21 April 2013

Bidan Kampung vs Pakar Sakit Puan

  10 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan pengunjung semua mudah-mudahan apa juga yang kita lakukan mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH.

Baru-baru ni isteri mengadu rasa mual setiap pagi. Adakah itu tanda-tanda rezeki akan bertambah ? Andai benar, syukur alhamdulillah. Cuma ada sedikit kerisauan memandangkan isteri baru melalui proses kelahiran melalui pembedahan kali kedua lebih kurang satu tahun yang lalu.



Waktu menerima kelahiran anak kedua, juga melalui proses pembedahan tu, kami telah diberitahu oleh doktor untuk menjarakkan anak dan andai anak ketiga juga dilahirkan melalui proses pembedahan maka hanya setakat itu sahajalah zuriat yang boleh dibenarkan.

Aku bukan doktor pakar untuk membincangkan perkara sebegini. Tapi perkara macam ni ada kalanya bermain juga dalam minda. Begitu berbezanya suatu masa dahulu dengan era sekarang.

Mungkin benar, suatu masa dahulu di zaman mak-mak kita, opah nenek kita kepakaran perubatan dalam bidang sakit puan ni sangat terhad bilangannya. Kebanyakannya bergantung pada kepakaran bidan-bidan kampung untuk menguruskan setiap perihal dari awal mengandung hinggalah setelah tamat masa berpantang selepas melahirkan.

Jarang juga kita mendengar berlaku kes-kes kegagalan atau mungkin tidak diceritakan. Tapi kalau kita perhatikan pada kadar kelahiran zaman mak-mak kita, opah nenek kita, memang menakjubkan.

Rata-rata bilangan anak yang dilahirkan zaman suatu masa dahulu paling kurang pun mungkin lima orang. Malah ada yang mencapai belasan orang anak. Adakah faktor berkahwin diawal usia menjadi penyebabnya ?

Berbanding zaman kita sekarang ni, berkahwin lewat usia, sibuk dengan kerjaya, gaya hidup yang berlainan dan terikat dengan kepakaran perubatan yang semakin hari semakin nak cepat je.

Tapi adakah terdapat perbezaan atau jurang yang sangat luas antara proses kelahiran zaman suatu masa dahulu dengan zaman sekarang ? 

Adakah sakit yang terpaksa ditanggung oleh ibu yang bakal melahirkan tu tidak sama antara suatu masa dahulu dengan zaman sekarang ? 

Bagi orang kebanyakan macam aku yang kurang arif dengan kepakaran kedoktoran ni, tiada apa yang dapat difikirkan apabila menjelang proses kelahiran anak ni selain dari mahukan si ibu dan anak dalam kandungan selamat.

Maka apabila diberikan kata putus untuk tidak menunggu lebih lama dan mencadangkan proses pembedahan sebagai jalan terakhir, lebih-lebih lagi 'dimomokkan' dengan risiko kehilangan nyawa, siapa yang tak sanggup.



Cuma itulah, aku pun keliru sebenarnya. Adakah bidan zaman dahulu yang terlebih pakar atau pakar zaman sekarang ni terlebih terikat dengan polisi ? 

Teringat ketika kelahiran anak kedua, setelah mengikut kiraan mereka bukaan pintu serviks terhenti lebih dua jam maka proses pembedahan terpaksa dilakukan.

Bila ditanya apakah tidak boleh menunggu lagi, jawapnya andai berlaku sesuatu (bayi lemas / parut pembedahan terdahulu koyak) maka mereka tidak akan bertanggungjawab.

Memang aku ada membaca tentang risiko-risiko tentang tu semua. Cuma aku tetap keliru, kenapa mereka memilih untuk merisikokan ibu-ibu yang melahirkan anak tu dengan memilih pembedahan sebagai jalan penyelesaian.

