Showing posts with label google. Show all posts
Showing posts with label google. Show all posts

22 March 2012

malware cross-site warning

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Sekali lagi untuk minggu ni macam terlebih rajin pulak nak kemas kini entri sampaikan dua entri sehari.

Bukan rajin sangat pun sebenarnya. Cuma nak mempergunakan fungsi utama blog ni sebagai medium perkongsian secara bermanfaat. Terlebih dulu aku nak minta maaf kepada rakan rakan pengunjung yang menghadapi masalah ketika berkunjung ke blog aku ni semalam dan awal pagi tadi kerana mendapat amaran malware.


Sebenarnya sejak dari semalam lagi aku berhempas pulas untuk menangani masalah yang dihadapi. Jangan kata nak bukak laman blog, aku nak akses masuk untuk edit HTML melalui draft.blogger pun tak dapat. Puas aku mencari tutorial untuk membuang malware tu tapi boleh aku katakan tak la berapa nak membantu sebab memang tak membantu lansung. 


Situasi yang aku alami dinamakan sebagai 'cross-site warning'. Maknanya malware yang dikesan tu bukan dihasilkan dari laman aku tapi dari laman pihak lain melalui jaringan yang ada di laman aku. Faham ke ? Hehehe..

Jenuh jugak la aku bukak sana sini mencari jalan penyelesaian. Bila aku jalankan pemeriksaan melalui webmaster tools untuk mengesan malware, lansung tak dapat dikesan apa apa pun. Camtu jugak bila aku menggunakan Google Safe Browsing diagnostic page untuk tengok punca masalahnya namun lansung tak dapat nak dikesan.


Memang kalau dilihat dari amaran tu, kita boleh tau dari mana datangnya malware tu cuma dalam masalah aku ni, laman yang dikatakan punca datangnya malware tu memang sudah terkeluar dari senarai jangkauan radar aku. Puas aku cari kot kot masih tertinggal di dalam senarai 'followers' tapi tak ditemui jugak. Hinggalah aku mendapatkan bantuan teknikal dari pihak google sendiri yang akhirnya menyelesaikan masalah yang aku hadapi sejak semalam. 


Puncanya boleh aku katakan dari kesilapan aku sendiri jugak la. Rupa rupanya ianya datang dari widget bloglist yang aku letakkan dalam blog aku ni. Agak menghairankan jugak sebab seperti ada sedikit kecelaruan yang berlaku kat situ. Walaupun nama laman yang bermasalah tu sudah aku keluarkan dari senarai ikutan, namun ianya masih tersenarai dalam bloglist pada widget tu. 

Hanya di situ je satu satunya tempat yang aku lansung tak periksa sebab lansung tak terfikir ianya berpunca dari situ. Jadi andai kata ada rakan rakan yang menghadapi masalah sebegini, pastikan kita memeriksa segala isi dalam blog kita tu terlebih dahulu bagi mencari punca sebenar masalah. 


Kesimpulannya walaupun semalam hampir sepuluh laman blog yang menawarkan tutorial membuang malware aku lawati bagi mencari penyelesaian, namun boleh aku katakan takde satu pun yang benar benar membantu. Mungkin sebab tutorial yang diberikan tu hanya hasil dari tiru dan tampal atau taip semula dan bukannya dari pengalaman sebenar yang mana mungkin jika dihadapi oleh mereka sendiri, pastinya mereka lebih tahu tutorial mana yang lebih membantu.



17 December 2011

apa sudah jadi ?

  5 Komen    
label: , , , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat beraktiviti di hari sabtu yang mana di kawasan Ipoh hari ni matahari agak malu malu kucing untuk menyinarkan sinarannya akibat mendung yang berarak. 


Pagi ni masa menjenguk blog rakan rakan, terkedu jugak bila membaca al kisah rakyat negara kita yang dilaporkan hilang kat Dublin tu rupanya benar benar hilang.

Tak perlu la rasanya aku nak mengulang cerita sebab dah banyak kisahnya yang boleh nak dibaca dalam blog rakan rakan yang lain. Cuma aku lebih tertarik pada perkataan hilang tu je.


Ingatkan betul betul punya hilang sebab takde nak hubungi keluarga kat tanah air atau kedutaan kat negara dia bermastautin tu, rupanya ada ikan disebalik rumpai rumpai laut.

Gempar tu memang la tersangat gemparnya. Bila aku tengok gambar gambar yang dimuat turun dalam talian tu, aku pun tak faham apa motif sebenar beliau. Adakah beliau sengaja membuat camtu supaya mendapat hit tertinggi dalam carian google ? Adakah beliau hendak menandingi kisah perkahwinan DiRaja antara Putera William dan Kate ? Atau beliau nak membuktikan perkahwinan antara Norman Hakim dan Memey yang bernilai 12 juta tu ape la sangat berbanding dengan perkahwinan yang dilansungkan beliau tu ?


Kononnya segak berbaju kebangsaan Melayu. Mungkin nak menunjukkan bahawa kemelayuannya masih kekal utuh dalam jiwa walaupun berkahwin dengan bangsa asing di negara asing. Siap ada gambar cium mulut lagi tu sebab nak tunjukkan betapa mendalamnya cinta yang tersemai. 

Tak cukup dengan tu, perkahwinannya pulak dijalankan dalam rumah ibadat kononnya agar lebih dirahmati (???). Tapi ape kejadahnya bila yang sorang segak berpakaian kebangsaan melayu lelaki dan yang sorang pulak segak berpakaian sut tuksedo ?


Jadi kesimpulannya aku rasa memang beliau benar benar telah hilang. Bukan nak menuduh atau memfitnah pulak. Cuma fikir logiknya, hilang akal tu dah pasti. Lebih menyedihkan tu hilang agama. Kehilangan jantina tu semestinya mungkin. Semoga jangan ada lagi lepas ni yang menjejak langkah serong camni sudah la walaupun kita sedia maklum golongan sebegini wujud disekeliling kita.


Makan tengahari ni kitorang nak layan daging panggang. Sejak cuti berkerja ni macam macam menu yang keluar dari dapur rumah aku. Paling gembira sekali anak aku tu la. Setiap hari nak ajak aku keluar main kat taman. Celik mata je terus ajak pegi main. Layankan aje la sebab bila aku dah mula berkerja semula nanti lepas bermula persekolahan belum tentu dapat aku nak bawak dia keluar main setiap petang.