Selalu kalo kita tengok dalam filem ke, drama ke mesti ada jalan cerita yang pasal orang yang berkuasa atau ala ala samseng membuli watak watak yang selayaknya dibuli la.
Dan dalam keadaan yang amat tertindas tu pulak, watak yang dibuli tu tak mampu nak membuat apa pun selain dari mencanangkan kejahatan watak pembuli tu atau hanya mampu berdiam diri je.
Bagi sang pembuli pulak, dengan sewenang wenangnya menggunakan kuasa dan segala apa yang dia ada untuk menutup semua kejahatan yang dilakukannya.
Camne yang ada dalam filem filem rekaan tu camtu jugak la kebiasaan realiti kehidupan ni. Bagi yang tak berkemampuan hanya mampu nak jerit je. Manakala yang berkuasa pulak, dengan seronoknya membuli golongan yang lemah ni.
Ala, macam kisah Pak Abu dengan Limah la. Pak Abu yang berkedudukan sebagai ketua kampung tu dengan suka hatinya mempergunakan kuasa yang ada untuk menindas orang orang kampungnya termasuk la si Limah ni. Limah yang tak punya apa sekadar sebatang pohon kelapa peninggalan arwah dua ibu bapa dia.
Pokok kelapa Limah ni pulak punya la subur banyak buahnya walaupun sebatang tu sebabnya la Pak Abu ni teramat la jelesnya hinggakan dia nak merampas hak milik Limah tu.
Apa yang Limah mampu nak lakukan bila Pak Abu datang dengan penuh kelakian nak merampas hak milik Limah tu ? Limah boleh jerit je kuat kuat, "Kau jolok, aku jerit". Ada Pak Abu nak heran ? Senyum je la.
kau jolok aku jerit
Related Posts:
ada je tak puas hatiPermulaan hari aku untuk hari ni agak kurang memberansangkan sikit. Seawal pagi tadi aku terbangun sebab anak aku mengamuk tak nak gi basuh poop dia. … Read More
sediakah kita ?Assalamualaikum dan selamat hari jumaat buat semua pembaca budiman. Sempena hari jumaat yang mulia ni, aku tak nak la membebel macam selalu tu. Kalo t… Read More
mood biskut Satu sindrom yang selalu menghantui blogger ni antaranya bila menghadapi kecelaruan mood. "Ishh..aku takde mood la pulak nak update hari ni" "Adoi la… Read More
jom layan tapai pulutAda ke yang tak tau ape benda tapai ni ? Bukan tapau ye, tapi tapai. Kalo ada yang tak tau, tapai ni adalah satu jenis makanan yang diperbuat dari ber… Read More
aku yang suka membebelApa lagi yang aku tak puas hati ni ? Semalam pasal harga ayam. Kelmarin pasal blog. Ada ada aje la aku ni. Asyik nak membebel je. Nanti orang ingat ak… Read More
Hey, know About Jessica Henwick biography? Visit Our page or Secrets Of Jessica Henwick! Do You Know?
ReplyDelete