Showing posts with label selamat hari ibu. Show all posts
Showing posts with label selamat hari ibu. Show all posts

13 May 2012

Bukan sehari

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai dihujung minggu bersama keluarga mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah. Saban tahun setiap hari ahad minggu kedua dalam bulan Mei, rakyat negara kita meraikan sambutan hari ibu. Memang terdapat berbagai persoalan mengenai menyambut hari ibu ni tapi pada aku asalkan ianya tidak menyimpang dan memesongkan akidah, tak salah andainya kita meraikan lebih sedikit ibu kita sendiri pada hari yang digazetkan sebagai hari ibu ni.


Apa yang kita sibuk sangat nak mengetahui apa hukum menyambut hari ibu dan sebagainya tu sedangkan kita tahu dalam sirah sejarah Islam memang lansung tak wujud hari hari khusus seperti sambutan hari ibu ni. Lebih baik dipersoalkan apa hukumnya jika melalaikan solat, mendedahkan aurat dan sebagainya tu kalau benar benar kita ni nak menjaga syariat diri dan agama.

Takde salahnya nak meraikan ibu kita sendiri. Sebagai anak sepatutnya kita menghargai dan meraikan ibu kita sepanjang masa bukan hanya semasa hayatnya malah selepas ibu kita meninggal pun kita sebagai anak tak boleh berhenti dari menaburkan bakti buat ibu kita.


Kita kena ingat selalu bukan mudah ibu kita mengharungi hari sejak dari awal penciptaan kita dalam perut ibu kita tu. Dengan rasa tak selesanya mengalami alahan diawal kehamilan. Dari badan ibu kita lansing ramping kemudiannya menjadi gebu dan montel. Tak cukup dengan tu tambah lagi dengan parut regangan di kulit perutnya yang dahulunya halus mulus. Tak termasuk beban yang dibawa selama kita membesar dalam perut ibu kita sepanjang kehamilan tu.

Tanyakan pada ibu kita, berapa lamakah kesakitan yang ditanggungnya ketika saat kita hendak dilahirkan ? Bagaimanakah sakitnya hendak melahirkan kita sewaktu itu ? Berapa banyakkah darah ibu yang hilang sepanjang melahirkan kita tu ? 

Selepas kelahiran kita, berapa kalikah ibu kita bersengkang mata setiap malam memastikan kita selesa lena tidur ? Apa yang kita tahu ketika tu hanya menangis merengek minta ditenangkan. Tapi tak sedikit pun ibu kita merungut dengan segala karenah kita yang memenatkan tu. 


Kerana itu la Islam amat memuliakan wanita terutamanya yang bergelar ibu. Hinggakan sampai akhir hayat kita di dunia pun kita diiringi nama ibu. Dan hinggakan dikatakan syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Raikan la ibu kita, bukan setakat hari ni je tapi raikan mereka sepanjang masa. Kerana pengorbanan yang ibu kita lalui sepanjang membesarkan kita bukan sehari lamanya. 

Selamat hari ibu buat isteri tercinta, mak mertua yang berada di Ranau Sabah dan seterusnya kepada rakan rakan pengunjung yang bergelar ibu mahupun bakal ibu mudah mudahan kalian semua dikasihi Allah sebagaimana anda semua mengasihi anak anak kalian.







07 May 2011

bahasa

  4 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung. Pagi ni cuaca di bandaraya Ipoh ni indah je. Matahari bersinar membekalkan vitamin D dengan jayanya. Sejak dua hari lepas tak turun pulak hujan walaupun ada kalanya awan mendung melintas di langit di waktu petang. 

Kalau tengok pada tajuk kat atas entri ni, hari ni aku nak berkongsi minda tentang bahasa. Macam slogan yang selalu kita dengar atau nampak kat papan iklan tepi jalan tu, "Bahasa Jiwa Bangsa" dan sebagainya la.


