16 October 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

  9 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada entri sebelum ini aku ada menyatakan tentang satu kontest yang menawarkan iPhone 5s sebagai hadiah utama dan pastinya akan diberikan secara percuma jika berjaya menjadi peserta yang terpilih antara yang terbaik.

Siapa yang tak nak kalau ditawarkan hadiah yang boleh kata dikira agak lumayan begitu. Lagi pula zaman sekarang ini ramai orang yang terus menerus mengikuti aliran kecanggihan teknologi dari segi penggunaan gadget yang semakin hari semakin moden.

Aku juga sudah pasti tidak terkecuali dari mempunyai impian untuk memiliki gadget yang selari dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang. Sudah pasti akan memudahkan beberapa urusan jika teknologi berada dalam genggaman.


"iPhone 5s gajet impian setiap blogger". Tengok tajuk pun sudah agak menggiurkan terutama bagi individu yang bergelar blogger seperti aku. Aku tidak bisa untuk petah berkata-kata menceritakan berkenaan hadiah yang ditawarkan itu kerana aku sendiri tidak pernah memiliki gadjet secanggih iPhone seperti itu.

Hanya dengan membaca beberapa informasi dan testimoni dari berbagai sumber, memang sukar untuk dinafikan iPhone 5s pastinya menjadi impian bagi setiap blogger.

Kalau sebelum ini aku juga pernah menyertai cabaran untuk memiliki iPhone melalui kontest yang dianjurkan, kali ini pihak Denaihati Network mengulangi kembali cabaran tersebut. Pastinya akan ada cabaran dan tugasan yang perlu dilaksanakan bagi merebut hadiah utama yang ditawarkan itu.

Sesiapa sahaja boleh menyertainya asalkan memiliki semangat untuk berdaya saing dan tidak mudah patah semangat. Tapi bagi yang belum memiliki laman blog mestilah terlebih dahulu memilikinya walaupun hanya untuk menyertai dan mengikuti cabaran kontest iPhone 5s gajet impian setiap blogger kerana semestinya setiap tugasan dan cabaran perlu dilaksanakan melalui laman blog.

Syarat pertama untuk menjadi peserta cukup mudah. Asalkan individu itu memiliki laman blog, tiada sebarang sekatan dan syarat untuk menyertainya. Cuma sepertimana cabaran sebelum ini, peserta kontest hanya dihadkan kepada para blogger seluruh nusantara sahaja.

Kalau sudah memiliki laman blog, cuma perlu memuat naik sebuah entri dengan tajuk "iPhone 5s gajet impian setap blogger" sebagai tiket untuk menyertai cabaran yang bakal berlansung.

Penulisan entri penyertaan yang perlu dimuat naik juga tidak terikat dengan apa-apa syarat penulisan. Apa-apa sahaja gaya penulisan entri bebas dan kreatif akan diterima. 

Sebagai menghargai pihak penganjur kontest dan pihak-pihak penaja yang turut sama membuka peluang untuk para blogger menyertai kontest yang diadakan, setiap blogger yang ingin menjadi peserta mestilah menulis sebuah entri penyertaan yang disertakan dengan satu backlinks kepada blog Denaihati selaku penganjur dan menyenaraikan semua blog penaja kontest yang turut dilengkapi dengan backlinks masing-masing.

Entri penyertaan mestilah ditulis tidak kurang dari 300 patah perkataan. Kalau kurang dari 300 patah perkataan mungkin agar sukar berbanding menulis lebih dari 300 patah perkataan. Sebagai blogger yang banyak berkongsi melalui penulisan pasti ianya tidak menjadi masalah untuk menaip lebih dari apa yang diminta.

Berminat ? Cepat-cepat bertindak sekarang kerana tarikh tutup penyertaan cuma tinggal beberapa jam sahaja lagi dari saat entri ini dimuat naik. Setiap penyertaan mestilah dihantar sebelum jam 11.59pm pada tarikh 24 Ogos 2014.

Akhir sekali, satu banner yang boleh didapati dari blog Denaihati perlu diletakkan pada blog peserta yang menyertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan hantarkan penyertaan itu sebelum tamat tempoh di SINI.

Maklumat kontest.

Nama kontest : iPhone 5s gajet impian setiap blogger.

Hadiah utama : 4 set iPhone 5s bagi setiap pemenang.

Hadiah saguhati : Wang tunai untuk setiap pemenang bagi kategori tertentu.

Update : Cabaran kedua bermula dari 15/9/2014 - 15/10/2014

Penganjur : Denaihati Network.

Syarat penyertaan :
  1. Tulis satu entri kreatif dengan tajuk "iPhone 5s gajet impian setiap blogger" tidak kurang dari 300 patah perkataan.
  2. Masukkan satu backlinks kepada blog Denaihati pada entri tersebut.
  3. Letakkan banner penganjur pada laman blog.
  4. Senaraikan semua blog penaja yang lengkap dengan backlinks.
  5. Hantarkan entri penyertaan ke SINI
Senarai penaja kontest :

Penaja Utama :


Penaja Individu :

Sedikit info tambahan, arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @ http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semoga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.



9 comments:

  1. semoga berjaya dlm contest hebat ni.. :(

    http://nikkhazami.blogspot.com/2014/08/iphone-5s-gajet-impian-setiap-blogger.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..sama-sama la kita berusaha untuk menang

      Delete
  2. Selamat berjaya di dalam contest dan cabaran yang hebat ini :-)

    ReplyDelete
  3. billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya

    ReplyDelete
  4. Contest dah tamat kan bro? Bila tahu keputusan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kontest masih berjalan..sekarang ni peserta yang terpilih perlu bersaing untuk meneruskan cabaran..tugasan kedua baru bermula..tarikh akhir tugasan cabaran tak dimaklumkan so keputusannya kena tunggu penghujung cabaran.

      Delete
  5. Semoga berjaya. Lepasni iPhone 6 pulak yer.

    ReplyDelete
  6. good luck...
    kalau dapat lebih share2 la..
    ehhehhee

    ReplyDelete