Showing posts with label fesyen. Show all posts
Showing posts with label fesyen. Show all posts

18 June 2012

Kehidupan - Fesyen ranggi muslimah ?

  12 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

Tak habis-habis dengan isu fesyen terutamanya bagi kaum wanita. Memang fitrahnya kaum wanita ni diciptakan Allah mempunyai tarikan bagi kaum lelaki. Dan sememangnya Allah menciptakan kaum wanita ni cantik dipandang mata lebih-lebih lagi dimata kaum lelaki.


Cuma yang menjadi masalahnya, bila dah cantik tapi masih terasa tak cukup-cukup cantiknya. Walaupun dah cukup untuk membuatkan kaum lelaki tertarik, masih tak cukup-cukup nak menarik.

Berhias bagi kaum wanita tidaklah menjadi satu kesalahan, namun ianya terbatas mengikut syariat Islam. Berhias hanya untuk suami. Haram jika berhias untuk dipandang oleh kaum lelaki lain selain dari suami.

Walaupun alasannya berhias untuk suami, bukan untuk menayang kecantikan berhias tu kepada orang lain namun jika perbuatan berhias tu hanya diaplikasikan ketika hendak keluar rumah, apakah ada niat terselindung disebalik alasan berhias untuk suami tu ?

Ada juga yang memberikan alasan kononnya supaya suaminya akan merasa bangga jika dirinya berhias dan akan diperkatakan orang ramai bahawa si isteri kepada si polan itu cantik dan pandai bergaya. Adakah benar suaminya bangga ?


Terbaru pulak di hari ni, fesyen ranggi muslimah yang kononnya mengikut garis syariat Islam. Dalam bab penutupan aurat tu aku tak nafikan la sudah tertutup sebahagiannya tapi tidakkan syariat Islam melarang kaum wanita ni berhias secara tabarruj atau berlebih-lebihan ?

Mungkin di dunia ni kita terasa cantik berfesyen bergaya begitu dengan apa yang kita pakai hingga menjadi kemegahan dan ikutan generasi namun ingatlah sabda Nabi SAW tentang tabarruj dalam berpakaian.
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat kelak". (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaie dan Ibn Majah)
Peringatan Nabi SAW melalui sabdanya ni bukanlah tertumpu semata-mata bagi kaum wanita malah kaum lelaki juga perlu beringat agar tidak berlebih-lebih dalam berpakaian.

Janganlah kita mudah terperdaya dengan kata-kata mempermudahkan syariat Islam. "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka itu ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Muka dah cantik semestinya menarik pandangan lelaki. Ditambah pulak dengan berpakaian fesyen terkini yang semestinya lebih menarik pandangan lelaki, kemudiannya akan dingorat lalu berkapel. Bila dah berkapel akan semakin menambah tahap kefesyenannya, belum sah hubungan sudah berpegangan tangan ke panggung wayang, ke taman bunga. Dan akhirnya silap haribulan dibisik oleh syaitan lalu hanyut.

Beringatlah sementara tubuh dan nyawa yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita ni belum ditarik kembali. Kita menerima tubuh dan nyawa ni dalam keadaan suci bersih, adakah patut kita memulangkan kembali tubuh dan nyawa pinjaman ni kepada pemiliknya dalam keadaan kotor bernoda dosa ?



16 April 2012

Syariat siapa ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan yang sentiasa didoakan mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. 

Alhamdulillah kita masih lagi diberikan peluang untuk menikmati segala pemberian Allah di muka bumi ni untuk kesekian kalinya. Namun begitu jangan kita lupa bahawa kematian itu adalah pasti terjadi tak kira sekuat, semuda atau sesihat mana pun kita seperti yang menimpa ke atas pemain bolasepak,  Piermario Morosini yang rebah maut ketika sedang bermain bola akibat serangan jantung.


Ketika menonton rancangan Nona di TV3 petang semalam, aku berasa muak dan jelik pada tayangan segmen fesyen. Disebabkan rancangan Nona tu menjurus untuk kaum wanita, dah tentulah fesyennya juga untuk kaum wanita. Cuma yang terasa menjengkelkan tu apabila pengacaranya membacakan skrip yang aku rasa mencemarkan keindahan Islam tu sendiri.


Bila disebut busana muslimah, pasti kita terbayangkan pemakaian menutup aurat. Seharusnya begitu la. Tapi yang menyakitkan hati tu apabila dilabelkan pemakaian fesyen busana muslimah tu adalah mengikut kehendak syariat Islam. Belum lagi ayat 'berjinak jinak' untuk memakai tudung.

Mereka bukan buta fesyen kerana memang kerjaya mereka adalah sebagai pereka fesyen. Mencipta sesuatu pakaian untuk dipakai oleh mereka mereka yang dahagakan pakaian berfesyen. Namun janganlah sampai buta agama dan menghalalkan cara. Asalkan menutup rambut dikatakan mengikut kehendak syariat.


