Showing posts with label Malaysia boleh. Show all posts
Showing posts with label Malaysia boleh. Show all posts

16 May 2011

bakti

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang sudi mengunjungi blog aku ni. Ada yang sambung cuti ke hari ni ? Maklum je la esok kan dah cuti sempena hari wesak, mungkin ada yang ambik kesempatan sambung bercuti sampai esok.

Bagi yang mengikuti perkembangan kejohanan hoki piala Sultan Azlan Shah yang berakhir semalam, kita ucapkan tahniah kepada pasukan Australia yang berjaya merangkul gelaran juara menewaskan pasukan Pakistan dengan 3 gol berbalas 2 gol dimana gol kemenangan pasukan Australia diperolehi pada masa tambahan.


Pasukan Malaysia ? Tahniah jugak la sebab dalam banyak banyak perlawanan sepanjang kejohanan mampu jugak menewaskan pasukan Korea Selatan dengan 3 gol berbalas 1 gol. Tak tau la menang pakat ke ape ke tapi camne pun Malaysia Boleh !!

Aku semalam hanya menyaksikan perlawanan akhir ni kat TV Astro Arena je. Ingatkan nak jugak pegi kat stadium tapi rasa macam malas pulak nak keluar sebab anak aku pun mengantuk je meragam tak tentu pasal. 



Perlawanan akhir antara pasukan Australia ngan Pakistan ni memang masyuk jugak la. Masing masing bermain dengan bersungguh sungguh sampai membawa ke masa tambahan untuk gol emas.

Namun nasib menyebelahi pasukan Australia di masa tambahan kedua apabila Christopher Ciriello memastikan kemenangan menjadi milik pasukan Australia dengan menyumbat gol disaat saat terakhir.



Ketua pasukan, Sohail Abbasd dari pasukan Pakistan walaupun hanya berjaya menduduki tempat kedua masih mampu membanggakan pasukan negaranya dengan menjadi penjaring terbanyak bersama pemain pasukan India, Rupinder Singh masing masing menyumbang 6 gol sepanjang kejohanan.



Shakeel Abassi pula dianugerahkan sebagai pemain terbaik sepanjang kejohanan hoki piala Sultan Azlan Shah ni berlansung. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan Great Britain setelah menewaskan pasukan New Zealand 4 gol berbalas 2 gol.

Tahun depan tak tau siapa pulak merangkul juara untuk kejohanan hoki piala Sultan Azlan Shah 2012. Kali terakhir pasukan Australia menjadi juara adalah pada tahun 2007. Pasukan Malaysia ? Malaysia Boleh !!



Dalam kegembiraan meraikan kemenangan dan kejayaan, harus jangan dilupakan bakti yang ditaburkan oleh jurulatih tu. Tanpa jurulatih untuk melatih, siapalah mereka tu nak menjadi yang terbaik.

Macam kita jugak la. Tanpa jurulatih yang sentiasa melatih kita sejak dari kecik sampai la dah dewasa ni, siapalah kita sekarang ni. Siapa jurulatih kita tu ? Cikgu tadika, ustaz ustazah yang ajar mengaji, cikgu kat sekolah, pensyarah kat kolej, pensyarah kat universiti, guru tuisyen, makcik sebelah rumah yang ajarkan cara nak masak nasik lemak, atuk saudara kat kampung yang ajarkan perihal rumahtangga, kawan yang ajarkan petua itu ini dan ramai lagi yang terlibat menjadi jurulatih kita sepanjang kehidupan kita kat dunia ni.


Jadi, setinggi mana pun kita berada jangan la sesekali kita lupakan segala jasa bakti mereka tu. Ikut resam padi bak kata orang lama, makin berisi makin tunduk. Bukan setakat tunduk je. Tapi lepas berisi, boleh dimanfaatkan oleh orang ramai. Betul tak murid murid ? 



SELAMAT HARI GURU buat semua pendidik, pengajar, pembimbing. Jangan kencing berdiri sebab nanti anak murid kencing berlari. 







