Showing posts with label F1. Show all posts
Showing posts with label F1. Show all posts

04 October 2011

seronoknya mengandung

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung. Maaf la sebab lama tak muat naik entri terbaru. Nak kata terlalu sibuk tu tak la jugak tapi sebab komputer riba yang selalu digunakan untuk menaip blog kat tempat kerja terpaksa dihantar ke pusat servis maka banyak kali sangat tergendala agenda nak menaip blog bila dah balik rumah.

Minggu lepas masa bawak anak aku pegi pemeriksaan kesihatan kat klinik, dalam masa yang sama jugak wifey aku mendaftarkan diri untuk pemeriksaan sebagai ibu mengandung. Anak aku cuma perlu ditambahkan berat badannya dan alhamdulillah wifey berserta kandungan berada dalam keadaan yang sangat memuaskan.

Cuma yang kesiannya wifey aku je la. Berbeza dengan kehamilan yang pertama dulu tu yang cuma menghadapi situasi muntah muntah tak kira masa, kehamilan kali ni lebih mencabar situasinya.

Bukan setakat muntah muntah yang melanda, tapi dengan alahan terhadap bau masakan, kehilangan nafsu makan walaupun pada makanan kegemaran dan tak selesa perut. 

Memang setiap individu tu tak sama pengalaman sewaktu mengandung ni. Dan semestinya sangat sukar untuk diduga. Apa yang penting, banyakkan bersabar je la. Ye la, kadang kadang tu tak dapat nak tidur lena waktu malam, kadang kadang tu rasa mengidam nak lempang suami setiap pagi, mungkin jugak ada yang mengidam nak memandu kereta F1. 

Semalam aku rasa kelakar betul bila wifey aku cakap dia nak hempuk dengan kuali pada siapa yang cakap mengandung ni seronok. Aku pun pernah jugak terbaca pasal ada orang cakap mengandung ni seronok. Aku tak pasti la kat bahagian mana yang seronok tu. Mungkin yang seronok tu bila masa nampak baby yang dalam perut tu bergerak gerak kot. Tapi dengan segala ketidakselesaan dan sakit sakit tu, seronok ke ?