Semalam hari sedikit mendung. Mendung kat luar rumah ditambah mendung kat dalam rumah sekali. Mendung yang kat luar rumah tu sebab hari nak hujan. Mendung yang kat dalam rumah tu pulak sebab anak aku kedemaman dan tak berapa ceria sangat.
Menjelang petang lepas asar tu, ada la senyum senyum sikit. Pehtu ajak aku keluar main kat padang. Biar betul ? Layankan je la. Aku bawak dia pegi padang permainan yang ada padang bola sekali, dua pusingan dia lari keliling padang tu. Macam tak demam je budak ni. Hehehe..
Tapi malam tadi badan dia jadi panas semula. Makan pun tak lalu. Kepenatan kot. Lepas makan ubat terus dia tidur. Tak lama pun, lebih kurang jam sebelas dah bangun tidur sebab nak tengok Misi Yaya. Ahahaha..demam demam pun tak lupa misi Yaya dia tu.
Pagi tadi sebelum aku keluar pegi rumah DS, dia tidur lagi. Aku pegang badan ngan kepala dia dah normal je rasa tak panas macam semalam. Tengahari aku balik rumah, dia dah melompat macam selalu.
Alhamdulillah dah sihat kembali anak aku ni. Kalo semalam monyok je, hari ni dah ceria semula. Dan aku pulak kalo semalam terselamat dari menjadi 'mangsa buli' anak aku, hari ni disebabkan dia dah sihat maka aku akan dibuli kembali. Huuu..
ALHAMDULILAH....
ReplyDeleteYEAH!
=_=
alhamdulillah..dah sihat...
ReplyDeleteserius, anak kau comel lah!
ReplyDeletebtw, alhamdulillah dah sihat~
;D
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSalam Tahun Baru 2011 drpd kami, moga puan sekeluarga memperolehi rahmat Ilahi, insyaAllah.
Berbuat baiklah sesama insan, mudah2an Allah SWT permudahkan usaha murni kita.
Ikhlas,
Kump.Rajamenangis
alhamdulillah
ReplyDeleteselamat tahun baru
moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas
P/S : Lepak Dengan Kawan - Kawanku Sempena Tahun Baru
mr.syazwan : yeahh..alhamdulillah dah sihat pun si manja aku tu.
ReplyDeleteE.d.Y : Demam hujung tahun kot dia tu. Tapi alhamdulillah la dah sihat cergas kembali anak aku tu. kalo tak wat risau je.
ReplyDeleteh A n Y S : Terima Kasih. Tapi tu la, anak aku tu comel sebab kacukan papa dia yang hensem ngan mama dia yang cantik tu. Ahahaha..
ReplyDeleteRaja Menangis : Ya insyaAllah sama sama la kita menuju ke arah yang lebih baik dari tahun yang telah meninggalkan kita.
ReplyDeletehans : betul tu. semoga tahun ni akan lebih bertambah kebaikan untuk kita semua.
ReplyDeleteAnak-anak kalau demam memang meragam cuma jangan terlalu panas sangat dan perlu sentiasa memantau suhu badan.
ReplyDeleteAda beberapa cara dengan membasahkan kain dengan air suam lap seluruh badan dan letakkan dikepala ada sesetengah memandikan anak bukan tak boleh biasalah ia akan memberi kejutan kepada anak yang demam panas
Kerap memberi air suam salah satu cara mengeluarkan panas badan melalui air kencing
akubiomed :
ReplyDeleteterima kasih atas tips yang diberikan..memang susah hati tul kalo anak sakit sakit ni..
ciss~! ok, aku tarik balik apa aku cakap, anak kau tak comel, ahahahaha~
ReplyDelete*kidding*
;p