lain tu, walaupun ada menggunakan beg plastik tapi tak la serupa macam beg plastik yang ada kat negara kita ni. Cuma antara perintis yang aku nampak, pasaraya Jusco ngan Tesco yang ada menggunakan beg plastik mudah terurai.
Tapi yang tak bestnya aku dengar bila ada rungutan dari pengguna sebab sedikit menyusahkan, boleh pulak pasaraya yang mengamalkan kempen pengurangan beg plastik ni membekalkan beg plastik pada hari sabtu dengan mengenakan kos 20 sen untuk setiap plastik beg yang diorang bagi.
Walaupun kos 20 sen tu kononnya akan disalurkan pada tempat tempat berkenaan, tapi kat mana ketegasan dalam berkempen tu ? Setakat 20 sen tu apa sangat la bagi orang ramai asalkan dapat memudahkan diorang bawak barang. Letak la RM20 ke RM200 ke untuk satu beg plastik pada hari sabtu, baru la orang ramai sedar betapa seriusnya kempen yang dijalankan.
Tu satu hal la. Satu lagi pada pandangan minda sempit aku ni walaupun kita berjaya mengurangkan penggunaan beg plastik pada setiap hari sabtu, diorang tak terpikir ke pengguna bijak pandai tu mesti takkan membeli belah pada hari sabtu. Ye la, hari sabtu tak dapat beg plastik. Nak bawak beg sendiri leceh sangat. Tunggu je la hari lain selain sabtu untuk membeli belah.
Kemudian lagi, berapa banyak plastik yang ada sekeliling kita ? Botol plastik ada, pembungkus jajan ada, pembungkus coklat ada dan macam macam lagi la ada kalo nak kaitkan ngan plastik ni.
Contohnya aku pegi membeli belah di hari sabtu untuk membeli maggi, coklat, biskut, keropok jajan, tepung, gula dan segalanya yang dibungkus dengan plastik. Walaupun aku tidak akan dibekalkan dengan beg plastik untuk membawak segala macam pembelian tu, plastik tu tetap ada jugak disekeliling kehidupan. Bila aku buang dalam tong sampah, ianya tetap jugak plastik yang akan mencemarkan bumi.
Kalau macam tu, macam mane lagi nak selamatkan bumi kita ?
yang beli barang berbungkus plastik tu..nak buat camana ye..tapi yang kempen tu..kita selalu tak tegas cam tu,,tgoklah buat peraturan dilarang merokok denda rm500..padahal ramai je duk merokok kat situ..tak ada penguat kuasaan yang berterusan..
ReplyDeletesuri solehah :
ReplyDeletesebab tak tegas tu yang orang buat selamba je tak takut pada undang undang yang ditetapkan..
yg kenakan 20 sen tu kt Jusco kan..? huhu..
ReplyDeletebetul la tu..bila buat kempen setiap sabtu xde bag plastik..mmg pembeli jarang shoping pada hari itu..termasuk sy la..huhuh..
kalau nk stop terus dr gunakan plastik payah juga...tp dgn mengurangkan penggunaan...kira ok la kan..? :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
MENTARI MUNCUL LAGI
nabilah_2908 :
ReplyDeletebukan jusco je..kebanyakan pasaraya dah wat camtu..nak plastik, bayar 20sen..kalo camtu, apa makna kempen beg plastik tu ?
di care4 dan tesco pun dah guna
ReplyDeleteplastik yg boleh terurai tu
selalu elak shopping kat pasaraya
yg takde beg plastik hari sabtu..hihi
hahah sy suka beli beg plstik hari sabtu! 20 sen! sebab ape? sbb lupa bawak beg !!! kekekeke
ReplyDeletelepas ni semua pasaraya kene sediakan beg kertas la pulak macam kat oversea
ReplyDeleteElok pemansuhan pengunaan bag plastik secara total di pasaraya tempatan
ReplyDeleteAti Masrif :
ReplyDeletetu la pasal..bukan susah pun kalo malas nak bawak beg sendiri..pakat ramai ramai jangan gi shopping hari sabtu..hehehe
AesyaZealous :
ReplyDeleteko memang sengaja buat lupa kan sebab ko memang suka beli beg plastik..hehehe..
E.d.Y :
ReplyDeletesepatutnya lebih praktikal camtu la..
akubiomed :
ReplyDeletetu la pasal..ni buat kempen pun cam hangat hangat taik ayam je..