Showing posts with label TV dan Filem. Show all posts
Showing posts with label TV dan Filem. Show all posts

25 April 2013

Gwiyomi tercomel di dunia

  8 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH dalam apa juga amal ibadah yang kita lakukan.

Aku akui aku jugak salah seorang peminat rancangan TV Korea Selatan. Tapi aku tak la layan drama Korea sangat, cuma lebih terlayan rancangan Running Man, Star King, Strong Heart, 2 Days 1 Night, Hello Conselor, Happy Togather dan yang terbaru Cool Kiz On The Block. (Haruskah untuk aku menyenaraikan kesemuanya ?)



Dan memang tak dinafikan, gelombang Korea ni menular sampai ke ceruk kampung di negara Malaysia kita ni. Apa saja yang nampak 'kiut', semua nak tiru. 

Kalau sebelum ni kecoh dengan PSY Gangnam Style, baru-baru ni pulak ramainya yang terkena demam Gwiyomi. Aku faham, memang la gwiyomi atau kwiyomi tu maksudnya perlakuan yang kiut. 

Dan kalau nak melakukan perlakuan tu mestilah perlu dilakukan sekiut mungkin. Tapi bila dilakukan oleh orang lain nampak tergedik lak. (Jangan marah kalau terasa)

Mula la masing-masing sibuk mengkiutkan diri, mencontohi perlakuan kiut artis Korea tu. Aku ingatkan kaum perempuan je yang berusaha mengkiutkan diri ntah nak tunjuk kat siapa tu, rupa-rupanya kaum lelaki yang gagah perkasa pun sanggup melucutkan keperkasaan diri untuk menjadi kiut.

Aku cuba jugak untuk menyelami jiwa dan perasaan mereka yang berusaha untuk kelihatan kiut tu, tapi aku tak mampu nak tengok satu-satu. Tak menghiburkan lansung berbeza dari pencipta asal perlakuan kiut tersebut.

Namun, ada satu dan satu-satunya gwiyomi yang paling membuatkan aku sangat terhibur. Bobo Bubu pun tak boleh nak lawan gwiyomi ni. Pastinya kalau korang semua tengok pun mesti takkan duduk diam.

Kalau tak percaya, meh sini kita layan sama-sama gwiyomi yang paling comel di dunia. Kepada wanita-wanita diluar sana, hentikan kegiatan anda semua untuk kelihatan kiut dengan gwiyomi. Jom kita layan yang terbaik punya.









12 April 2012

Titanic Super 3D

  4 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. 

100 tahun yang lepas, tercatatnya sejarah dalam dunia pelayaran apabila kapal persiaran British yang dinamakan RMS Titanic yang mana ketika itu dinobatkan sebagai kapal persiaran terbesar memulakan pelayaran merentasi samudera laut dari Southampton, England menuju ke bandaraya New York di Amerika.


Lebih menjadikannya bersejarah apabila lima hari kemudian selepas memulakan pelayaran sulungnya, kapal RMS Titanic ni ditimpa kemalangan yang dikatakan terburuk dalam sejarah pelayaran apabila 1,517 daripada penumpangnya maut setelah kapal tersohor tu berlanggar dengan bongkah ais di lautan Atlantik Utara. Ternyata walau betapa hebatnya ciptaan manusia tu takkan dapat nak menandingi ciptaan Allah walaupun hanya seketul ais.

Dan kononnya untuk memperingati ulangtahun ke 100 pelayaran tak lengkap RMS Titanic ni, berbagai acara diadakan antaranya pelayaran MS Balmoral yang mengikuti laluan asal kapal RMS Titanic, tayangan semula filem Titanic arahan James Cameron dipawagam seluruh dunia dalam bentuk 3D dan berbagai dokumentari berkenaan Titanic di saluran TV.


Seingat aku filem Titanic arahan James Cameron ni pertama kali ditayangkan pada penghujung tahun 1997 ketika mana rakyat seluruh Malaysia sedang menunaikan ibadah puasa. Filem lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet sebagai watak utamanya ni memang sangat menggegarkan pawagam apabila membuatkan penonton begitu tersentuh dengan seluruh jalan ceritanya tambahan lagi dengan lagu tema, 'My heart will go on' nyanyian oleh Celine Dion yang sentiasa menjadi pilihan carta radio ketika tu.

