Showing posts with label astro box office. Show all posts
Showing posts with label astro box office. Show all posts

25 June 2011

astro

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung. Apa kabor hari ni ? Ada sihat ke ? Kalau sihat tu, bersyukur la banyak banyak. Kalau tak sihat tu, bersyukur la jugak sebab sekurang kurangnya ada jugak kasih sayang Allah tu nak bagi kat kita. Baru baru ni masa melayari MyNewsHub kat facebook, ada berita tentang astro nak menaikkan harga pakej. Sebagai salah seorang pelanggan astro, berita camtu sedikit sebanyak memberi impak jugak kat aku. 


Bukan la nak kata tak reti nak baca terma dan syarat yang diorang bagi masa mula mendaftar dulu tu. Tapi sebagai pelanggan yang melanggan, bak kata pepatah inggeris "customer always right" tul tak ? Lambat bayar sikit diorang potong. Nak sambung balik macam tak masuk akal je bayarannya. Servis tak la mantop sangat. Hujan sikit dah takde siaran. Rancangan yang ditayangkan entah berapa juta kali dah dipusing pusing ulang tayang. Kebelakangan ni pulak aku tengok iklan semakin menjadi jadi banyaknya ditayangkan. Dah miskin ke astro ni ?  


Aku ni kadang kadang rajin jugak nak menyemakkan pita rakaman panggilan telefon diorang tu yang kononnya untuk tujuan latihan. Selalu jugak aku bertanyakan soalan soalan cepumas kat operator yang menjawab tu. Selalunya aku telefon tu untuk kutuk kutuk sikit la pasal servis yang diorang bagi tu. Dan kebanyakannya soalan sinis yang aku ajukan.


Ada sekali tu aku bercadang nak bertukar pakej. Nak buang beberapa pakej terdahulu dan menukar dengan pakej yang lain. Sebenarnya pernah dua kali aku menukar pakej ni. Pertama kali tu aku nak menghentikan langganan Astro Box Office sebab dari sepuluh tayangan yang ditawarkan tak sampai lima pun yang aku berminat untuk tonton dan menambah pakej movie sebagai galang gantinya. Untuk tu aku dikenakan bayaran tambahan bagi pembatalan pakej sebanyak RM10 yang dimasukkan dalam bil. 


Kali kedua pulak aku menambahkan pakej kartun untuk hiburan anak aku. Hairannya tiada sebarang bayaran tambahan penambahan pakej kecuali bayaran untuk langganan pakej tu je akan dimasukkan dalam bil. Lalu aku pun bertanyakan kenapa aku tak dikenakan bayaran tambahan macam yang sebelum tu. Jawab operator tu hanya bila nak mengurangkan pakej je akan dikenakan bayaran tambahan tu, kalau tambah pakej tak dikenakan bayaran apa pun kecuali bayaran mengikut pakej tu je. Bila aku tanyakan pada operator yang melayan aku tu adakah bayaran tambahan untuk pembatalan pakej tu ibarat satu denda kepada pelanggan yang ingkar meneruskan langganan, lansung tak terjawab dengan jawapan yang memuaskan hati persoalan aku tu. Lawak tul.


Tu belum lagi berhadapan dengan perayu perayu pakej astro jalanan. Diorang punya ayat punya la tahap menghasut. Kononnya begitu begini kalau melanggan perkhidmatan diorang tu. Terbaru pulak ada yang sanggup mempromosikan perkhidmatan astro biyon dengan berjalan kaki dari rumah ke rumah yang dikesan melanggan astro dengan berpandukan piring penerima gelombang satelit yang terpacak kat atas bumbung rumah tu. Antaranya rumah aku la tu. Dengan eksyennya wakil perayu perkhidmatan tu menjelaskan kat aku kenapa aku harus bertukar kepada astro biyon menggantikan langganan perkhidmatan astro lama tu.


Macam macam cuba dihasutnya kat aku masa tu yang hanya berkain pelikat dan berbaju t-shirt. Katanya gambar lebih jelas sebab perkhidmatan tu menyediakan gambar berdefinasi tinggi berbanding dengan perkhidmatan yang lama. Aku bagitau perayu tu, aku tidak mempunyai televisyen yang menayangkan definasi tinggi untuk membolehkan aku menikmati perkhidmatan tu. Perayu tu terdiam seketika. Tanpa berputus asa, perayu tu menghasut lagi.


Kali ni katanya televisyen apa pun tak menjadi masalah sebab lambat laun aku pasti akan membeli televisyen yang baru jugak satu hari nanti. Aku mengiyakan malah menceritakan hasrat aku untuk memiliki sebuah televisyen LED 50" bagi menggantikan televisyen lama aku tu dengan egonya. Tersengih seakan kerang busuk perayu tu sambil menambah hasutan jika aku menukar kepada biyon walaupun sekarang ni menggunakan televisyen lama, mutu siaran juga akan menjadi lebih baik kerana tahap penerimaan gelombang dari sistem biyon tu lebih baik dari yang lama. Sepontan aku bertanyakan apa akan berlaku jika hujan lebat mencurahi bumi ? Jawabnya itu masalah yang tidak dapat untuk dielakkan oleh semua pelanggan. Ceh..


