16 November 2013

Sita punya pasal

  11 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 4 November yang lepas, brader Boni ada mengulas ringkas pasal restoran antara yang terbaik di Ipoh dalam entri yang INI.

Sehari dua ni pulak agak kecoh di laman sosial internet pasal restoran dan restoran yang diulas oleh brader Boni juga terkena sedikit tempiasnya.


Ketika musim hujan di bandaraya Ipoh sedang berleluasa, kekecohan tercetus apabila pihak kementerian kesihatan bahagian penguatkuasaan kebersihan makanan menyerbu beberapa premis menjual makanan dan ada diantaranya diarahkan tutup serta merta kerana tidak menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan.

Apa yang menjadi khabar terlampau apabila ada yang mendakwa penemuan najis manusia yang kononnya untuk digunakan bagi menambahkan keenakan masakan.

Dan yang lebih melampau-lampau bila ada juga komentar-komentar yang melibatkan parti politik dalam kekecohan yang berlaku baru-baru ni.

Sebagai pengguna, kita perlu tahu serba sedikit dengan apa yang dimaksudkan dengan arahan tutup serta merta oleh pegawai kesihatan apabila mereka datang memeriksa premis.

Bagi pengendali makanan samada kecil-kecilan atau yang berskala besar, memang terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi terutamanya berkaitan dengan kebersihan.

Jangankan premis pengendali makanan, dapur rumah kita sendiri pun belum tentu lulus pemeriksaan kalau pegawai kesihatan tu datang memeriksa. 


Lantai perlu sentiasa kering. Pengendali makanan perlu ada pengesahan kesihatan. Suhu penyimpanan sejuk beku perlu selaras dengan apa yang ditetapkan. Tong sampah perlu sentiasa bertutup. Dan bermacam-macam lagi peraturan yang perlu dipatuhi apabila mengendalikan premis makanan.

Bagi premis mengendali makanan yang cukup pekerjanya disetiap bahagian mungkin boleh mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang masa. Tapi bagi premis yang agak sibuk dan sentiasa dalam mod operasi, memang agak sukar untuk mengikuti setiap peraturan yang ditetapkan tu.

Dan kebiasaan pemeriksaan kebersihan oleh pegawai kesihatan ni diadakan secara mengejut. Dalam kesibukan beroperasi mengendalikan premis tu kadang-kadang mana la sempat nak mengikuti peraturan yang ditetapkan tu.

Kita sendiri yang memasak didapur rumah pun selagi belum selesai siap memasak kadang-kadang tu bersepah juga dapur ye tak ?

Kesimpulannya jangan la kita cepat sangat melatah bila berlaku kekecohan sebegini. Pandai-pandai pulak kita nak menuding jari ke sana sini. 

Memang tak dinafikan ada juga premis atau pengendali makanan yang tak menjaga kebersihan. Kita sebagai pengguna perlu la bijak untuk memilih. Tak salah kalau kita singgah mana-mana premis makanan, kita jenguk-jenguk sikit dapur mereka.

Andai kita rasa kebersihannya diragui, sebagai pelanggan atau pengguna yang sentiasa betul, tak salah kita menegur tuan pemilik premis sekadar untuk mengingatkan mereka kepentingan memelihara kebersihan dalam penyediaan makanan.

Kalau kita dimarahi kerana menegur, kita ada hak untuk memboikot premis tersebut. Cuma kita ni masalahnya asalkan enak dan sedap, goreng mee dalam tandas pun tak kesah.





11 comments:

  1. Kecoh sebentar...tp rasanya kedai tu akan kembali macam biasa...hohoho

    kat sini pun sama...ada kedai mamak glamer diarah tutup serta merta...bukan sebab pelik2 tp mmg faktor kebersihan...antaranya stor tempat simpan barang tak diurus dgn baik...ada adanya kelibat tikus...jadi bagus juga kalau penguatkuasa buat serbuan mengejut..baru tau cerita sebenar...

    akhirnya, kita sendiri pandai2lah pilih..kalau tak kisah masak "dalam tandas" hadap jerlah....

    ambe kisah...kalau ternampak apa2 yg tak berkenan...tak singgah dah kedai tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sebagai pelanggan kena tahu hak kita untuk memilih..sebab tanpa kita membayar, mana nak diorang dapat untung

      Delete
    2. akhirnya ada yg tampil mohon maaf..hoooho

      p.s. org kita ni payah bro..sama mcm rokok jugak...bila dah terkena....mahal ttp makan jugak....hohoo

      Delete
  2. Kecoh isu ini. Saya tidak pasti kenapa ia mejadi isu begitu hangat dipasaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya isunya kecik je..tapi bila ada yang menambah 'perisa' lepas tu tersebar pulak, tu yang hangat sampai hangit

      Delete
  3. isu yg selalu on and off... kenapa gaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. penangan dunia tanpa sempadan..bila penyebar cerita cuma membaca tanpa usul periksa hakikat sebenar, tu yang bikin panas..

      Delete
  4. nfl jerseys wholesale, http://www.nfljerseys-wholesale.us.com/
    new england patriots jerseys, http://www.newenglandpatriotsjerseys.us/
    christian louboutin, http://www.scarpelouboutin.it/
    new york knicks, http://www.newyorkknicksjerseys.com/
    ray ban,rayban,occhiali ray ban,ray-ban,ray ban occhiali,ray ban sunglasses
    lululemon outlet, http://www.yogapants.us.com/
    louis vuitton handbags, http://www.louisvuittonhandbags.org.uk/
    hollister uk, http://www.hollistershirts.co.uk/
    oakley, http://www.occhialioakleyoutlets.it/
    nike huarache, http://www.nike-airhuarache.co.uk/
    swarovski outlet, http://www.swarovskioutlet.org.uk/
    barcelona jersey, http://www.barcelonajerseys.net/
    mizuno shoes, http://www.mizunorunningshoes.us/
    the north face uk, http://www.thenorthfaces.org.uk/
    michael kors handbags, http://www.michaelkorshandbagsoutletstore.us.com/
    patriots jerseys, http://www.newenglandpatriotsjerseys.us/
    arizona cardinals jerseys, http://www.arizonacardinalsjersey.us/
    nike foamposite, http://www.foampositeshoe.net/
    abercrombie and fitch, http://www.abercrombie-fitch.us.com/
    coach outlet online, http://www.coachoutletonline.in.net/
    oakley sunglasses wholesale, http://www.oakleysunglasseswholesale.in.net/
    giuseppe zanotti, http://www.giuseppe-zanotti-outlet.org/
    michael kors outlet, http://michaelkors.outletonlinestores.us.com/
    tiffany and co, http://www.tiffany-outlet.us.com/
    kobe bryants shoes, http://www.kobeshoes.us/
    2015912caihuali

    ReplyDelete
  5. Hey, know About Lori Loughlin biography? Visit Our Website To Read this article.

    ReplyDelete