Showing posts with label faktor kemalangan. Show all posts
Showing posts with label faktor kemalangan. Show all posts

16 December 2012

Kemalangan : Apa puncanya ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah dalam apa juga yang kita lakukan.

Beberapa hari lepas aku ada terbaca dalam akhbar berkenaan peratusan kemalangan jalanraya di negara kita ni dimana 87% adalah berpunca dari sikap pemandu atau pengguna jalanraya itu sendiri.


Memang tak dapat nak dinafikan kalau diletakkan puncanya 100% adalah dari kecuaian dan kesilapan manusia yang bergelar pemandu atau pengguna atau penyelenggara atau pembina jalanraya itu sendiri.

Namun begitu sebagai makhluk yang terbaik diciptakan Allah dengan memiliki akal fikiran melebihi dari makhluk yang lain, gunakanlah akal kurniaan Allah itu dengan sebaik mungkin.

Aku juga salah seorang pemandu dan pengguna jalanraya. Alhamdulillah sejak dari menjadi penumpang, kemudian memandu sendiri bermula dari kayuhan basikal seterusnya kenderaan berenjin, belum pernah lagi terlibat dalam kemalangan ngeri kecuali beberapa kemalangan kecil yang tidak melibatkan kecederaan parah.

Bagaimanapun aku pernah menyaksikan sendiri beberapa siri kemalangan berlaku di depan mata. Termasuklah beberapa siri hampir terjadinya kemalangan dan pastinya semua berpunca dari kecuaian dan kesilapan pemandu atau pengguna jalanraya itu sendiri.

Adakah jalanraya di negara kita benar benar tidak selamat ? Atau apakah pemandu atau pengguna jalanraya di negara kita memang tidak berhemah ? 



13 October 2011

kanan atau kiri ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung. Pagi tadi sementara menunggu roti canai siap dibungkus sempat juga aku membaca akhbar yang disediakan. Dalam banyak banyak berita yang tertulis dalam akhbar tu hanya satu rencana yang menarik perhatian aku.


Ianya mengenai persoalan pemanduan yang mana lebih efektif bagi mengurangkan kemalangan jalan raya. Dalam rencana tu mengatakan pemanduan sebelah kiri lebih patut digunapakai berdasarkan faktor kajian tindakbalas refleks manusia ketika pemanduan.


Adakah satu hari nanti akan diwajibkan menukar dari pemanduan kanan ke pemanduan kiri pula sebagaimana wajibnya memasang tali keledar untuk penumpang belakang ?

Pada pendapat aku walaupun ada teorinya mengatakan pemanduan kiri lebih efektif bagi mengelakkan kemalangan, sebenarnya yang penting sikap pemandu yang memandu tu sendiri juga. 


Pengeluar kenderaan sentiasa menitik-beratkan aspek keselamatan kenderaan dengan berbagai ujian sebelum dipasarkan untuk pengguna. Pihak berwajib yang menyediakan kemudahan jalan raya juga sentiasa berusaha menaik-taraf dan memperbaiki segala kemudahan agar pengguna lebih selamat ketika di jalan raya. 


Tapi bagaimana pula dengan para pemandu kita ? Adakah semuanya patuh pada segala undang undang yang dikuatkuasakan ? Apakah pelaksanaan lesen memandu percubaan selama dua tahun yang diperkenalkan tu benar benar mendidik pemandu di negara kita mematuhi segala peraturan ?


Bila kita tengok pula pada statistik Ops Sikap yang saban tahun diadakan ketika musim perayaan angka jumlah kemalangan yang dicatatkan tidak pernah sunyi dari peningkatan. Apakah faktor peningkatan kenderaan yang menyebabkan kemalangan ?


Selagi sikap buruk para pemandu tidak dapat dibendung maka jalan jalan raya di dunia ni takkan aman dari kemalangan. Kesimpulannya bukan salah kenderaan yang dipandu, bukan salah kemudahan jalan raya, bukan salah faktor cuaca atau sebagainya, bukan kiri atau kanan, tapi punca utamanya tak lain tak bukan ianya hasil dari sikap pemandu yang memandu kenderaan tu juga akhirnya.