08 December 2016

Proses Menukar Nama

  4 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Berhabuk-habuk laman pipoq.my ni setelah sekian lama tidak berinteraksi di alam maya. Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan masa dan tenaga untuk berkongsi sebuah lagi entri yang mana mudah-mudahan bermanfaat untuk dikongsikan bersama.

Pertengahan tahun tempoh hari, pemilik rumah sewa yang aku duduk ni bercadang nak menjual rumahnya. Sebenarnya sejak aku menyewa rumah beliau, ada juga beliau menawarkan untuk menjual rumah ini kepada aku tapi disebabkan kesukaran untuk aku mendapatkan pinjaman perumahan, maka tertangguh-tangguhlah urusannya.

Dan setelah dibincang, akhirnya adik aku yang berkerja di Johor menawarkan diri untuk membeli rumah ni. Selepas selesai semua urusan pinjaman dan sebagainya, maka bertukar miliklah rumah ni bermula dari Oktober lepas.

Apa yang aku nak kongsikan disini ialah berkenaan proses menukar maklumat akaun pemilik pada bil-bil utiliti seperti Indah Water, TNB dan Lembaga Air Perak (sebab rumah ni kat Ipoh).

Disebabkan adik aku tu bermastautin di Johor, maka aku la yang perlu menyelesaikan urusan-urusan menukar nama pemilik pada akaun bil utiliti tu. Bagi urusan pertukaran nama pada bil Indah Water tiada sebarang masalah. Cuma aku perlu serahkan salinan geran rumah yang dah bertukar nama kepada pemilik baru dan satu salinan kad pengenalan pemilik baru je (adik aku la tu).

Seterusnya aku ke Lembaga Air Perak. Disini juga tiada banyak karenah. Aku cuma perlu menyerahkan salinan geran rumah dan salinan kad pengenalan adik aku. Tak lupa juga beberapa bayaran sebelum pertukaran nama akaun pemilik disempurnakan. Kalau kurang faham, meh sini aku tunjuk dengan gambar.



1. Serahkan salinan geran rumah bersama satu salinan kad pengenalan pemilik.


2. Selesaikan bayaran bil semasa. Dalam kes aku ni, jumlah penggunaan dan caj pemotongan ditolak dari duit deposit. Kalau tuan rumah sebelum tu baik hati, mungkin dia akan halalkan je. Tapi bersedia je la nak bayar kalau diminta. Kalau tuan rumah lama minta pemulangan deposit, sila tolak siap-siap kos caj pemotongan tu.


3. Yang ni aku rasa kira macam fee untuk pengurusan la kot. Dan tak lupa tambahan RM10 untuk setem duti.


4. Lepas tu bayar la duit deposit dan caj permintaan meter tu (padahal dah siap pasang dan tak pernah dicabut pun). Kalau tengok pada amaun deposit yang baru ni dah naik RM20. Dan ianya mengikut jenis rumah. Kalau negeri lain aku tak pasti. 

Dan selesai urusan penukaran nama akaun pemilik utiliti untuk Lembaga Air Perak.

Kes penukaran nama pemilik bagi bil utiliti TNB pulak agak sedikit leceh. Sebabnya yang pertama kita kena hubungi dulu pemilik rumah lama untuk dia isi borang pemotongan bekalan elektrik. 

Kalau rajin, kita pegi TNB minta borang pemotongan tu dan bawakan kepada tuan pemilik rumah lama tu untuk dia isikan. Pastikan kita minta sekali satu salinan kad pengenalan dan salinan buku bank beliau (untuk urusan pemulangan deposit).

Bila dah lengkap borang pemotongan tu, baru boleh memohon untuk penukaran nama pada bil utiliti TNB tu. Dokumen yang diperlukan sama juga seperti pemohonan untuk LAP tadi. Kena ada salinan geran, salinan kad pengenalan dan sejumlah duit bayaran.


Kadar deposit bagi bekalan tenaga elektrik berbeza bagi jenis rumah. Macam rumah yang aku duduk ni, RM250 je. Tapi tak bermakna kalau kita tak bayar bil penggunaan maka nanti pihak TNB akan potong duit deposit ni. Jadi jangan tanya untuk apa duit deposit tu kita bayar kalau tak boleh nak dijadikan bekap.


Bila dah selesai bayar, tunggu je la bil akan datang. Kalau masih lagi nama pemilik lama, cepat-cepat la buat aduan. 

Semoga perkongsian hari ni sedikit sebanyak dapat membantu. Kalau ada kurang-kurang tu, biasa la..lama sangat tak menekan kekunci.











4 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian bermanfaat, harus di bookmark post ini untuk tujuan digunakan masa depan, (bil letrik belum tukar nama lagi actually)

    ReplyDelete
  2. Update yg terbaru...
    Utk. Bil air tukar nama mudah sedikit berbanding elektrik mgkn atas sebab keselamatan..
    Utk tukar nama bil air cuma perlukan geran(nama yg akan appear dalam bil air contoh nama ali dalam geran, nnt dalam bil akan dibilkan atas nama ali) dan ic pemohon(si ali td)...sebelum pegi ke LAP kena snap pic meter... Diaorg nak bacaan latest... Lepas tu g LAP bayar2 yg diperlukan dan setel tukar nama... Tp kena isi borang sket la... Layanan kaunter terbaik... En sakran xsilap sy...

    Utk elektrik plak byk prosedur..
    Kena amik borang dlu...
    Dokumen yg diperlukan..
    Salinan Geran mcm LAP td..
    Salinan Ic pemohon,
    Salinan Ic anak,
    Salinan Surat beranak anak,
    Salinan buku bank,
    Kena beli duti stem rm10(matikan di pejabat daerah dan tanah)(dia ada bagi borang di pejabat letrik)

    Siap dokumen semua bawa je g tnb dan setel...

    P/s call tnb atau lap dulu utk mendapatkan info...
    Moga dapat manfaat atas perkongsian ini...

    ReplyDelete