24 February 2013

iPhone 5 termurah

  12 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH.

Demam iPhone 5 sudah lama berlalu. Para pemenang pun sudah merasai nikmat menggunakan gadget impian masing-masing. Bagi yang tidak berjaya merangkul hadiah utama macam aku, kalau berkenan sangat kena la mengumpul wang yang mencukupi untuk memilikinya.


Dan kemungkinan waktu wang yang dikumpul sudah mencukupi, keluar pulak model terbaru. Diketika inilah kebijaksanaan untuk mempergunakan wang simpanan boleh dipraktikkan.

Dalam masa yang sama juga, ketika pengeluar-pengeluar gadget berteknologi masing-masing sibuk menaiktaraf produk mereka atau mengeluarkan berbagai model terbaru, banyak juga produk tiruan membanjiri pasaran.

Kalau suatu masa dahulu kebanyakan produk tiruan hanya boleh didapati dalam pasaran gelap, namun sekarang ini ianya didedahkan tanpa segan silu tanpa sedikit pun memikirkan perasaan pengeluar yang asli.

Berbalik kepada iPhone 5, mungkin ramai dari kita yang sedar terdapat satu pengeluar yang berani mengklonkan iPhone 5. Walaupun ciri-cirinya tidak menepati ciri-ciri yang terdapat pada iPhone 5 asli namun mereka sangat berani meniru.


Dan yang paling terbaru berkaitan dengan iPhone 5 ni, hingga ada yang sanggup menjadikan iPhone 5 sebagai alas kaki. Ini bermakna iPhone 5 semakin mampu untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja.

Tak perlu menabung lama untuk memilikinya. Malah mungkin boleh dimiliki oleh setiap ahli keluarga. Siapa sangka dengan kepakaran dan kejuruteraan yang tinggi, ada syarikat yang mampu menghasilkan produk iPhone 5 dalam skala yang sangat banyak dan dijual dengan harga yang sangat murah.

Apakah reaksi pengguna-pengguna iPhone 5 apabila produk bernama iPhone 5 dijadikan alas kaki ? Malah dijual dengan harga yang sangat murah ? Tanpa perlu memotong kad sim untuk menjadikannya kad sim nano. 

Ini bukan penipuan. Bukan juga mimpi. Ini adalah kenyataan. Dapatkan iPhone 5 dengan harga termurah. Nak tahu dimana korang boleh dapatkan iPhone 5 termurah ni ?  ...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah anda sudah bersedia untuk mendapatkan iPhone 5 dengan harga termurah ?

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku temuinya di Billion Megoplex Ipoh.

|
|
|
|
|
|
|
|


Hahaha...jangan marah ye, gurau hujung minggu je.







12 comments:

  1. hahahahahaha

    apple tak nak saman billion sebanyak berbillion ke?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum pipoq...terkena rupa2nya...:)

    ReplyDelete
  3. logonya pun sama, asal boleh je diaorang ni...heee

    ReplyDelete
  4. kat billion je ke ada jual ni..
    ehehehhee

    ReplyDelete
  5. Kedai RM2 ada jual iPhone. Kalau tekan butang dail boleh tukar-tukar lagu. :-)

    ReplyDelete
  6. selipar ek? mmg kreatif sungguh.. hihi.. apa lagi, angkat satu tak?

    ReplyDelete