04 May 2011

Malaysia boleh !!

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari rabu diucapkan kepada semua rakan pengunjung dengan doa dan harapan agar semuanya berada dalam keadaan sihat dan bersemangat sepanjang masa.

Pagi ni cuaca di Ipoh dan kebanyakan kawasan di negeri Perak ni dilanda hujan. Namun begitu sedikit pun tak mematahkan semangat untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab seharian. 


Kalau sebelum ni bandaraya Ipoh dimeriahkan dengan karnival Minggu Saham Amanah Malaysia anjuran PNB, kali ni pulak akan dimeriahkan dengan perlawanan hoki lelaki antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah kali yang ke 20.

Bagi peminat peminat sukan hoki, boleh la datang dan menyaksikan perlawanan yang akan berlansung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah dari 5 Mei sehingga 15 Mei ini. Masuk adalah percuma. 

Antara pasukan yang bakal berentap ialah pasukan negara kita Malaysia, Korea Selatan, India, Australia, Pakistan, Great Britain dan New Zealand. Perlawanan pertama akan berlansung pada jam 4 petang esok dimana pasukan Pakistan akan menentang pasukan New Zealand manakala perlawanan kedua pada jam 6 petang diantara India menentang Korea Selatan dan bagi penyokong pasukan hoki Malaysia pula boleh la ramai ramai hadir pada jam 8 malam untuk meyaksikan perlawanan antara pasukan Malaysia menentang Great Britain.

Perasmian juga akan berlansung pada malam esok sebelum perlawanan antara pasukan Malaysia menentang Great Britain yang akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Shah sendiri. Bagi yang tak dapat nak datang ke stadium, acara perlawanan ni jugak ada disiarkan secara lansung di astro arena.


Kalau ada yang tak tau astro arena ni kat channel mana, tekan je 801 kat remote astro tu. Kesemua perlawanan akan disiarkan secara lansung ke kaca TV anda. 


Pasukan Malaysia dibawah jurulatih Tai Beng Hai menurunkan 18 pemain setelah dua pemain cedera mengalami kecederaan ketika menentang Pakistan pada perlawanan memanaskan badan semalam.


Hotel Impiana menjadi penginapan bagi pegawai dan peserta kejohanan Piala Sultan Azlan Shah ke 20. Hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Jalan Raja Dr Nazrin Shah ni berbesar hati menaja penginapan rasmi pegawai dan peserta.



Ni la dia piala yang menjadi rebutan pasukan yang menyertai kejohanan hoki kali ni. Kalau tahun lepas ianya menjadi milik bersama pasukan India dan Korea Selatan, harapnya tahun ni akan berada dalam genggaman pasukan Malaysia pulak.



Datuk Jamaludin Al Amini Ahmad mewakili kerajaan negeri Perak menyampaikan replika cek sumbangan kepada DYMM Sultan Azlan Shah. Antara penyumbang lain yang menjayakan kojohanan kali ni adalah Astro Arena, Kuala Lumpur Kepong Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Tenby International Schools, Sapura Groups of Companies, Ngan Yin Groundnuts Factory Sdn Bhd, YNH Property Bhd, Husaida Enterprise Sdn Bhd, Ladang Perbadanan Fima Bhd dan Majlis Bandaraya Ipoh.


Jadi tunggu apa lagi, moh kita ramai ramai ke Ipoh weh. Cuma aku nasihatkan supaya sediakan payung sebelum hujan. Mane la nak tau kan tengah syok tengok perlawanan hoki tu tetiba hujan turun pulak. 


Pasukan pilihan aku ? Dengan penyertaan pasukan India dan Korea Selatan selaku juara bersama tahun lepas membuatkan aku berbelah hati nak membuat pilihan. Pasukan lain pun tak kurang hebatnya. Ok la, nanti tak patriotik pulak kalo tak pilih pasukan negara. Hehehe..jom kita laungkan Malaysia boleh !!