02 January 2011

aku terpaksa berterus terang

  22 Komen    
Nampak tak tajuk entri aku hari ni ? Kalo nampak tajuk tu pun kira boleh paham la kot kot malas nak baca keseluruhan entri aku ni. Biase la kan, larat ke kalo nak baca segala isi entri dari blog blog yang kita melawat tu. Abis koman pun, ushar dua tiga saat je pehtu blah.

Aku pernah mengutarakan permasalahan ni tahun lepas. Ecehh..baru dua hari je meninggalkan tahun lepas cam dah lama giler lak ayat tu. Ye la, masalah mengadakan sessi melawat jiran tetangga dalam blog ni. Aku terus terang cakap aku tak paham pun ape ke bende blog larian ke ape ke walaupun aku dah baca berulang kali. Sebenarnya aku merasa leceh sebab banyak sangat songehnya nak guna menatang gitu. 

Jadi aku lebih kepada cara tradisional la. Satu satu aku bukak dan baca dan komen. Kalo yang berkenaan la. Kekadang tu entri yang dah berjuta blogger lain taruk pun korang taruk jugak nak bagi aku baca. Leceh tul. Kekadang tu plagiat kat suratkhabar online. Lagi la leceh. Tak suka aku camtu.

Hey..aku ni sape nak kritik kritik blog orang lain ni ? Ahahaha..kan aku dah cakap aku terpaksa berterus terang. Memang la takde syarat camne nak buat blog. Kira ikut suka hati masing masing la. Cuma pada aku ni, lama atau sekejap aku menyinggah dalam satu satu blog tu bergantung pada beberapa keadaan la. 

Aku akan singgah lama dan belek sudut sudut blog tu kalo blog tu tak menyakitkan bijik mata aku dengan kaler yang terang menyerlah, tulisan yang terpaksa jegil bijik mata nak baca, banyak sangat gangguan optik dan memenatkan mata untuk tengok perhiasan yang macam muzium pameran.


Pehtu lak aku tersangat malas nak tunggu lama. Takkan tak paham kot ? Dah la kuasa kuda berukben aku ni tak la selaju yang diharapkan, nak tunggu bukak blog yang berat gajah dengan ntah ape ke benda aku pun tak tau la. Eh, suka hati diorang la nak letak lampu lip lap ke, karpet tebal ke. Diorang punya rumah diorang punya suka la. Ya. Dan aku pun suka hati aku la nak singgah ke tak. Huuu..kejamnya ayat aku ni.


Lagi satu yang aku sedikit tak berkenan kalo aku bukak je blog tu, pehtu ada pulak kugiran. Aku pun tak tau la kugiran ke, disko ke tapi pada aku itu adalah sesuatu yang sangat tak menghiburkan lansung. Sampai aku kekadang terpaksa mematikan speaker agar aku lebih berasa tenang untuk membaca blog tu. Apesal letak kugiran ? Suka ye ? Dengar sendiri sudah la. Eh, aku ni banyak komen lak. Suka ati diorang la.


Satu lagi yang aku berasa leceh terlampau tu kalo bila aku jenguk je takde yang segar untuk aku tatapi. Kot ye pun bagitau la awal awal kalo nak balik kampung opah ke, bil pemotongan sampai ke, duit takde nak gi siberkafe ke, kat rumah takde sambungan internet ke, kat rumah takde komputer ke, online kat sekolah / opis je ke. Bagitau la ye tak ? Aku pun kekadang tu ada gak masalah tak dapat nak masuk entri segar tapi cover cover la sket. Dah la takde kesegaran, nak jenguk jiran tetangga pun malas. Asyik harap orang jenguk rumah bersawang tu je. 


Aku mintak maaf la kalo ada yang terasa tersinggung terkecik hati terbengang dan apa apa je la bila baca entri aku ni. Aku cuma terpaksa berterus terang. Aku tau tu semua hak masing masing. Tapi tu la, pesanan terhadap diri sendiri dan semua yang membaca ni. Tanpa ada pengunjung dan pembaca, maka siapalah anda sebagai seorang blogger.

Aku bukan pengkritik blog. Kalo nak membenci, silakan. Pada yang setiakawan, terima kasih atas sokongan.





22 comments:

  1. he3... berleter sakan yerr. cik ain pun tak suka dengar kugiran dari blog sakitkan telinga jer...

    ReplyDelete
  2. hahaha semua yang kau list tu aku pun tak suka.

    chill babe.

    ReplyDelete
  3. tu dia!!!
    bagus berterus terang..
    heheee

    ReplyDelete
  4. bagus2..
    berterus terang baek tok kesihatan..

    xsuka gak blog y ad kugiran pelbagai 2....

    ReplyDelete
  5. haha... sama2lah kita bersabar. :)
    slmt thn baru..

    entri baru:
    Hari tanpa beg plastik: Sabtu, Ahad, Isnin

    ReplyDelete
  6. cik ain :

    tu yang menjengkelkan kalo nak dengar..sakit telinga ooo..

    ReplyDelete
  7. Alynn Notnot :

    kita serupaa..hehehe..nak membaca blog pun terganggu tul tak ?

    ReplyDelete
  8. mie :

    hehehe..walaupun pahit kene gak jujur tul tak ?

    ReplyDelete
  9. ieMa ackLes :

    tu la, dari terus terpendam leh wat sakit jiwa ooo.

    ReplyDelete
  10. miya :

    ya selamat tahun baru..

    sabar kalo lama lama boleh meletup gak..hehehe

    ReplyDelete
  11. byknye syarat...hehhe..:)
    hepy new year..:)

    ReplyDelete
  12. nasib baik la pipoq berleter dulu sebelum AcHiKz berleter..
    semua yang pipoq bising2 tu memang AcHiKz setuju.. tambah2 pasal berukben..

    ReplyDelete
  13. Boleh kalau nak ambil ide dari mana sumber tapi olah semula jangan salin bulat-bulat. Kemudian letak kredit.

    Lagu ada masanya menganggu tapi saya layan lagu di website official Valentino Rossi :-)

    ReplyDelete
  14. betul tu..setuju2..my blog ok kan??hahaha

    ReplyDelete
  15. sangat trus terang, terasa i...ahahahaha.

    ReplyDelete
  16. nur aisya humaira :

    tu bukan syarat ketat pun, cuma luahan hati je..hehehe

    ReplyDelete
  17. Wahida Nasution Thakhrim :

    hehehe..ingatkan aku sorang je yang berperasaan leceh gini..

    ReplyDelete
  18. akubiomed :

    tul tu..ni kekadang tu copy bulat bulat..cam takde idea je..paling tak leh blah kalo empunya blog tak kasik orang copy isi blog dia tapi empunya tu sendiri dok mengopy dari sumber lain tak bagi kredit lak tu..

    ReplyDelete
  19. E.d.Y :

    Your blog is mantop. tak banyak memberi masalah kalo aku masuk. laju je load.

    ReplyDelete
  20. cikgu nadia :

    terasa ? ahahaha..ni pandangan peribadi je tentang blog yang aku lawati tiap hari..

    ReplyDelete
  21. waaaaah. sgt agreed! we share the same taste. tapi sapela kite kan. blog tu kan hak masing2. memang xleh nak buat ape.

    but i still like this entry very much. nicely written :)

    ReplyDelete