Showing posts with label mahkamah. Show all posts
Showing posts with label mahkamah. Show all posts

30 March 2012

Mari jadi penari tiang

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung. Marilah kita bersama sama memperbanyakkan selawat dan zikir serta ibadah di penghulu segala hari ni mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.


Sakitnya hati bila membaca akhbar kosmo online semalam tentang kisah penari tiang melayu beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan hanya mengikut Seksyen 21 akta kesalahan kecil 1995 yang hanya mengenakan hukuman denda tak melebihi RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Biadab. Kurang Ajar. Tak bermoral. Apa lagi yang boleh kita nak cakapkan ? Dimana sensitiviti kita sebagai umat Islam ? Dengan keruntuhan moral anak bangsa kita yang beragama Islam semakin menjadi jadi, ditambah pulak dengan cerita sebegini dah tentu semakin menjadi penyuntik semangat bagi jiwa jiwa anak bangsa yang dah sememangnya menantikan kehancuran. 

Sedangkan naik kereta tak pakai tali keledar belakang boleh dikenakan denda tak melebihi RM2000 atau satu tahun penjara bagi setiap kesalahan, ni pulak kesalahan yang melibatkan sensitiviti agama. Apa sangat la dengan denda RM25 tu. Mungkin lepas ni semakin ramai anak gadis bangsa kita yang beragama Islam semakin berani bertelanjang dan beraksi jalang di pusat pusat hiburan serata Malaysia ni. 


Andai hanya dikenakan denda RM25 jika didakwa, senyum kambing je la bila bayar di mahkamah tu. Sekali buat aksi terkangkang di depan mata mata jantan bernafsu syaitan tu dah berapa ratus ringgit boleh dikumpul dicelah seluar dalam. Belum lagi buat aksi menonggeng sambil meliuk lentuk menayang bonjolan punggung sampai membuatkan para penonton jantan menjadi tak keruan.

Apakah reaksi para pemimpin negara kita ? Aku bukan nak memetik soal politik pulak. Tapi dimanakah mereka yang berada dibarisan atas yang memiliki kuasa dalam kepimpinan negara ? Sekurang kurangnya berilah reaksi membenci dengan keputusan sebegitu. Andai semuanya berdiam diri, insyaAllah akan lahir semakin ramai penari penari tiang berbangsa melayu beragama Islam di masa akan datang ni. Sebagai umat Islam, aku sekeras kerasnya mengutuk perbuatan, keputusan dan tindakan yang berkaitan dengan perkara ni. 

Semoga Allah memelihara diri kita dan ahli keluarga kita semua dari terjebak dengan perkara sebegini. Andai terlanjur, bersegeralah kita memohon ampun dan bertaubat agar kita terselamat dari siksaan azab neraka. 




20 October 2011

Tergamaknya kau

  8 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung. Hari ni semasa mentelaah akhbar dalam talian, terbaca pulak pasal kisah seorang anak yang tergamak mengugut mak dia sendiri demi melebihkan kekasih hatinya.


Bukan ugut nak buat mogok lapar atau tak nak mandi seminggu, tapi diugutnya nak tikam mak dia tu dengan penebuk tin susu sebab mak dia tak kasi anak dia pinjamkan kereta Toyota Vios kepada kekasih hatinya tu. Tak cukup dengan tu, paksa pulak mak dia bagi duit RM1500 bersama dengan geran kereta sebab nak pergi ke Thailand. 


Oleh kerana tu, mahkamah menetapkan denda sebanyak RM3000 ke atas anak yang derhaka tu atas kesalahan yang dilakukan terhadap mak dia. Masalahnya, dia tu dah la penggangur. Camne dia nak bayar denda yang ditetapkan mahkamah tu ? Mane nak cari duit ? Kemungkinan besar mak dia yang diugut tu jugak la yang akan membayarkan denda tu.


Biasa yang kita dengar kes kes sebegini melibatkan golongan penagih yang dah kehabisan sumber untuk membeli bekalan diorang tu. Tapi kes yang ni agak unik jugak la sebab melibatkan kekasih hati pulak.


Tergamak tul nak ugut mak sendiri sampai camtu sekali. Padahal mak dia tu la yang bersusah payah membesarkan dia dari tapak kaki tu sebesar dua jari. Tak cukup dengan tu ditambah lagi dengan segala kepayahan sewaktu mengandungkan selama sembilan bulan sepuluh hari. Tak dikira lagi bagaimana mak dia tu bertarung nyawa untuk melahirkan.


Tapi bukan la nak tumpukan pada dia tu je. Kita kita ni pun kena la beringat sama. Jangan sesekali menderhaka pada mak kita sendiri. Kena ingat selalu segala susah payah mak kita dari kita berada dalam kandungan lagi. 


Macam aku yang dah tak mempunyai mak kandung mungkin dah kehabisan peluang nak memberikan segala kegembiraan untuk dikecapinya. Cuma doa yang tak putus setiap kali selepas solat je la yang mampu aku hadiahkan untuk mak aku.


Walau berapa lama pun kita hidup, tak kita setua mana pun usia kita ni selagi kita mempunyai mak yang melahirkan kita ke dunia ni, jangan la rasa malu malu nak mengucapkan kata kata cinta dan sayang pada mak kita tu. Kalau pada kekasih boleh diucapkan sejam sekali, pada mak sendiri takkan tak boleh kot ?


Hargailah mak kita tu selagi ada. Walaupun kita ni hidup berjaya kaya raya, bukan kesenangan hidup yang mak kita tu nak sebenarnya. Cukup kalau kita melimpahkan kasih sayang pada mak kita tu melebihi dari apa yang kita perolehi masa kita kecik dulu. Tapi tak tau la pulak kalau ada mak mak yang materialistik. Hehehe..ada ke ?