Showing posts with label rukun solat. Show all posts
Showing posts with label rukun solat. Show all posts

27 January 2012

Qauli

  8 Komen    
label: , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati. Lama jugak rasanya tak berkongsi pengetahuan setelah 'bercuti rehat' kalau ditambah tolak ada la dekat dua bulan kot. 


Alhamdulillah aku sekeluarga sekarang ni dah sihat dan sembuh dari segala demam dan yang sewaktu dengannya tu. Baru baru ni jugak aku berkesempatan mengikuti satu kursus bersama dengan isteri aku kat Ipoh ni.

Apa yang menariknya untuk aku kongsikan kat sini dalam banyak banyak slot kursus tu ialah bab ibadah terutamanya tentang rukun solat. 


Tak dapat nak dinafikan mungkin ada dikalangan kita yang hanya mengetahui tentang solat tu secara ikutan semata mata. Ramai jugak yang mungkin tahu berkenaan rukun solat yang 13 tu tapi mungkin ada yang tak ambik berat tentang pembahagian rukun tu pulak.

Antara rukun yang terbahagi tu pulak salah satunya dinamakan rukun qauli. Ape benda pulak qauli ni dah bunyi macam kuali je ye tak ? Rukun qauli ni adalah perbuatan dalam solat yang berasaskan kepada bacaan atau sebutan. 


Daripada 13 rukun asas solat, hanya 5 yang melibatkan rukun qauli ni. Takbiratul ihram, membaca surah Al-Fatihah, bacaan tahiyat akhir, selawat ke atas Nabi SAW pada bacaan tahiyat dan akhir sekali lafaz salam yang pertama.

Maknanya wajib bagi kita bila bersolat untuk melaksanakan rukun qauli ni. Tak boleh la nak baca dalam hati je pulak. Aku tak tau la korang camne tapi aku dulu dulu sebelum tau pasal rukun rukun dalam rukun solat ni memang terbiasa pulak baca dalam hati.


Tak susah pun nak melaksanakannya. Bukan nak kena baca sekuat suara pulak mengalahkan tok imam yang pakai mikrofon tu tapi cukup sekadar pada pendengaran sendiri pun dah sempurna rukun qauli tu.

Tak kira la bersolat jemaah atau bersolat sendirian, rukun rukun qauli dalam solat ni kena jugak la disempurnakan dengan sesempurna mungkin. Jangan mulut je nampak terkumat kamit tapi tak berbunyi lansung pulak. 

InsyaAllah dikesempatan yang lain boleh la kita berkongsi lagi apa apa ilmu pun. Semoga rakan rakan pengunjung beroleh manfaat dengan perkongsian hari ni. 




17 June 2011

kecil tapi besar

  1 komen    
label: , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung. Dua hari tak dapat nak bersiaran bukan sebab digodam oleh penggodam tapi talian internet siputband ni tersangat la tak memberansangkan. 

Bila buat iklan produk tu macam takde tandingan lansung. Dia la yang paling hebat berkuasa. Tapi hakikatnya tak seindah apa yang dilihat. Aku tak pasti la negara Malaysia ni kat tangga ke berapa tahap kelembaban kelajuan internet ni.



Lupakan la dulu pasal tu semua. Hari ni aku nak berkongsi pasal perkara yang mungkin kecil dalam fikiran tapi amat besar impaknya dalam kehidupan kita sebagai umat islam. 

Mungkin ramai yang dah tau pasal ni kot. Ada yang tak tau lagi pasal rukun solat ? Kalau ada yang dah ingat ingat lupa tu, jom kita ingatkan balik mulai hari ni sama sama dengan baik.



Yang pertama sekali berdiri tegak menghadap kiblat bagi yang berkemampuan. Bila dah nama pun tegak, maksudnya tak boleh la tersenget sana sini. Tu pun bagi yang berkemampuan. Kalau ada yang tak mampu tu, mungkin tak larat nak berdiri akibat keuzuran maka boleh la dilaksanakan dengan cara duduk atau mengiring ataupun baring.



