Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan pengunjung yang sudi mengunjungi blog aku ni. Apa cerita yang panas untuk hari ni ?
Hari ni aku bercuti. Maknanya melepak je kat rumah melayan anak aku yang manja tu. Dan maknanya jugak rumah aku pasti akan bersepah dengan segala permainan dia tu.
Siapa antara kita semua ni yang pernah curang ? Tak baik owh kalo curang curang ni. Terutama kalau dalam perhubungan. Kesian pada orang yang kita curangi tu. Hindarkan la diri dari mencurangi pasangan kita tu.
Tapi aku akui aku pun curang jugak. Beralih arah kepada yang lebih disukai dan diminati. Oops..jangan salah sangka pulak. Aku bukan curang pada pasangan aku. Tapi curang dengan diri sendiri.
Kadang kadang bila aku dok menung sorang sorang, mengenangkan perjalanan hidup yang aku lalui ni rasa cam nak gelak pun ada. Terutama dari peringkat persekolahan hinggalah ke alam pekerjaan ni.
Aku dulu lepas lulus UPSR dengan cemerlang dan gemilang telah ditawarkan ke sekolah berasrama penuh dalam aliran sains. Tapi atas beberapa sebab aku dimasukkan ke sekolah agama berasrama dalam aliran pengajian Al Quran untuk tiga tahun pertama bersekolah menengah.
Kemudian pulak aku bertukar sekolah lagi dan tetap dalam bidang keagamaan jugak. Selepas beberapa siri pengisian rohani dengan jayanya, aku menyambung lagi alam pembelajaran aku masih jugak dalam bidang bersangkutan.
Setelah berjaya menamatkan pengajian aku selama tiga tahun dengan lulusan diploma, patutnya aku layak untuk menyambung lagi ke tahap seterusnya di asia barat tapi atas beberapa alasan aku terus terjun ke bidang pekerjaan dan dari situ la bermulanya episod kecurangan aku.
Kecurangan pertama aku ialah dengan menceburi bidang profesional sebagai ahli perniagaan yang agak berjaya. Cuma tak jadi tokey je. Tapi tak lama pun aku bercurangan sebegini. Sebabnya aku kepenatan. Malam menghadiri kelas kursus bahasa arab, siangnya pulak bekerja.
Lepas tu aku curang lagi. Kali ni lebih mencabar sikit. Lansung tak pernah aku impikan untuk bercurangan camni.
Kali ni aku bermain dengan kimia pulak. Memang mengujakan sebenarnya sebab kerja ni memerlukan aku sentiasa menawan beberapa pelabuhan sekitar Malaysia.
Dalam masa setahun lebih je aku bergelumang dengan pekerjaan ni. Bukan bosan pun. Segalanya aku boleh dapat. Tapi tekanan fizikal yang sangat membebankan dan beberapa sebab yang tak dapat nak dielakkan, aku beralih arah lagi.
Punya la jauh aku menyimpang. Tiba tiba sampai sekarang ni aku bergelumang pulak dengan segala makanan. Dan ini la kecurangan aku yang paling lama. Tapi sebagai pengubat kecurangan tu, aku selitkan jugak la bidang yang sepatutnya aku ceburi cuma melalui gaya lain je.
Bila difikir fikirkan semula, semua tu adalah ketentuan atau qada dan qadar yang dah ditetapkan oleh Allah. Bagi aku, semua yang aku lalui tu rezeki. Rezeki yang bukan semua orang boleh perolehi. Sebab tu, aku selalu mengingatkan diri aku supaya selalu bersyukur dengan apa yang aku perolehi.
Kesimpulannya yang boleh aku simpulkan, curang pada diri sendiri tu tak la teruk sangat. Hehehe..tapi jangan sekali kali curang pada pasangan kita tau.



















