Showing posts with label qada dan qadar. Show all posts
Showing posts with label qada dan qadar. Show all posts

05 July 2012

Kehidupan - Persediaan bakal ibu bapa

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua berada di dalam rahmat dan mendapat keberkatan dari Allah.

Selepas aku menulis entri berkenaan disebalik kisah indah tu, aku mendapat beberapa maklum balas yang positif dari rakan rakan pengunjung yang kemudiannya memberikan aku beberapa idea untuk berkongsi lebih lagi tentang pengalaman keibubapaan ni.

Bagi rakan rakan yang baru menerima cahaya mata seperti cikgu naman, qema, eyriqazz dan sesiapa saje yang tak tersebut di sini aku ucapkan tahniah atas kelahiran anak terkini tu. Mudah mudahan sihat membesar dan menjadi umat Nabi Muhammad yang berjaya dunia dan akhirat.

Buat rakan rakan yang bakal menimang cahaya mata seperti cik (puan) chempaka, puan Ain dan sesiapa saje yang tak tersebut di sini, harap dapat menimba seberapa banyak ilmu tentang keibubapaan ni agar dapat menjadi bekalan menghadapi alam baru selepas melepasi alam rumahtangga.

Antara yang bakal bakal menjadi ayah dan ibu ni perlu sentiasa ingat, sesungguhnya setiap apa yang berlaku itu adalah di bawah ketentuan Allah. Memang setiap dari kita apabila menerima berita bakal menjadi ayah dan ibu pastinya keterujaan tu mengatasi tahap keterujaan saat baru nak nikah tu.



Apabila mengetahui berita gembira tu, pertama kalinya buat pasangan bakal ayah dan ibu ni banyakkan bersyukur dan berdoa kepada Allah atas kurniaan rezeki daripada-Nya. 

Penantian selama 9 bulan tu memang terasa ada sedikit tekanan terutama bagi si isteri. Selain perubahan hormon yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi emosi saat ketika kehamilan, sokongan padu dari suami amat penting agar tiada sebarang konflik berlaku sepanjang kehamilan tu.

Suami juga harus memahami situasi isteri yang terkadang sukar untuk difahami. Bila dah bergelar suami dan bakal pulak menjadi seorang ayah tu, lebih lebihkan la masa terluang yang ada tu untuk bersama keluarga. 

Bila mana kehamilan melepasi trimester kedua tu, biasanya doktor sudah dapat untuk mengenal pasti andai anak yang berada dalam kandungan mempunyai masalah atau tidak. Andai ditakdirkan kita menerima berita kurang enak, banyakkan bersabar dan jangan terus berputus asa.

Begitu juga kiranya saat kelahiran bukanlah satu berita yang menggembirakan, janganlah kita menyalahkan takdir. Segalanya adalah dari qudrat Allah, sebagai ujian buat kita sebagai hamba-Nya. 

Jika sebaliknya pulak, jangan lupa untuk memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Tunaikan amanah sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab. Banyakkan bertanya dan membaca untuk memantapkan ilmu keibubapaan ni. 



13 March 2012

Peringatan

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Buat adik adik bersekolah yang sedang bercuti sekarang ni jangan buang masa macam tu je, walaupun bercuti tapi isi la masa yang ada dengan perkara perkara yang bermanfaat.



Malam semalam sewaktu menonton buletin utama jam 8 malam, agak mengejutkan apabila berita berkenaan adik Nurul Nadirah yang dilaporkan hilang awal minggu lepas bertukar menjadi kes bunuh. Penemuan satu mayat rentung dibakar di Nusa Damai dekat Seri Alam, Johor Baharu oleh pihak polis pada 8 Mac yang lepas mengesahkan bahawa mayat yang ditemui itu milik adik Nurul Nadirah selepas hasil ujian DNA dilakukan melalui serpihan tulang yang ditemui di tempat kejadian.

Semoga Allah menempatkan roh adik Nurul Nadirah yang tak berdosa tu dikalangan hamba hamba Nya yang dirahmati. Takziah kepada ahli keluarga adik Nurul Nadirah, semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian di dunia ni. Pada rakan rakan pengunjung yang membaca entri ni, marilah kita sama sama meluangkan sedikit masa untuk membacakan surah Al Fatihah buat arwah adik Nurul nadirah. Al Fatihah..



Apakah salah dan dosa beliau hingga diperlakukan sebegitu ? Angkara makhluk apakah semua ini ? Apa tujuan diperlakukan sebegitu rupa ? Andai berniat untuk menutup kesalahan sampai perlu dihapuskan bukti, kenapa melakukan kejahatan ? 

Walaupun semalam aku ada terbaca berkenaan rentetan awal kejadian kehilangan adik Nurul Nadirah ni disebabkan kecuaian ibunya yang leka dengan melayan facebook, namun tak perlulah kita menuding jari menyalahkan ibunya 100% atas kejadian yang berlaku ni. 



Apa yang dah berlaku, itu semua takdir qada dan qadar dari Allah yang tak mungkin dapat untuk kita ulangi lagi. Mungkin juga apa yang berlaku ni sebagai peringatan dari Allah untuk kita semua yang sering leka dan lupa tentang tanggungjawab kita semua.

Jangan sampai kita terlalu sibuk memperkatakan tentang kejadian yang berlaku terhadap orang lain sambil menuding jari menyalahkan orang lain bagaikan kita ni makhluk Allah yang terbaik serba serbi padahal kita terlupa kita juga memiliki berbagai kelemahan sebagai makhluk ciptaan Nya yang serupa sama taraf tak kita siapa pun kita ni kecuali la kita ni hamba Nya yang paling bertaqwa.