Kedua pulak niat. Setiap perbuatan pun perlu dimulakan dengan niat tambahan pulak nak solat. Niat tu kena la betul. Kalau solat fardhu subuh kena la berniat solat fardhu subuh, jangan pulak berniat solat fardhu zohor. Niat ni pentingnya dalam hati. Kalau tak tau nak lafaz dalam bahasa arab tu, guna la apa bahasa pun yang kita tau asalkan niat solat tu bertepatan dengan waktunya.



Ketiga pulak takbiratul ihram. Yakni perbuatan mengangkat tangan separas telinga bagi lelaki dan dada bagi perempuan dan melafazkan takbir untuk memisahkan perkara lain dari perbuatan solat. 




Rukun yang keempat pulak membaca surah Al Fatihah. Pentingnya kita menguasai bacaan surah Al Fatihah ni sebab kalau cacat bacaan kita tu maka dikhuatiri tidak sah pulak solat kita tu. Sila dapatkan bantuan guru quran untuk memastikan bacaan kita tu sempurna.



Kelima pulak rukuk berserta toma'ninah. Bila rukuk ni kena pastikan kedua tapak tangan berada dikepala lutut. Kaki kena selurus mungkin dan sebolehnya belakang badan pun diluruskan jugak. 



Keenam ialah iktidal berserta toma'ninah. Iktidal ni maknanya berdiri sebentar selepas rukuk sebelum sujud. 



Rukun ketujuh pulak sujud berserta toma'ninah. Sujud ni kita kena tau anggotanya yang tujuh tu. Dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan kedua belah perut jari. 



Kemudian yang kelapan ialah duduk antara dua sujud berserta toma'ninah. Dari tadi asyik toma'ninah je ape benda tu ? Tok mak Minah ke ? Siapa tu ? Ok la, toma'ninah ni ertinya bertenang seketika dengan tidak terburu buru. Kalau masa bebudak dulu arwah mak aku selalu tegur aku solat macam ayam patuk dedak. Laju semacam je mengalahkan talian jalur lebar. 



Yang kesembilan, membaca tahiyat awal berserta selawat ke atas nabi. Duduk tahiyat awal ni serupa je macam duduk antara dua sujud tu cuma bezanya ada bacaan tahiyat tu je.



Yang kesepuluh dari rukun solat ni duduk tahiyat akhir. Duduk ala ala bersimpuh sopan sopan gitu. Kalau duduk tahiyat awal tadi punggung di atas kaki, duduk tahiyat akhir ni pulak punggungnya di atas lantai pulak.



Kesebelas pulak membaca selawat nabi dan keluarga nabi. Sebaiknya dipanjangkan bacaan tahiyat akhir ni dengan melafazkan selawat ke atas nabi Ibrahim hingga la ke akhir bacaan tahiyat tu. Sunat jugak kita berdoa selepas bacaan tahiyat ni.



Kedua belas pulak memberi salam pertama. Disunatkan kita memalingkan muka ke arah kanan ketika memberi salam ni. Salam yang kedua tu pulak sunat je, tapi macam tak lengkap pulak kalau bagi salam sekali je ye tak ?



Akhir sekali yang ketiga belas dari rukun solat ni ialah tertib. Maksudnya tertib ni kita kena la melakukan setiap perbuatan solat ni mengikut urutannya. Mana yang dahulu tu didahulukan mana yang akhir tu diakhirkan.

Jadi tu la antara perkara kecil yang besar. Kita rasa macam kecil je tapi sangat besar kesannya. Ye la kan, kewajiban kita untuk bersolat ni bukan main main. Nak tak nak kena la sempurnakan semoga ibadat solat kita sehari hari ni diterima oleh Allah Taala. 



Andai ada salah silap dalam perkongsian ni harap rakan rakan dapat la menegur untuk diperbetulkan. Aku tak la pakar sangat cuma dengan sedikit ilmu yang ada dan yang pernah dipelajari kalau tak disebarkan jadi macam pokok yang tak berbuah pulak ye tak ? InsyaAllah semoga perkongsian ni bermanfaat untuk kita semua dan semoga dimasa akan datang kita boleh berkongsi kongsi lagi ilmu yang ada sesama kita semua.