Showing posts with label pantang larang. Show all posts
Showing posts with label pantang larang. Show all posts

16 February 2011

tersirat dalam tersurat [part 2]

  19 Komen    
label: 
Salam hari rabu semua. Masih lagi berselawat ke atas Nabi junjungan pada hari ni ? Alhamdulillah kalo lidah masih lagi tak jemu berselawat. Bukan je hanya semalam kekonon sebagai tanda memperingati hari kelahiran Nabi kecintaan kita tu, biarlah setiap hari kita memperingati baginda SAW.

Hari ni aku nak sambung lagi pasal pantang larang orang dulu yang menghantui kehidupan zaman kanak kanak suatu masa dulu. Bukan la nak protes atau nak cakap orang dulu dulu ni memandai je buat cerita atau suka menipu, tapi mungkin cara camtu sebagai salah satu untuk menunjukkan kasih sayang diorang kot. Ye la, kalo nak melarang terus besit je kang dah mendera.


Masa bebudak dulu tu selalu mak atau nenek kita marah tul kalo suka duduk atas bantal. Padahal punya la sedap kalo duduk atas bantal. Empuk je terasa kat punggung. Katanya nanti tumbuh bisul di punggung. Sape yang tak takut kalo bisul tumbuh kat punggung ? Memang tobat tak nak duduk atas bantal ah. 

Betul ke bisul leh tumbuh kat punggung kalo duduk atas bantal ? Kesian pengantin kan sebab kekadang tu diorang kasi duduk atas bantal masa nak akad nikah tu. Seminggu peh kenduri terus ada bisul kat punggung. Hehehe..

Lojiknya kesian kat bantal tu. Zaman dulu kan bantal diperbuat isinya dari kekabu. Bukan macam zaman sekarang punya bantal. Pepaham je la kalo kekabu ni, sedangkan letak kepala saje pun mampat je isinya. Ni pulak nak duduk atas bantal tu. Penyet la bantal tu.


Kalo yang ni bebudak cukup suka lelebih lagi masa sesi kutuk mengutuk sampai nangis. Jelir jelir lidah. Kalo nampak dek mak atau nenek, katanya nanti lidah kene potong. Aduii..sebelum nak jelir lidah tu kene tengok keliling dulu ada ke tak de nenek atau mak. 

Bukan kena potong pun, tapi kan ke tak sopan kalo buat camtu. Buruk tul ah. Biar je la haiwan ular, biawak, anjing dan haiwan haiwan lain yang suka menjelir tu je yang menjelir lidah. 


Siapa yang tak kenal ngan hidangan ni angkat sudu ? Hehehe..Masa bebudak dulu asyik boleh tengok je kalo orang dewasa makan kepala ikan ni. Tak kira la masak apa pun. Kari ke sup ke, jangan harap nak dapat merasa. Kononnya nanti jadi bodoh. 

Tapi kenapa kalo orang dewasa makan boleh pulak ? Diorang tak kesah ke kalo menjadi bodoh ? Hehehe..bila dah meninggalkan alam budak budak, baru la aku tau kenapa diorang tak kasi makan kepala ikan ni. Sedap rupanya. Tapi aku tak makan sangat kepala ikan ni sebab ada pantang yang lain.


Satu lagi kalo bab makan ni bagi bebudak lelaki yang belum berkhatan, asyik tak boleh nak makan hempedal ayam je. Kononnya nanti liat susah nak berkhatan. 

Bayangkan la kalo pisau tok mudim tu nak potong tapi tak terpotong. Mengerikan sungguh aih. Sungguh mementingkan selera diri tul orang dewasa ni kan. Ada ke boleh cakap camtu pulak. Hehehe..


Yang ni untuk bebudak yang nakal. Dan sering kali jugak menjadi ejekan kawan kawan sekolah bila terkena. Jangan mengintai orang dalam bilik mandi nanti ketumbit mata. Abis tu kalo tak mengintai tapi kena ketumbit gak camne ? Kan dah kene ejek kaki sekodeng.

Apa la faedahnya mengintai orang dalam bilik mandi tu. Berdosa woo. Nanti ntah ternampak apa yang tak patut dinampakkan tu kan ke dah jadi isu. Tak pasal pasal orang yang kene ketumbit je orang lain pandang serong.


Kalau yang satu ni aku memang tak faham kenapa. Tunjuk pelangi dengan jari nanti jari akan kudung. Apa kelojikannya ? Ada siapa siapa leh ulaskan sebab musababnya ? 


07 February 2011

tersirat dalam tersurat

  17 Komen    
label: 
Selamat hari isnin kepada semua pembaca. Dah cuti beberapa hari ni pasti bersemangat memulakan hari berkerja dan belajar ye tak ? Atau masih lagi memikirkan mana nak lempar segala limau yang memenuhi ruang peti sejuk kat rumah tu ?

Pagi tadi masa tengah melayan mandi air yang sejuk menikam tu tetiba otak aku terfikirkan tentang pantang larang orang dulu dulu. Heran tul, takde kene mengena lansung dengan aktiviti mandi pagi. 

Cuma minda sempit aku memikirkan kenapa la masa aku budak budak dulu duduk kat kampung banyak tul benda yang nak buat tapi tak boleh nak dibuat. Ada saja pantang larang dari orang tua tua ni. Dah tu pulak segalanya memomokkan kehidupan sebagai seorang budak yang masih tak mengerti erti maksud tersirat.

Jadi hari ni aku ingat nak mengupas sikit tentang apa yang tersirat dalam yang tersurat sebalik pantang larang tu mengikut kelogikan minda sempit aku ni. Orang kata kalo mitos tu tak dihuraikan memang akan menjadi persoalan sampai bila bila. 


Sememangnya dalam kehidupan kita ni terdapat banyak pantang larangnya. Tak kira la kaum atau bangsa apa sekalipun mesti ada pantang larang yang terbawa bawa sampai ke hari ni sejak dulu lagi. 

Kalo dulu masa aku bebudak, nenek aku selalu marah kalo aku nak potong kuku waktu malam. Katanya nanti pendek umur. So aku yang belum akhil baligh masa tu memang kecut segalanya bila dengar camtu. 


Tapi setelah akhil baligh dan meningkat dewasa ni, aku cuba merungkaikan maksud tersirat yang nenek aku larang sangat tu. Secara logiknya aku berfikir, zaman dulu takde pemotong kuku yang khas cam sekarang ni. Nak potong kuku tu kena guna pisau dan dipotong dengan berhati hati. Dah tu pulak, zaman dulu mana nak ada lampu yang dapat menerangi seluruh ruang rumah. Pakai pelita je. Memang merbahaya dan memendekkan umur la kalo berani nak potong kuku malam malam gitu. Silap haribulan bukan kuku je kene potong, jari pun potong sekali.

Pehtu lak yang ni mungkin ramai kaum lelaki yang suka dengan pantang larang camni. Malah mungkin ada yang sanggup melanggar pantang larang yang satu ni. Orang tua dulu pasti akan marah kalo kita makan bertukar tempat atau banyak tempat. Katanya nanti kawin ramai. 


Hakikatnya mungkin orang tua dulu tak nak kita buat bersepah rumah tu dengan makanan. Kang semut penuh datang mengutip makanan yang bersepah tu. Bila ada semut, nanti datang lak lipan ke, lipas ke pulak. Pehtu untuk meraikan lagi jamuan makan makan tu, datang pulak tikus. Silap haribulan, harimau pun datang jugak.

Pehtu lagi kalo dulu masa budak budak, bila hari dah mula nak senja mesti dah kene panggil masuk rumah. Kalo main jugak tak reti reti nak balik, katanya nanti disorok hantu tetek. Masa aku bebudak dulu memang takut tul kalo dengar hantu tetek ni. Gila kau, nanti disoroknya kat bawah tetek dia yang besar mengalahkan Pamela Anderson tu.


Tapi bebudak sekarang ni ada nak takut ? Lagi diorang seronok kalo jumpa hantu tetek ni kot. Maklum la, zaman semakin maju ni pemikiran diorang pun makin kembang melampau lampau. Hakikatnya dulu tu kita asyik kene panggil balik kalo hari dah mula senja sebab nak kita bersiap siap mandi dan solat maghrib yang singkat waktunya. Lagipun tak sopan lak kalo sampai ke malam pun tak reti reti nak balik.

Kemudian untuk anak anak dara lak. Masa dulu biasanya kat kampung umur remaja lagi dah disuruh buat kerja kat dapur. Memasak dan sebagainya la. Tapi pantang tul kalo sambil memasak tu dok menyanyi. 


Katanya nanti kawin dengan orang lelaki tua. Err..mungkin ada benarnya kot. Hahaha..logiknya kalo sambil memasak nak menyanyi tu takut nanti terleka sampai terhangus hangit segala masakan tu. Maklum saja la dulu kan guna kayu api. Kalo tak dikawal apinya memang kompom tak boleh kawin.

Lagi satu kalo pantang anak dara ni bila duduk kat muka pintu. Padahal punya la syoknya duduk kat muka pintu tu kene angin yang berhembus sepoi sepoi bahasa. Kalo rumah kampung cam rumah nenek aku tu la. Katanya nanti kalo anak dara duduk kat muka pintu nanti lambat kawin. 


Zaman sekarang ni ada lagi ke anak dara melepak duduk kat muka pintu ? Tak kawin la korang nanti. Hehehe..tersiratnya mungkin keadaan camtu tak sopan. Anak dara zaman dulu kan berkain batik je. Sekali ditiup angin kau, terselak macam Marilyn Monroe tu tak ke haru. 

Aku rasa cukup tu je untuk hari ni dulu. Ada banyak lagi pantang larang yang nak kene dirungkaikan maksud tersiratnya ni. Mungkin di kemudian hari pulak. Apa pun, dari segala pantang larang yang ada tu mana yang baik, kita jadikan panduan. Yang tak berapa nak baik tu, pandai pandai la pikir camne nak buat. Pastinya setiap larangan dan nasihat dari orang yang lebih tua dari kita tu membawa maksud ke arah kebaikan sebab diorang hidup dengan pengalaman. Kita zaman sekarang ni, pengetahuan je banyak tak cukup jugak kalo takde pengalaman.