Showing posts with label kumpulan sokongan penyusuan ibu. Show all posts
Showing posts with label kumpulan sokongan penyusuan ibu. Show all posts

05 June 2012

Susu ibu - Hak mutlak si kecil

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua berada dalam keberkatan dan rahmat dari Allah.


InsyaAllah hari ni aku nak berkongsi tentang susu ibu. Ada ke sesiapa yang tak tau apa susu ibu tu ? Susu ibu tu ialah susu yang dihasilkan oleh para ibu. Kalau tak faham lagi, sila bertanya kepada ibu ibu.

Sebenarnya banyak kebaikan dan manfaat yang terkandung dalam susu ibu ni. Walaupun kita dipengaruhi oleh iklan iklan susu formula untuk menjamin tumbesaran bayi kononnya susu yang diberikan mengandungi berbagai khasiat dan zat mencukupi untuk bayi namun ianya tidak mungkin dapat menandingi susu ibu.


Dari pengalaman mengandung melihat anak membesar di hadapan mata sendiri, anak aku yang pertama tu memang diberikan susu ibu sejak dari awal kelahiran hinggalah usianya hampir mencecah 3 tahun. 

Alhamdulillah walaupun pada mulanya isteri aku agak kekok untuk menyusukan anak pertama yang baru lahir tu sebab takde pengalaman menyusukan bayi, namun hasil tunjuk ajar dari aku jururawat semasa berada di wad hospital menjadikan urusan menyusukan anak ni sangat mudah.

Dan hasil dari penyusuan badan tu jugak, alhamdulillah anak aku yang pertama tu dulu tak pernah mengalami masalah yang serius. Memang jarang sekali menghidapi demam kecuali selepas diberikan suntikan vaksin (tu pun sehari je demamnya). Selsema pun memang jarang sangat walaupun anak aku tu tidurnya lansung tak suka pakai selimut dan asyik nak berkipas sepanjang masa.


Dan bila anak aku tu mengalami kecederaan pun memang singkat masa penyembuhannya terutama kalo bab luka luka tu. Selain tu jugak, kelebihan memberikan susu ibu ni menjimatkan perbelanjaan. Tak perlu nak pening kepala memilih susu yang terbaik untuk anak sebab Allah dah memang sediakan susu paling super terbaik untuk pembesaran anak anak.

Tiada alasan bagi para ibu semua sebenarnya untuk memberikan susu ibu tu kepada anak kerana dengan adanya kumpulan sokongan penyusuan ibu di hospital hospital seluruh negara, mereka dapat memberikan khidmat nasihat dan perundingan dalam menjalankan kempen penyusuan ibu untuk bayi ni.


Buat para bapa dan suami sekalin, berikanlah sokongan kepada isteri isteri tercinta untuk memberikan susu ibu kepada anak anak. Jangan kita lupa bahawa susu ibu itu adalah hak anak anak kita. Janganlah kita menafikan hak mereka. 

Buat para ibu dan isteri sekalian, janganlah bersikap pentingkan diri sendiri. Allah menciptakan buah dada itu kepada kaum wanita ada fungsinya sendiri. Bukan untuk dibanggakan tahap kekencangan atau ketersembulannya tapi ianya adalah untuk menyempurnakan hak anak anak tu semata mata.