Kita semua pun sedia maklum negara kita yang aman makmur ni didiami oleh pelbagai bangsa yang masing masing mempunyai bahasanya sendiri. Kat semenanjung ni je boleh kata setiap negeri ada bahasa atau dialeknya sendiri. Kalau kat Perak dengan bahasa Peraknya, kat Kedah dengan bahasa Kedahnya, kat Kelantan dengan bahasa Kelantannya.

Tu belum lagi penggunaan bahasa yang lebih mendalam. Kalau jawa dengan bahasa jawanya, kalau banjar dengan bahasa banjarnya, dan banyak lagi la bahasa ibunda yang ada kat negara kita ni.

Sebenarnya seronok jugak bila kita mempelajari bahasa bahasa yang asing pada kita ni. Lelebih lagi kalo bahasa ibunda lain. Agak mencabar dan menyeronokkan. Masa aku memula berpindah ke Perak ni, bila masuk sekolah baru jenuh aku nak memahami apa yang bebudak kat sekolah tu borakkan. 



Maklum la sekolah luar bandar. Dalam kelas ketika waktu pelajaran je penggunaan bahasa melayu standard digunakan. Bila luar waktu kelas, hilang terus penggunaan bahasa melayu tu. Berbulan bulan jugak la baru aku dapat nak menguasai bahasa banjar dari segi pertuturan dan pemahaman tu.

Sekarang ni pulak aku nak kena belajar bahasa dusun. Bukan dusun durian tau, tapi bahasa ibunda wifey aku. Susah jugak sebenarnya nak menguasai bahasa dusun ni. Tapi rasanya kalau aku bermastautin setahun kat Sabah tu mungkin tak jadi masalah untuk aku menguasainya.

Aku ingat lagi bila balik ke Sabah, kadang kadang keluarga wifey aku dok cakap cakap ngan wifey aku guna bahasa dusun. Aku yang duduk berhampiran diorang tengah borak tu hanya mampu memasang telinga je la sebab kekadang tu dengar jugak nama aku disebut sebut. Bila diorang gelak gelak, aku pun gelak sama gak. Padahal aku tak paham apa pun.



Kekadang tu macam lawak pun ada sebab cam bila MIL atau FIL nak bercakap dengan aku diorang terpaksa nak gunakan bahasa yang mudah untuk aku fahami. Selalu jugak la aku terpaksa tanya balik maksud apa yang diperkatakan tu. Tapi walaupun camtu, takde la sampai tak faham lansung.

Seronok sebenarnya bila nak belajar menguasai bahasa lain yang baru bagi kita ni. Sebab bila kita mahir dengan banyak bahasa, serba sikit memudahkan kita untuk bersosial dengan orang lain. Kalau tak dapat nak menguasai pertuturan pun, dapat menguasai pemahaman bahasa lain pun dah kira ok la tu.

Pagi ni tadi aku terdengar berita di radio pasal bermula tahun depan ke bila ntah (maaf, aku tak baca akhbar) Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil guru guru dari Amerika untuk mengajar matapelajaran English di sekolah sekolah bertaraf band 5 dan 6 kat Malaysia ni. Sebanyak 18 juta ke berapa ntah diperuntukkan untuk program mengimport guru english ni.

Terfikir jugak aku, mungkin sebab sekarang ni matapelajaran matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris jadi supaya memudahkan pelajar pelajar tu memahami apa yang dibelajar tu sebab khidmat guru guru luar ni diperlukan.


Tapi adakah kerana guru guru tempatan yang mengajar anak anak atau adik adik kita tu tidak berkelayakan untuk mengajar matapelajaran matematik dan sains tu dalam bahasa inggeris ? Atau mereka sendiri pun mengalami kesukaran untuk mengajar menggunakan bahasa inggeris ?

Mana perginya guru tempatan yang mengambil pengkhususan bahasa inggeris ? Adakah mereka juga tidak layak untuk mendidik anak bangsa kita menguasai bahasa pengantara dunia ni ? Aku pun tak tau jawapannya.

p/s : Selamat hari ibu diucapkan kepada semua ibu, umi, emak, mama, mother, tak kira dimana jua anda berada.