Showing posts with label wingel wow contest. Show all posts
Showing posts with label wingel wow contest. Show all posts

21 December 2012

Aku dan pen

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan rakan pengunjung yang sudi meluangkan sedikit masa ke sini mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Masih ingat lagi tak waktu sekolah rendah dulu, antara tajuk karangan yang menjadi pilihan mesti ada yang memilih "Aku sebatang pen". Dan termasuk la aku sendiri yang pernah jugak menggunakan tajuk sedemikian.

Cuma yang agak menghairankan sedikit, kebanyakan karangan yang melibatkan fantasi diri menjadi sesuatu objek pastinya akan berakhir dengan penyudah yang menyedihkan. Jarang sekali karangan berbentuk sebegitu berakhir dengan penyudah yang menggembirakan.

Penglibatan hidup aku dengan pen secara rasminya bermula sejak berada ditahun lima sekolah rendah. Seronoknya bila cikgu mula mengizinkan para pelajar menggunakan pen untuk menulis dalam buku latihan.

Sejak dari hari itu, memang pelbagai jenis pen yang aku gunakan. Dari pen mata bola hinggalah pen berdakwat cecair. Dan menjadi salah satu kegemaran aku untuk mencuba pen keluaran terbaru tidak kiralah walau apa jenamanya yang dijual dinegara kita ni. Tapi kalau pen yang harganya mengalahkan nilai isian kegunaan minyak petrol motorsikal aku untuk seminggu tu memang terkecuali la.


Dan yang terbaru ni aku mencuba pen keluaran Pilot yang dinamakan wingel. Sebelum ni aku pernah juga menggunakan pen siri dakwat gel keluaran Pilot. Antaranya Pilot G-1, G-2 dan Dr Grip. 

Bagi seorang pengguna pen macam aku ni, ada beberapa ciri yang perlu ada pada sebatang pen apabila digunakan untuk menulis. Biasanya tabiat kita ni bila nak membeli pen, kita hanya mencuba samada pen yang bakal dibeli itu mengeluarkan dakwat atau tidak.

Setelah menggunakannya untuk beberapa ketika, pasti terkadang akan terasa beberapa masalah seperti ada yang tak kena dengan pen yang dibeli. Mungkin reka bentuk pen tu kurang sesuai dengan jari kita. Mungkin juga kualitinya tidak sebagus apa yang diiklankan.

Kerjaya sebagai seorang pendidik ni memang banyak memerlukan penggunaan pen samada untuk membuat catitan dalam buku persediaan mengajar ataupun menulis nota pelajaran untuk kelas. Jadi sebab itu aku perlukan keserasian bila memilih pen.

Buat masa ni keserasian aku bersama pen Pilot wingel masih belum mencapai tahap maksimum. Maklum saja la cuti sekolah ni kurang sikit menulis. Namun begitu setakat ni pencapaian pen Pilot wingel masih memuaskan hati aku.

Dengan rekabentuk yang mesra genggaman, dakwat yang tidak comot, tiada masalah 'kehilangan' dakwat apabila menulis laju dan tiada masalah tompokan dakwat melimpah.

Ini hanyalah review pertama menggunakan pen Pilot wingel. Maknanya akan datang setelah aku berpeluang 'membelasah' pen Pilot wingel ni ke tahap penggunaan maksimum pastinya aku akan mengulas kembali prestasinya tidak kira samada yang baik atau buruk.


Dan kisah aku bersama sebatang pen ni tidak akan berakhir disini. Manalah tahu kisah ini akan berakhir dengan penyudah yang menggembirakan dimana pihak Pilot Pen Malaysia telah melanjutkan peraduan Wingel Wow Contest dan menawarkan iPad sebagai hadiah cabutan bertuah. 

Dikesempatan yang masih berbaki ni, cuba-cubalah klik pautan Wingel Wow Contest yang ada disebelah kanan blog ni atau hantarkan saja penyertaan anda semua melalui SINI. 

p/s : iPhone 5 gadget impian atau iPad dari Pilot Pen Malaysia ? Dua-dua pun aku dambakan.