Abis tu camne ni ? Takde ke taikun taikun yang berhasrat nak menyaingi astro ni dengan menawarkan pakej yang lebih munasabah ? Banyak dah suara rakyat berbunyi pasal perkhidmatan yang sebegini rupa. Mana pergi slogan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' tu ? Adakah maksud slogan tu rakyat yang terpaksa lebih dahulu menanggung segala kesusahan dan kepayahan akibat penindasan kuasa kuasa besar yang ada dalam negara kita ni ? Adakah pencapaian mereka untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan tu lebih diutamakan dari memenuhi keperluan dan keinginan rakyat ? 


Kalau naik jugak harga bayaran pakej tu camne ? Nak berkumpul ramai ramai buat perhimpunan haram ke ? Atau ramai ramai pegi baling cat merah kat ibu pejabat astro tu ? Atau nak tak nak, pejam mata tutup mulut tutup telinga je sebagai jalan terakhir ? Apa pulak kata minda korang ?

29 May 2011

twilight gangsters

Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat hari ahad dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung. Cuaca kat Ipoh pagi ni alhamdulillah cerah. Sesuai sangat kalau nak keluar beraktiviti luar cam pegi berkelah ke, bawak anak anak bermain kat taman rekreasi ke atau mengunjungi tempat tempat menarik.

Seperti biasa la, setiap hujung minggu adalah hari mengulas filem tontonan pilihan aku sekeluarga. Kalau sebelum ni filem berunsur seram je yang menjadi pilihan, kali ni kitorang memilih filem berunsur jenaka pulak.

Bagi yang melanggan Astro Box Office mungkin ada yang dah tengok filem yang bertajuk Twilight Gangsters ni, tapi kalau yang tak pernah menontonnya meh sini aku nak ulaskan sikit pasal filem ni.



Filem dari negara Korea Selatan yang diterbitkan pada tahun 2010 ni merupakan filem arahan direktor Kang Hyo-jin. Antara pelakon yang menjayakan filem ni seperti Na Moon-hee, Kim Su-mi, Kim Hye-ok, Lim Chang Jung dan Kim Kwang-kyu. 



Filem ni menceritakan tentang tiga rakan baik diusia emas yang merancang untuk memenuhi impian diorang bercuti di kepulauan Hawaii setelah hampir lapan tahun menabung wang bagi membeli pakej percutian tu. 

Diorang bertiga ni masing masing telah menempuhi kehidupan yang sukar dimana Jung-ja (Na Moon-he) adalah seorang bekas banduan, Young-hee (Kim Su-mi) pula adalah seorang isteri kecewa yang baru kematian suaminya yang curang manakala Shin-ja (Kim Hye-ok) seorang janda yang tinggal bersama anak lelakinya yang selalu mencuri duit simpanannya.



Setelah berbagai usaha untuk mengumpul duit yang cukup bagi memenuhi percutian impian diorang tu, akhirnya diorang berjaya jugak mendapatkan jumlah mencukupi. Tapi masalahnya syarikat yang menawarkan pakej pelancongan tu tak menerima bayaran secara tunai sebaliknya diorang nak kena melakukan pembayaran secara pindahan akaun.

Diorang kemudiannya pergi ke bank bagi melakukan proses pindahan akaun tu. Malangnya sebelum sempat duit tu dimasukkan ke dalam akaun, satu kejadian rompakan telah berlaku dan lebih malang lagi duit hasil simpanan diorang selama lapan tahun tu jugak telah diambil oleh perompak tu.



Menambahkan malang diorang tu, pihak bank pulak tak nak bertanggungjawab atas kehilangan duit diorang yang dirompak tu dengan alasan tiada cop rasmi bank menerima duit untuk simpanan dilakukan sewaktu kejadian rompakan tu.  

Kecewa dengan nasib yang menimpa, diorang bertekad menjejaki perompak tu untuk mengambil semula duit diorang yang dicuri tu. Dengan semangat dan tekad memenuhi percutian impian diorang tu, berjaya jugak akhirnya menjejaki salah seorang perompak bank tu.



Namun malangnya perompak tu juga telah ditipu oleh rakan perompaknya. Tidak berputus asa untuk memenuhi impian diorang tu, diorang pulak kemudiannya bertekad untuk merompak bank tu bagi menggantikan duit diorang yang hilang.

Berbagai kejadian melucukan yang berlaku dalam usaha diorang melakukan aksi rompakan tu. Sehingga akhirnya diorang hampir berjaya menyertai rombongan percutian tu malangnya Jung-ja telah diberkas oleh polis dan mereka pun menyerah diri dan terpaksa melupakan hasrat untuk memenuhi percutian impian diorang tu.



Sehingga akhirnya diorang dipenjarakan, Jung-ja pulak menghembuskan nafas terakhir dihadapan kedua rakan baiknya selepas memberi nasihat kepada mereka. Kesudahannya tidak seorang pun dari diorang yang berjaya untuk pergi bercuti ke Hawaii.

Filem ni walaupun berunsur jenaka, tapi ada juga menunjukkan tentang semangat setiakawan, kepentingan menghormati warga tua dan perikemanusiaan. Walaupun diorang tu melakukan perkara yang tak baik seperti mencuri dan sebagainya tapi bagi memenuhi apa juga impian kena la berusaha dengan bersungguh sungguh walau apa jugak yang harus ditempuhi untuk berjaya.

Untuk filem twilight gangsters ni, aku bagi empat dari lima bintang la. Sesuai untuk ditonton seluruh keluarga, jalan cerita yang tidak membosankan dan menghiburkan. Minggu depan filem apa pulak ? Tunggu..