27 November 2010

kau jolok aku jerit

  1 komen    
Selalu kalo kita tengok dalam filem ke, drama ke mesti ada jalan cerita yang pasal orang yang berkuasa atau ala ala samseng membuli watak watak yang selayaknya dibuli la. 

Dan dalam keadaan yang amat tertindas tu pulak, watak yang dibuli tu tak mampu nak membuat apa pun selain dari mencanangkan kejahatan watak pembuli tu atau hanya mampu berdiam diri je.

Bagi sang pembuli pulak, dengan sewenang wenangnya menggunakan kuasa dan segala apa yang dia ada untuk menutup semua kejahatan yang dilakukannya.

Camne yang ada dalam filem filem rekaan tu camtu jugak la kebiasaan realiti kehidupan ni. Bagi yang tak berkemampuan hanya mampu nak jerit je. Manakala yang berkuasa pulak, dengan seronoknya membuli golongan yang lemah ni.

Ala, macam kisah Pak Abu dengan Limah la. Pak Abu yang berkedudukan sebagai ketua kampung tu dengan suka hatinya mempergunakan kuasa yang ada untuk menindas orang orang kampungnya termasuk la si Limah ni. Limah yang tak punya apa sekadar sebatang pohon kelapa peninggalan arwah dua ibu bapa dia.

Pokok kelapa Limah ni pulak punya la subur banyak buahnya walaupun sebatang tu sebabnya la Pak Abu ni teramat la jelesnya hinggakan dia nak merampas hak milik Limah tu.

Apa yang Limah mampu nak lakukan bila Pak Abu datang dengan penuh kelakian nak merampas hak milik Limah tu ? Limah boleh jerit je kuat kuat, "Kau jolok, aku jerit". Ada Pak Abu nak heran ? Senyum je la.

Related Posts:

  • bumi kita syurga merekaApa khabar semua pembaca setia blog ni ? Harapnya semuanya dalam keadaan baik baik saje. Maklum la hari isnin ni lepas dah bercuti hujung minggu lepas… Read More
  • Paramyxovirus..dewasa pun kene campak ?Baru baru ni salah sorang rakan sekerja aku kene campak sampai terpaksa bercuti sehingga kini. Kesian jugak la dah besar pun nak kene campak. Dah la b… Read More
  • aku pun suka main jugakSemalam lepas balik dari kerja, wifey aku mengeluh kepenatan main ngan anak aku yang tak reti nak duduk diam. Memang aku akui anak aku tu tersangat la… Read More
  • jom kita ke SabahDah puas makan tapai semalam ? Kalo dah puas, hari ni aku nak ajak korang jalan jalan pulak. Maklum la hari hujung minggu ni kalo duduk kat rumah je b… Read More
  • kisah disebalik tandas awamApa kisah disebalik tandas awam tu ? Minggu lepas aku ke hospital untuk menerima rawatan sebab mata aku tetiba bengkak. Suwei tul rasanya. Asyik nak m… Read More

1 comment: