Showing posts with label membazir. Show all posts
Showing posts with label membazir. Show all posts

22 April 2011

bazir

  13 Komen    
label: , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat yang mulia diucapkan buat semua rakan pengunjung. Semoga di hari yang bahagia ni semuanya berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah sentiasa.

Kebelakangan ni banyak sudah kita mendengar berbagai rungutan tentang perbelanjaan yang semakin meninggi akibat kenaikan harga barang keperluan harian. 


Tapi dalam kemelut yang melanda tu, mungkin juga kita selalu lupa tentang kelakuan kita selama mempergunakan segala keperluan tu. Dalam erti kata lain, sering kalinya kita tanpa sedar membazirkan apa yang kita ada tu.

Bila berbelanja, kadang kadang tu melebihi dari apa yang diperlukan. Kalau boleh nak penuhkan simpanan dalam peti sejuk tu dah macam nak menghadapi musim kemarau atau peperangan je.


Selagi tak penuh troli barang tu selagi tu jugak la nak masukkan barang. Bak kata orang barat, "shop till you drop". 

Lagi satu contoh pembaziran yang biasanya kita terleka darinya bila menghadapi dengan makanan. Memang tak dinafikan negara kita ni memang banyak makanannya. Bermacam macam jenis masakan yang ada. Sangat menyelerakan dan membuat mulut takkan berhenti mengunyah.


Bila perut dah tak boleh nak terima lagi akibat kekenyangan, takde penyelesaian lain kecuali tong sampah la yang menjamahnya. Tambah pulak bila berkenduri kendara. Jarang sangat kalo tak terbazir. Tu pun jarang jugak kita bersyukur dengan limpahan rezeki yang kita perolehi kalau nak dibandingkan dengan insan ditempat lain yang sangat mendambakan makanan. Tanpa ada rasa keinsafan, mudahnya kita melemparkan lebihan makanan tu.

Kemudian pulak yang selalunya kita leka bila menggunakan peralatan kat rumah. Kadang kadang tu letrik terbazir bergitu je. Kalo ada 50 suis kat dalam rumah tu, 50 tu jugak la nak dipasang. 


Air pun lagi satu hal. Mentang mentang la bil air tu datang dua bulan sekali, tak terasa sangat la kononnya pembazirannya tu. Tapi tu la kita ni, bukan nak pikir berapa banyak yang boleh kita jimatkan kalau kita tak amalkan segala pembaziran tanpa sedar tu.

Bila harga barang naik, merungut tak tentu pasal. Bila tak dapat bonus, mula nak buat protes atau mogok. Takde maknanya semua tu kalau sikap kita tak berubah. Lagi banyak bagi bonus, lagi besar la belanjanya. Lagi murah harga barangan, lagi penuh la troli pasaraya tu.

Apa pun kita, jadi la insan yang sentiasa bersyukur. Sentiasa ingat tentang kesusahan dan kedaifan insan lain. Setiap kali membaca doa waktu nak makan tu, kenangkan la insan lain yang mungkin kelaparan tanpa makanan. Elakkan pembaziran kerana telah termaktub dalam Al Quran, orang yang membazir itu saudara kepada syaitan. Nak ke jadi sedara syaitan ?