Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.
![]() |
| Mata terkabur dengan iklan ? |
Sememangnya pengiklanan di media media mampu mempengaruhi minda tak kira penonton dewasa atau kanak kanak. Contohnya seperti anak sulung aku tu. Pantang nampak iklan yang menarik perhatiannya mesti dia akan paksa aku untuk tengok dan akhirnya meminta aku untuk membelikannya kelak.
Nasib baik la pengaruh iklan tu hanya ketika menonton di kaca televisyen je. Kalau terbawa bawa sampai ke situasi realiti mau bocor poket seluar aku dibuatnya. Dan dari iklan iklan di media tu jugak sampaikan anak aku dah kenal bermacam macam jenama terutamanya restoran makanan segera la.
Tidak menghairankan la kalau dia mengetahui di mana arah tuju kalau nak menikmati ayam goreng yang enak, membaham burger dan kentang goreng yang menyelerakan dan melayan menu pizza terbaik di pasaran.
![]() |
| Jujur dalam perniagaan, pengguna harus menerima hakikat sebenar |
Namun begitu, bukan kita tidak menyedari pun sebenarnya bahawa kebanyakan iklan tu semuanya mengaburi mata dengan tayangan yang tidak serupa seperti yang dilihat. Dan kita semua pun memang sedia maklum apa yang dipaparkan melalui iklan itu hanyalah untuk ilustrasi semata mata. Aku tak pasti la kalau ada iklan yang benar benar jujur dalam menjalankan strategi pemasaran syarikat.
Contoh terbaik yang boleh aku kongsikan kat sini dari pengalaman sendiri ketika menikmati makan malam semalam. Atas rasa keteringinan nak merasa dan membandingkan perbezaan antara dua produk dari dua pengeluar berbeza, aku pun layankan je.
Hasilnya untuk makan malam semalam aku memilih untuk mencuba produk terbaru dari restoran makanan segera KFC, pokkits. Aku tak pasti kenapa mereka mencipta menu pokkits ni sedangkan mereka sudah menyediakan menu Toasted Twister yang sekian lama berada dalam menu pilihan.
![]() |
| Ini apa yang digambarkan dari pembungkus |
Maaf kalau aku hanya dapat memberikan rating 1/10 untuk produk terbaru KFC ni. Kalau diberikan pilihan, aku lebih menyukai toasted twister keluaran mereka. Dengan harga yang diletakkan untuk set pokkits RM3.60 setiap satu terasa tidak berbaloi dengan apa yang dihidangkan.
Aku tak pasti bagaimana penyediaan produk pokkits ni disediakan. Mungkin apa yang aku terima semalam tu tidak disediakan secara segar, bermakna ianya sudah siap tersedia untuk beberapa masa sebelum diberikan kepada pelanggan.
Bukan nak menuduh, tapi sebagai seorang yang agak biasa dalam bidang penyediaan makanan selama hampir 8 tahun ni aku boleh membezakan makanan yang dihidangkan segar atau makanan yang tersimpan sedia.
![]() |
| Ini apa yang terkandung dalam bungkusan |
Berbanding dengan twisted toaster yang mana rasa dan kualitinya lebih menyelerakan, pokkits ni umpama satu produk gagal yang dikeluarkan oleh pihak KFC. Seandainya mereka ingin mempertahankan produk bernama pokkits ni di pasaran, aku cadangkan mereka menambah baikkan kualiti produk pokkits ni sesuai dengan harga yang dikenakan.
Bagi orang lain yang mungkin peminat setia KFC agaknya tak menjadi masalah untuk mereka menyukai produk terbaru dari KFC ni namun tidak untuk aku dan keluarga. Cukup hanya beberapa produk sedia ada di dalam menu menjadi pilihan sejak dulu lagi.
Dengan tagline "The end is the best" tu, aku tak pasti la di mana yang dikatakan the best sebab aku tak rasa best lansung dan untuk kesekian kalinya, kalau takde peningkatan kualiti tak mungkin aku akan membelinya lagi.