Syariat siapakah tu ? Syariat Islam atau syariat syaitan ? Apakah mereka yang berkata tentang fesyen berlandaskan kehendak syariat tu benar benar memahami erti sebenar kehendak syariat tu sendiri ? Atau sekadar menjadi penyebar fahaman sesat ke dalam minda kita yang tak berapa nak patuh dengan syariat sedia ada.

Memang menjadi fitrah manusia ni sukakan kepada kecantikan. Bagi yang lelaki memang suka untuk melihat sesuatu yang indah indah. Bagi yang perempuan pulak, suka untuk menjadi yang indah indah. Tiada dosa pada perbuatan keduanya selagi mana mengikut jalan yang ditunjukkan oleh Islam.


Kaum lelaki tak salah nak menjamu pandangan melihat kecantikan dan keindahan ciptaan Allah yang terdapat pada kaum wanita asalkan yang dipandang dilihat dan ditenung tu isteri yang halal untuknya. 

Kaum wanita pula tak salah untuk berfesyen seperti mana sekalipun walaupun nak bergaya seperti Lady Gaga atau bermekap tebal mengalahkan badut di sarkis asalkan ianya untuk tatapan suami tercinta, bukannya untuk tontonan umum. 

Kalau betul betul nak ikut landasan kehendak syariat, pastikan la jalan yang dipilih tu benar benar mengikut lunas lunas syariat yang ditetapkan dalam Islam. Jangan menyalahgunakan bahasa sehingga merosakkan fahaman. Tak pasti la pulak mungkin ada syariat lain yang membenarkan kaum wanitanya memakai pakaian yang menyerlah warnanya, terbonjol kepalanya dan lain lain lagi gaya yang dikatakan mengikut syariat. 

Surah An Nur, ayat 31
Janganlah kita mudah terikut ikut dengan arus kemodenan yang adakalanya menyesatkan akidah. Dan janganlah kita menjadi mudah terperdaya sehingga menyebabkan kita percuma mendapat dosa. Sama samalah kita membersihkan diri dari segala dosa dan kemungkaran, mudah mudahan kehidupan kita di dunia ni akan dirahmati Allah.






05 March 2012

Saham dosa

  5 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah taala.

Semalam masa tengok rancangan nona ada sikit sikit rasa macam nak termuntah ketika menyaksikan segmen gaya yang menunjukkan tudung gaya terbaru kononnya padahal aku tengok ala ala macam wanita Afrika pun ada.


Lebih menyebabkan rasa mual mual nak termuntah tu bila dikatakan pemakaian camtu melengkapkan lagi gaya menutup aurat dengan menutup keseluruhan rambut (kunun) mengikut syariat.

Kalau kita tengok sekarang ni dah macam macam jenis fesyen bertudung berkeliaran kat sekeliling kita. Dari yang sejuk mata memandang sampai la yang membuatkan hati mengutuk si pemakai tudung yang agak pelik pelik pemakaiannya.


Nak cakap banyak pun dah selalu sangat kita dengar pasal isu tudung ni ye tak ? Cuma aku terfikir zaman sekarang ni terutama gaya bertudung di kalangan masyarakat kita dah seumpama arak yang diharamkan tu la.

Andainya arak tu diharamkan kepada umat Islam bukan hanya meminumnya, malah dari awal proses memetik buah atau bahan yang hendak dijadikan arak pun dah sama haramnya seperti meminum arak. Begitu jugak la dengan tudung zaman sekarang ni yang mana kurang berlandaskan syariat dengan tepat. 


Tudung terbonjol ada, pakai tudung tapi leher terdedah ada. Pakai tudung tapi rambut terjulur ada. Pakai tudung tapi pakaian ketat terjojol sana sini ada. Pakai tudung tapi dengan niat nak menunjuk kononnya cantik (padahal tak cantik pun). Dan bermacam macam lagi gaya berprestij pemakaian tudung zaman sekarang.

Bukan hanya si pemakai yang menghimpun dosa kerana gagal mengikut landasan syariat dalam menutup aurat, malah si pembekal, si penjual dan mereka mereka yang berhubungkait dengan tudung tu sendiri pun bersama sama memiliki saham dosa secara lansung.


InsyaAllah mari la kita sama sama kembali kepada jalan yang lurus yang telah ditunjukkan oleh Allah dan rasul Nya kepada kita mudah mudahan kehidupan kita lebih diberkati dan dirahmati Allah. Pada kaum hawa, berhiaslah hanya untuk tatapan suami tercinta. Kaum adam pulak, peliharalah kecantikan isteri hanya untuk tatapan diri sendiri. Setuju ?