Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

23 April 2011

makan sihat

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan pengunjung. Alhamdulillah pagi ni cuaca agak baik di Ipoh ni. Bagi sesiapa yang duduk berhampiran bandar Ipoh ni rasa takde apa nak buat tu, boleh la mengunjungi karnival minggu saham amanah Malaysia yang sedang berlansung di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh. Masuk percuma je. Dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan berbagai pameran dan aktiviti diadakan kat situ. 


Hari ni aku nak berkongsi minda tentang pemakanan yang kita makan setiap hari. Seperti mana yang kita maklum, negara kita ni memang kaya dengan berbagai jenis masakan dan makanan. Tu tak termasuk lagi masakan dan makanan yang dibawa masuk dari luar. 

Sejak aku mula reti nak makan sampai la sekarang ni, masih jugak ada lagi masakan dan makanan yang tak pernah lagi aku cuba. Maknanya memang terlampau bermacam macam jenis makanan yang ada kat Malaysia ni.

Tapi dalam kita dok makan setiap hari tu, pernah tak kita fikir tentang kebaikan dan keburukan dari apa yang kita makan tu ?

Selalunya bila dah disahkan menghidap penyakit itu ini baru la kita ni nak bertukar menu. Kalau tak, apa je yang nampak menyelerakan semuanya nak ditelan.


Tak salah pun kalau nak makan sebanyak mana yang mampu. Tapi tu bukan la yang diajar oleh Rasul Junjungan kita dalam perihal makan ni. Makan secara bersederhana dan mengikut keperluan je. 

Dalam Al Quran jugak dah bagitau, kalau nak makan tu makanlah yang baik baik. Maksudnya pilih la makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan. Cam yang kita semua tau, antaranya seperti sayuran yang cukup banyak sumber vitamin dan zat galian yang boleh kita perolehi dari sumber sayuran ni.


Selain tu jugak, buah buahan pun mampu untuk membekalkan mineral yang diperlukan tubuh badan kita ni secara semulajadi. Walaupun sekarang ni macam macam produk vitamin tambahan yang berada dipasaran, tapi mana nak sama dengan produk ciptaan Allah ni. 


Tapi kalau banyak duit tu sila la beli multivitamin yang ada jual tu. Kalau semua orang tak beli, kesian pulak syarikat yang mengeluarkan produk tambahan tu. Cuma pastinya, yang semulajadi tu lebih baik dari yang diubahsuai.

Apa pun kesudahannya, kuasa memilih dan memulih tu tetap berada di tangan kita sendiri. Makan secara sihat, pilih yang baik baik insyaAllah kesihatan pun pasti terjamin.


06 April 2011

halalan toyyiban

  13 Komen    
label: , ,
Salam hari rabu buat semua rakan pembaca yang mengunjungi laman blog aku ni. Maaf la sebab semalam tak sempat nak masukkan entri baru. Hari ni alhamdulillah bandaraya Ipoh sedikit cerah. Tapi adakah panas sampai ke petang  mungkin hujan di tengahari. 

Semalam masa aku singgah kat bank berhampiran rumah dalam perjalanan balik dari kerja untuk membayar sewa, aku terpandang satu premis kopitiam bersebelahan dengan bank tu.

Selama ni aku tak pernah pulak teringin nak pandang kopitiam tu tapi ntah kenapa semalam mata aku ni tertarik pulak bila memandang papan tanda kopitiam tu.


Apa yang menarik pandangan aku adalah logo halal yang terpampang di papan tanda dan pintu masuk kopitiam tu sendiri. Sangat menarik untuk aku berfikir selama beberapa minit kemudian. 

Dari pemerhatian aku, 90% kakitangan yang berkerja di kopitiam tu keseluruhannya berbangsa bukan melayu. Malahan pemilik kopitiam tu sendiri bukanlah bumiputera melayu. Hanya dibahagian belakang kopitiam tu je aku nampak beberapa bangsa asing yang ditugaskan untuk membasuh perkakasan.

Apa yang menjadi persoalan dalam minda aku ni adakah kopitiam tu benar benar menjamin tahap kehalalannya ? Terus terang aku bagitau sejak tumbuhnya berbagai kopitiam kat Malaysia ni macam cendawan lepas hujan, aku tak pernah sekali pun menjejak kaki untuk mencuba keistimewaan yang ada dari kopitiam tu sendiri.


Sering kali jugak terpandang beberapa premis makanan bukan bumiputera yang menyatakan produk makanan yang disediakan mereka tu bebas dari khinzir. Mungkin benar mereka tidak menghidangkan daging menatang haram tu tapi kemungkinan besar terdapat unsur unsur lain yang bersumberkan haiwan tersebut.

Mungkin jugak pembekal daging atau ayam yang dilanggani mereka bukan dari pembekal yang mematuhi syariat. Bayangkan je la, kalau jika  pemilik premis tu sendiri bukan beragama Islam. Adakah beliau benar benar faham akan hukum halal dan haram ni ? 

Bukan la nak menuduh pulak. Cuma sekadar ambik berat dan prihatin. Sedangkan terdapat dapur dapur hotel terkemuka yang memiliki sijil halal tapi kenyataannya masih juga menggunakan sumber sumber yang diragui malah ada juga yang melanggar peraturan yang ditetapkan tu. Alasannya cuma satu. Untuk kelainan rasa dan menyedapkan hidangan. Tak percaya ? Pegi la terjah dapur tu, acu pistol kat kepala ketua chef tu tanya dia apa semua bahan bahan yang dimasukkan dalam hidangan tu.


Sebagai umat islam, seharusnya kita sensitif dengan perkara perkara macam ni. Tambahan pulak dalam bab yang menjadi darah daging kita. Bukan saja kita wajib mendapatkan yang halal, malah harus pulak untuk memastikan kebagusan dan kebaikannya dari segi kebersihan terutamanya. 

Selalunya apa yang kita tahu hanya hidangan yang dihidangkan tu enak dan nampak menarik. Apa yang kita tak tahu bagaimana cara penyediaannya. Rasanya kalau kita terjah mana mana dapur premis makanan, mau ada yang tak lalu nak masukkan makanan yang nampak enak dan menarik tu. 

Tapi tak semua la camtu. Mungkin ada yang benar benar mematuhi syariat yang ditetapkan. Mungkin ada pengusaha yang benar benar menitik beratkan aspek kehalalan dan kebersihan untuk kepuasan pelanggan. Mungkin jugak ada kopitiam yang meletakkan seorang panel syariah dipremis mereka untuk memastikan setiap makanan yang terhidang tu benar benar halalan toyyiban.

Perlu diingat, setiap apa yang masuk ke dalam perut kita tu la yang menjadi darah daging kita. Walau ada satu bahagian yang bersumberkan dari sumber yang bukan halal, maka api neraka la pembersihnya. Lagipun, setiap yang telah ditetapkan Allah tu pasti ada hikmahnya. Jika kita memastikan apa yang kita makan dan minum tu halal dan baik, insyaAllah bukan saja perbuatan makan kita tu boleh dikira sebagai ibadah, malah kesihatan diri juga akan terjamin. 

Perkongsian ni bukan akan terhenti kat sini je. InsyaAllah kalau ada maklum balas yang baik mungkin boleh dikongsikan lagi di masa lain pulak.