28 November 2010

kelebihan merokok

  5 Komen    
Selama ni kita asyik dengar atau baca orang memperkatakan tentang bahaya rokok je kan. Memacam kempen setiap tahun yang dijalankan tapi macam tak jalan jalan jugak.

Letak gambar kesan negetif kalo merokok kat kotak rokok tu la. Buat iklan kat media. Tetap jugak berkepul asap kat sekeliling kita kan. Aku penah berpengalaman kat satu kedai runcit ni, orang yang nak beli rokok tu siap leh pilih lagi gambar mane yang dia nak. Buat koleksi kot.

Ada sesetengah perokok ni yang lansung tak boleh nak berpisah dengan rokok. Kalo selak kotak tu nampak tinggal kurang tiga batang je mesti susah hati. Jam dua tiga pagi pun sanggup cari kedai yang masih bukak semata mata nak bagi cukup bekalan asap dia tu.

Ok la, nanti lain entri baru cakap hal rokok. Sekarang ni nak cakap kelebihan merokok dulu. Kalo intro panjang sangat dah macam ceramah politik la pulak.

Antara kelebihan merokok ni yang sempat aku rumuskan serba sikit adalah seperti berikut :
  • Boleh merehatkan otak dari banyak berfungsi. [bila dah otak rosak, memang la kurang nak berfungsi kan ?]
  • Boleh memelihara telinga dari mendengar banyak gossip tak sihat. [dah pekak sebab banyak merokok]
  • Boleh menambahkan pendapatan sampingan dengan menjadi model iklan ubat pemutih gigi atau ubat nafas berbau.
  • Boleh menjadi bahan ujikaji buat doktor doktor pelatih secara rela bila berlaku sesuatu yang tidak dijangka seperti barah dan sebagainya. Tak perlu bayar bil hospital kalo jadi bahan ujikaji ni.
  • Boleh mengurangkan gejala pembuangan bayi sebab kesuburan terjejas dan kurang bernafsu terhadap seks. 
  • Boleh membantu meningkatkan pendapatan bagi pekerja pembersihan majlis bandaraya kerana mereka terpaksa berkerja lebih masa untuk membersihkan segala sampah puntung dan kotak rokok yang dibuang ditepi jalan.
Ada lagi ke ? Kalo ada tu bagitau la kelebihan merokok ni. Mungkin boleh mendorong perokok perokok tegar yang ada untuk terus menyokong kempen menipiskan dompet ni.

Related Posts:

  • penangan si yayaKorang kenal siapa budak nama Yaya ni ? Ala, abang dia nama Aiman pehtu kakak dia nama Mia. Takkan tak tau lagi kot, yang mak bapak dia kerja doktor a… Read More
  • ada aku kesah ?Satu masa dulu aku bergerak aktif jugak dalam aktiviti berblog ni. Kemudian telah menarik diri secara drastik dari dunia dihujung jari ni atas beberap… Read More
  • ape ni ? ragut lagi ?"Macam dah takde kisah lain yang nak diceritakan. Asyik pasal ragut je. Takde ke yang terkini sikit cam berita berita panas dan sensasi. Kalo asyik pe… Read More
  • kau jolok aku jeritSelalu kalo kita tengok dalam filem ke, drama ke mesti ada jalan cerita yang pasal orang yang berkuasa atau ala ala samseng membuli watak watak yang s… Read More
  • kelebihan merokokSelama ni kita asyik dengar atau baca orang memperkatakan tentang bahaya rokok je kan. Memacam kempen setiap tahun yang dijalankan tapi macam tak jala… Read More

5 comments:

  1. hahahaha..lucu2..kelebihan mroko yg ko wat ni mmg terbaik..aku sokong..:)

    ReplyDelete
  2. banyak lagi sebenarnya..mungkin dalam entri yang lain akan aku sebarkan lagi kelebihan merokok dan yang lain lain tu..

    ReplyDelete
  3. owh merokok boleh pekak ke??..baru tau

    ReplyDelete
  4. Hey, know About Joan Cusack biography? Visit Our page or Secrets Of Joan Cusack! Do You Know?

    ReplyDelete
  5. Hey, know About Atm Shamsuzzaman biography? Visit Our page or ATM Shamsuzzaman Bio, Born, Age, Height, Movies

    ReplyDelete