Kini filem Titanic ditayangkan semula ke pawagam. Dengan pengolahan semula kepada versi 3D yang menelan belanja $18 juta dolar tu pasti membuatkan penonton bagaikan merasai sendiri pengalaman berada di dalam filem tersebut. Pengkritik pengkritik filem terkenal seperti Peter Travers, Owen Gleiberman dan Richard Corliss masing masing memberikan rating tertinggi untuk filem Titanic 3D ni.


Namun yang lebih menarik dengan lebih 6 juta tontonan seluruh dunia, dibawakan oleh pistolshrimps melalui Youtube hasil kerjasama antara pengarah J.J Abrams, George Lucas dan Michael Bay mempersembahkan Titanic Super 3D. Filem yang lebih epik sehingga bakal membuatkan air mata penonton mengalir bukan sahaja kerana tersentuh pilu dengan adegan yang menyedihkan malah mengalir akibat kesengalan dan lawak jenaka yang diselit selit dalam plot filem Titanic ni. Jom kita tonton video yang disajikan di bawah ni. 






19 March 2012

03 July 2011

korea

  8 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari ahad buat semua rakan pengunjung yang dikasihi sekalian. Kat Ipoh hari ni ada acara Larian Antarabangsa Ipoh 2011. Acara yang diadakan hampir setiap tahun setiap bulan Julai ni dah termasuk dalam kalendar aktiviti bandaraya Ipoh.


Biasanya untuk entri hujung minggu ni aku tulis tentang ulasan filem yang aku tonton tapi disebabkan kebelakangan ni dah tak berapa nak menonton filem dari internet sangat jadi takde la ulasan filem tu.


Masih lagi berkaitan dengan apa yang aku tonton cuma bukan filem tapi rancangan di televisyen la. Antara rangkaian yang aku suka tonton ialah rangkaian televisyen Korea KBS kat astro 391 tu. Ni semua dari pengaruh wifey aku la tu. Bermula dari filem filem terbitan negara Korea, drama dan hiburan TV sampai la muzik pun semua aku layan.


Seingat aku, jarang sangat aku nak mengikuti drama bersiri biar terbitan negara mana pun. Tapi bermula dengan drama dari negara Korea ni yang bertajuk Iris, terus aku jadi seakan peminat fanatik pulak walaupun aku tak mengikuti siri drama tu dari awal.


Lepas tu dua tiga drama jugak la yang aku layan antaranya cam Dream High, God of Study, Full House, My Lovely Sam Soon, Secret agent Miss Oh, Taming of the heir, Three daddys and one mummy dan yang terbaru ni pulak Babyfaced beautiful lakonan Jang Nara.


Selain dari drama drama korea, rancangan hiburan yang ada ditayangkan kat saluran KBS tu pun boleh tahan jugak. 2 Days 1 Night, Happy Togather, Qualification of Man memang aku jarang jarang terlepas dari menonton sebab memang kadang kadang tu macam nak pecah perut tengok aksi kelakar diorang dalam rancangan tu.


Rancangan three days, vitamin, mystery of human body pun tak kurang hebatnya dengan berbagai maklumat boleh didapati dari menonton rancangan yang diterbitkan tu. 


Bab muzik pulak sampaikan anak aku tu pun dah terpengaruh sama. Boleh kata apa je tarian dari K-pop tu semua dia tau. Kadang kadang tu tak tahan aku ngan wifey nak tergelak tengok anak aku tu bergelek depan TV.


Bagi aku, rancangan yang diterbitkan oleh KBS ni boleh tahan jugak la walaupun baru meningkat usia 8 tahun penerbitan. Drama yang diterbitkan tak membosankan. Rancangan hiburan pun memang menghiburkan. Dokumentari yang disediakan pun banyak informasi. 


Semalam pulak aku secara sengaja melayan K-pop Hitz talent show kat Astro hitz. Nak termuntah pun ada bila aku tengok. Bagi yang nampak betul betul berbakat tu memang aku tabik la jugak. Tapi kalau yang ntah macam ape je, memang membuatkan aku berasa malu untuk diorang tu. 

  

Dan beberapa bulan lepas jugak aku hampir pengsan bila mengetahui ada tertubuhnya satu dua kumpulan yang nak berpaksikan seakan K-Pop. Siap dengan pakaian ala ala K-pop lagi tu. Tak leh blah lansung. 

p/s : tak sanggup aku nak letak gambar last tu besar besar..geli usus aku dibuatnya