Showing posts with label syukur. Show all posts
Showing posts with label syukur. Show all posts

27 April 2012

Rezeki

  12 Komen    
label: , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan di hari jumaat yang mulia ni kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

Seminggu menghilangkan diri terasa macam berbulan pulak rasanya. Pada rakan rakan yang sudi menyinggah sepanjang seminggu lepas, terima kasih diucapkan. Alkisah sebenarnya talian internet kat rumah aku telah digantung sebentar perkhidmatannya. 


Alhamdulillah hari ni dah kembali pulih seperti sediakala selepas aku menjelaskan pembayaran yang tak cukup untuk perkhidmatan internet. Hehehe.. Bukan sekadar tu je, malah bersyukur jugak ada terlebih rezeki untuk aku belanjakan buat anak dan keperluan isteri yang bakal melahirkan anak tak lama lagi ni.

Dan alhamdulillah jugak, ujian bertulis untuk guru KAFA yang aku hadiri tu lulus dengan agak cemerlang. Dan baru semalam aku menghadiri pulak temuduga lisan guru KAFA. InsyaAllah andai ditakdirkan Allah rezeki aku sekeluarga untuk kali ni melalui penyebaran ilmu untuk generasi muda, bersyukur sangat rasanya.

Kalau nak cakap tentang rezeki ni memang panjang berjela. Tapi sebagai orang yang beriman, apa yang penting adalah untuk sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan yang kita terima. Bersyukur kepada Allah yang selalu tidak pernah melupakan kita. Jangan hanya menganggap apa yang terzahir di depan penglihatan kita je yang dinamakan rezeki. Setiap hela nafas yang kita hirup, setiap permandangan yang kita lihat, setiap saat yang kita lalui sepanjang hari juga adalah rezeki yang tak ternilai dari Allah.

Surah Ibrahim, ayat 7

Jadilah makhluk yang sentiasa bersyukur kepada Allah, mudah mudahan akan ditambah rezeki kita oleh Allah. Janganlah kita menjadi makhluk yang sombong dan kufur dengan setiap apa yang dikurniakan Nya, kerana azab dari Allah itu sangat keras dan pedih.


08 April 2011

jika kamu bersyukur ...

  14 Komen    
label: , , ,
Salam hari jumaat yang mulia buat semua rakan pembaca. Semoga di hari yang digelar penghulu segala hari ni kita memperbanyakkan amal baik dengan penuh keikhlasan agar dapat menjadi bekalan buat kita di akhirat sana kelak.

Hari ni aku nak berkongsi tentang syukur. Pasti semua pun tahu maksud syukur ni kan ? Pokonya satu je, bersyukur ke atas rezeki yang kita perolehi.


Bila nak berbicara tentang rezeki tu sendiri pun sangat meluas pengertiannya. Rezeki yang Allah kurniakan kepada kita bukan sedikit jumlahnya. Mungkin seringkali kita terlupa dan hanya tertumpu bahawa rezeki tu pada apa yang kita lihat zahirnya je.

Dapat pendapatan lebih, tu je dipandang rezeki. Dapat jemputan makan pun itu dikatakan rezeki. Padahal banyak lagi rezeki yang melimpah ruah yang antara sedar tak sedar kita menikmatinya sepanjang hayat sebab bila keluarnya roh dari jasad baru la dikatakan dah tak de rezeki.


Sesungguhnya setiap rezeki yang kita perolehi dari Allah ni semuanya sudah ditentukan sejak dari awal penciptaan kita lagi. Segalanya sudah ditetapkan. Usia kita adalah rezeki. Tubuh badan kita adalah rezeki. Pancaindera kita adalah rezeki. Udara yang kita hirup setiap hari setiap masa juga adalah rezeki. Dan sememangnya Ar Rahim Allah itu sangat meluas sehinggakan apa juga yang ada sekeliling kita adalah rezeki kurniaan Nya yang wajib kita syukuri setiap masa.


Jika kita hitung segala rezeki yang Allah kurniakan kepada kita selama hayat ni, rasanya tak terhitung lansung. Selalunya kita hanya cepat mengeluh. Mengeluh bila menghadapi masalah kewangan. Mengeluh bila tak dapat nak makan makanan yang enak enak. Mengeluh bila tak cukup itu ini.

Sedangkan dalam masa yang sama kita tak sedar betapa banyaknya rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita selama ni. Dengan hanya diuji dengan sedikit kesusahan dan kesempitan mungkin kerana kita lupa untuk mensyukuri nikmatnya, kita cepat melenting mengeluh lantas marah kepada takdir yang kita lalui.

Mudahan kita sentiasa jadi manusia yang selalu bersyukur. Bukan saja bersyukur ketika diberikan kesenangan tapi tetap juga bersyukur ketika ditimpa kesusahan. Kerana Allah sendiri telah berjanji jika kita bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan Nya pasti kita akan dilimpahi lagi dengan rezeki Nya yang kita tak sangka sangka.