Assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu Malaysia dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung. Pagi ni terdengar kat radio pasal hari bebas kereta sedunia yang disambut pada hari ni. Tak pasti la baru bermula tahun ni atau dah bertahun tahun diadakan sebab baru hari ni aku dengar pasal hari bebas kereta ni.
Nampaknya kat bandaraya Ipoh ni mungkin kebanyakan pengguna kenderaan terutamanya kereta tak mengetahui pasal hari bebas kereta sedunia ni kot sebab aku tengok tak banyak beza macam hari hari selalu. Atau mungkin jugak kempen tak cukup mantap.
Kalau satu masa dulu kita ada kempen berkongsi kereta bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas berikutan penambahan kenderaan di jalan raya tapi tak jugak berkesan. Asyik berdebat siapa nak bayar duit minyak la, susah nak berurusan la. Akhirnya kempen tu senyap camtu je. Kereta bertambah tambah, taukeh minyak jugak yang untung besar.
Bila dah semakin penuh jalan raya negara kita ni dengan kenderaan terutama kat bandar bandar besar, pihak berkenaan berusaha menambah baik prasarana awam. Bagus la jugak sebagai salah satu alternatif mengurangkan kesesakan jalan raya. Tapi kebanyakan yang menggunakan prasarana awam ni adalah orang orang yang tak mempunyai kenderaan sendiri je. Esok lusa bila dah memiliki kenderaan sendiri, tak pandang dah prasarana awam ni.
Macam kat Ipoh ni, aku tengok ada la sikit kemajuan bila pihak kerajaan negeri mengadakan kemudahan untuk rakyatnya dengan menyediakan bas bas berhawa dingin yang selesa bagi pengguna untuk ke bandar dan kawasan sekitarnya. Cuma yang sering jadi masalah tu bila bas lambat tak ikut jadual je.
Kat bandar bandar negeri lain aku tak pasti la pulak macam mana. Kalau kat kampung aku tu, dah pasti jangan harap nak berangan naik bas pegi ke pekan. Agaknya dah kaya raya seluruh penduduk kampung sampaikan syarikat bas tu gulung tikar.
Kembali pada kempen hari bebas kereta sedunia ni, mungkin ada baiknya jugak. Kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan, pencemaran karbon dapat dikurangkan, orang ramai dapat 'menghakimi' kemudahan prasarana awam negara kita dan jimat sikit duit minyak untuk hari ni.
Tapi, siapa yang tegar untuk taat pada kempen kempen camni ? Pak menteri hari ni masuk pejabat naik basikal ke ? Abang abang pemandu kepada orang orang besar negara bercuti ke hari ni ? Jadi ke tak jadi kempen ni ?
Kalau korang, apa pulak maklum balas pasal hari bebas kereta ni ?

"Saya nak kena hantar anak-anak ke sekolah, lepas tu pergi ke pasar beli ikan, lepas tu nak melawat kawan kat hospital, lepas tu jemput anak dari sekolah, lepas tu nak hantar ke sekolah agama pulak. Leceh la kalau nak naik bas buat semua tu, mau huru hara mengejar masa nak buat semua tu" - Encik Jamal, Petaling Jaya.
"Akak bukan tak nak naik bas, tapi akak risau nanti ada yang cuba ambik kesempatan pulak bila dah ramai ramai naik kenderaan awam macam tu. Maklum la akak ni kan cantik, solid molid, lagipun akak tak tahan la nanti dengan macam macam bau bila bersesak dalam bas tu nanti" - Cik Lijah, Johor Baharu.
"Naik bas ? Ape kelas nak baik bas ? Saya beli kereta BMW 7 series ni secara tunai tau. Buat malu je kalau saya nak naik bas" - Datuk H, Bangsar.
"Wa memang sokong itu hali hali lagi bagus semua olang naik bas. Apa ? Wa kilija ? Wa bas punya taukeh maa, mesti la suka" - Encik Wong, Ipoh.