Sepatutnya semalam aku sekeluarga akan ke LCCT untuk berjumpa dengan adik ipar aku yang akan tiba dari Kota Kinabalu menaiki pesawat AirAsia jam 6.30 petang dan dijangka tiba di LCCT pada lebih kurang jam 9 malam.
Namun atas beberapa sebab, kitorang dah kensel awal awal lagi. Kesian pulak nak suruh adik ipar aku tu bawak barang kiriman mak mertua aku banyak banyak. Lagipun dia punya penerbangan lewat sangat nak sampai. Dan pagi tadi bila aku bukak FB ...
Ahahaha..kesian tul. Kitorang yang bernasib baik atau adik ipar aku tu yang menempuh malang di ambang tahun baru ?
Bagi yang tak pernah naik kapal terbang, ni la antara masalah yang harus dihadapi. Kalo bernasib baik, mungkin perjalanan korang tu lancar je. Tapi kalo kureng bernasib baik, sabor aje la.
Aku pernah jugak la beberapa kali 'terkena' bila naik AirAsia ni. Bukan nak cakap AirAsia ni tak bagus, cuma kebiasaan 'terkena' tu bila menggunakan perkhidmatan AirAsia ni je.
Aku suka dengan slogan "Now Everyone Can Fly" tu. Dan aku suka gak ngan perkataan "Daily Flight" diorang tu. Kalo aku nak berjimat cermat, memang aku pilih AirAsia la. Tempah tiket awal giler peh tu tunggu je hari nak terbang.
Tapi bila jadik masalah camtu, rasa macam nak tukar je slogan diorang tu jadik "Now Everyone Can Fry" ngan "Delay Flight". Sape yang tak terbakar kalo perancangan perjalanan yang dah dirancang awal awal tetiba terpaksa ditunda ? Cam kes adik ipar aku ni bukan je penerbangan tertunda berjam jam, dikenselkan terus pehtu kene tunggu penerbangan ganti hari ni pulak. Sib baik la AirAsia bermurah hati membelanja penumpang hangin tu semua penginapan di hotel.
Kalo yang free traveler cam aku ni, mungkin tak jadik masalah sangat. Tapi kalo yang atas urusan perniagaan, kecemasan, perlu kejar masa dan yang sesak terdesak tu mungkin menyakitkan hati dan buah pinggang. Dah tu nak buat camne ? Sabor aje la. Bukan senang nak dapat pengalaman camtu ye tak ? Sib baik enjin kapal terbang tu tak leh nak start masa belum terbang, kalo tengah terbang kat awan tu tetiba enjin mati lak camne ? Sabor aje la dik non ooi.
salam...nasihat gua baik jangan naik air asia ni sebab dulu gua pernah kena tipu ngan dorang. Masa tu sehari sebelum raya gua nak balik lepas check in gua nk masuk depa ckp tk leh bawa luggage gua sebab besar sgt tp ms check in gua dah ty staff tu die ckp ok. depa suh gua check in blk beg gua tu lepas tu bila dh check in nk boarding kapal dah berlepas Whut the hell. Gua minta ganti tiket gua drg tk nak bagi so gua sempoi jer g report polis. Bro depa meniaga ni mmg nak menipu org jer smpi skrg gua fly naik MAS jer. Booked tiket awal pun MAS lagi worth it......
ReplyDeleteanastasyea pun pernah terkena dengan Airasia nie. Tapi nak buat mcm mana .. dah murah. terpaksa lah naik juga =)
ReplyDeleteaduhh x tercapaik akal la kalau macam tu
ReplyDeletehehe
apa2 pun SELAMAT TINGGAL 2010
SELAMAT 2011
MOGA LEBIH
F
U
U
U
Y
O
O
O
=_=
perondajaketbiru74 :
ReplyDeleteperghh..ada gak sampai camtu ? baru 1st time dengar ni..
aku pun kekadang booked MAS gak, tapi selalu tu naik AA je..So far tak penah lagi kene teruk camtu just a few hour delay biase dah..
a n a s t a s y e a :
ReplyDeletesesekali cuba la naik MAS pulak. AA mmg murah tapi sendat la. Hehehe
mr.syazwan :
ReplyDeleteFuuuyoooo wan, mmg tak tercapai dek akal kalo kene camtu.
Belum pernah naik Air Asia tapi dengan MAS flight delay biasa juga tetapi tidaklah sampai cancel flight mungkin bernasib baik kot :-)
ReplyDeletemmg haram airasia ni..tp member aku buat report kat management, dapat voucher penerbangan RM200...boleh guna bila2 masa...
ReplyDeleteakubiomed :
ReplyDeletesekali sekala cuba la naik AA, kalo tak bernasib baik boleh la merasai kehangatan hati menunggu delay tu..hehehe..
E.d.Y :
ReplyDeletetu la, kira kawan ko tu bernasib baik la. tapi kebanyakan orang tak reti tau, bila kene camtu je diorang marah marah je tapi tak reti nak ambik tindakan kat mane..
pernah juga jadi macam ni.. sepatutnya flight dari penang ke klia jam 2.30 petang tertunda sampai jam 10.30 malam!! AcHiKz sampai airport jam 12 tengahari dan buang masa dekat 10 jam..
ReplyDelete