Dalam aku tertanya-tanya, keliru, dipenuhi persoalan, terlintas satu jawapan nakal dalam minda. Kalau lahir secara biasa cuma perlu bayar RM10, tapi kalau guna kaedah pembedahan, umat kelas ketiga macam aku ni kena bayar RM100. Kan ada untung kat situ.

Kepada para doktor, petugas dewan bersalin, wad bersalin, mak-mak bidan dan sesiapa sahaja yang berkaitan, ini cuma luahan minda aku. Kalau ada yang boleh menjelaskan dengan lebih terperinci, itu lebih dialu-alukan.

Apa pun andai sudah termaktub rezeki untuk kami hanya tiga, alhamdulillah. Setiap yang berlaku segalanya ada hikmah yang tersirat, betul tak ? 


p/s : Kena kaunseling dengan doktor pasal risiko cesarean ni boleh tahan lagi, tapi kena marah ngan mak mertua sebab biarkan doktor lakukan cesarean tu yang tak boleh tahan.






10 comments:

  1. assalamualaikum pipoq...sebenarnya org ckp mmg baik bersalin normal dr pembedahan tapi kalau ada masalah pd ibu dan baby terpaksa juga kena lakukn pembedahan itukan...:)

    ReplyDelete
  2. cahayacinta.com

    salam.
    syukur andai rezeki bertambah. blh buat lathan senaman servis mudah2 bby akan blg klr dh saluran ibunya.

    jgan pikirkan sgt anggp itu urusan kita dg Allah. ada juga kwn2 su 2 kali bedah tapi ketiga normal. isteri kena bijak kawal lepas sistem pernafasan masa nk lahirkan bby. ada juga setegah kes tu sb sakit2 tertentu doc tak bgi cara normal so kena bedah.

    ..moga sahabat sy dan isterinya melalui hari2 penuh kesabaran.

    ReplyDelete
  3. yg lama lagi pkar sb mana org dulu2 bedah jer semua bbyk klr berjaya normal.org skrg mls nak amik masa lama ckp itu ni tka bgus..

    ada asalan merka. kita nak tak kena akur huhu..sb tahu depa doc kita org biasa mmg sah2 kurg arif bab perbidanan.

    ReplyDelete
  4. memang betul risiko sekiranya kalau baby dibiarkan..
    jadi maybe doktor nak selamatkan ibu dan baby...
    mungkin itu jalan terakhir..
    gadis tak arif tapi dapat merasakan mcm tu la kot..
    zaman dah semakin moden..
    jadi dari segi pengalaman doktor sendiri mungkin dh macam2 diorg lalui..dan sentiasa buat kajian ttg tu rasenyer..

    tapi ape pun..
    janji ibu dan anak selamat..
    alhamdullillah..

    ReplyDelete
  5. salam, pipoq, 1st time singgah sini, nice blog, tak nak pasang comment luv ke?

    aku bersimpati ngan ko, anak sulong aku lahir bulan jan 2013, alhamdulillah normal, aku pun cuma cikgu sains biasa je... tak tahu menahu sangat tentang bersalin ni, tp aku cuma nak berkongsi, masa isteri aku mengandung, aku selalu usap perut isteri dan bacakan surah-surah al-quran yang pendek-pendek yg aku hafal, kalau malas pun, aku baca al-fatehah jer. tapi kerap jugak, lagi aku bagi isteri makan ubat homeopathy untuk ibu mengandung, murah jer, tapi ada kesan insyaAllah sehingga anak yang bergulung dengan tali pusat pun boleh betul kedudukan semula, lagi orang rumah aku tak kerja, so tak risau la sangat. cuma nak bagi cadangan kat ko, why not isteri minta cuti untuk jaga kandungan selama setahun sampai bersalin, cuti tanpa gaji ker... cadangan jer...

    ReplyDelete
  6. Adik MJ 2x bersalis caeser, sbb ada mslh..
    Tp tula siapa xn secara normal, tp tu semua ketentuan Allah

    ReplyDelete