05 March 2019

Kambing Golek yang Ohsem

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni nak cerita pasal kambing golek. Bila sebut kambing golek, pasti ramai yang dapat membayangkan kambing yang diperap dengan rempah digolek-golekkan di atas bara api.


Betul la tu. Mana mungkin dinamakan kambing golek kalau tidak digolekkan. Kalau dulu nak jumpa kambing golek ni hanya di majlis-majlis orang ada-ada, sekarang ni insyaAllah bukan mampu tengok je malah sesiapa saja mampu jugak nak menghidangkannya untuk tetamu di majlis yang diadakan.


Menggolek kambing ni jugak dah jadi sebahagian kerja sampingan aku. Memang seronok walaupun terpaksa berhadapan dengan kepanasan bara api ketika membakar kambing tu. Kalau di Ipoh ni dan kawasan sekitarnya, sesiapa yang berhajat nak mendapatkan khidmat kambing golek, insyaAllah boleh hubungi kawan aku ni, Irsyad Khalil ditalian 012-4357774. 


Kalau untuk majlis biasa-biasa seperti majlis harijadi, majlis pertunangan, majlis akad nikah, majlis doa selamat dan sebagainya, kambing sejuk beku yang diimport dari Australia atau New Zealand menjadi pilihan. 


Kalau untuk majlis akikah, kambing hidup baka terbaik yang diimport dari Australia atau New Zealand juga menjadi pilihan kerana isinya yang lebih banyak dan lembut.

Proses untuk menggolek kambing biasanya mengambil masa dalam lebih kurang empat jam. Bagi memastikan kambing yang digolek masak sempurna, api yang digunakan untuk membakar kambing tidak boleh terlalu besar kerana akan menyebabkan kambing hangus di luar tapi mentah di dalam.


Berkenaan harganya pula biasanya mengikut harga pasaran perkhidmatan. Dan juga mengikut citarasa pelanggan. Sebab kadang-kadang tu ada yang nak kambing yang besar, ada yang nak tambah makanan sampingan yang berbeza. 

Alhamdulillah sehingga setakat ini, ramai pelanggan-pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat kambing golek dari Kambing Golek Ohsem semuanya berpuas hati malah ada yang mengulang kembali tempahan untuk majlis yang mereka adakan.

Bagi anda yang nak merasakan keenakan dan ke'ohsem'an Kambing Golek Ohsem ni, jangan lupa hubungi Irsyad Khalil di talian 012-4357774. Sekali rasa, pasti nak lagi.


0 comments:

Post a Comment