14 February 2013

Cukai dunia

  13 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan yang berkunjung ke sini mudah mudahan ALLAH memberkati dan merahmati segala amal baik kita pada hari ini.

Semalam aku ke pejabat cawangan LHDN di Ipoh. Pertama kali seumur hidup menjejakkan kaki ke sana. Bukan untuk mengisi borang BR1M 2.0 tapi nak minta panduan mengisi borang cukai pendapatan.


Secara rasminya aku mula berkerja makan gaji sejak tahun 2003. Sepanjang sepuluh tahun hingga kini, beberapa kali juga bertukar majikan. Kerja swasta ni kurang sikit terikat. Mana ada peluang lebih bagus, kena la pandai menyesuaikan diri.

Terkini baru la aku berkerja di sektor bermajikankan Kerajaan. Itu pun cuma menerima elaun bulanan untuk perjawatan guru KAFA. Alhamdulillah walaupun bukanlah mencecah empat lima angka namun keterlibatan dalam menyampaikan ilmu tu memberikan kepuasan dan mudah mudahan ianya diredhoi ALLAH.

Kembali kepada kisah LHDN, minggu lepas aku ada menghubungi pegawai LHDN untuk panduan mengisi borang yang aku terima melalui pos. Tapi dipertengahan perbualan, talian terputus pulak. 


Hanya sedikit maklumat yang aku perolehi ketika itu. Dan aku masih tidak berpuas hati malah bercadang untuk ke pejabat cawangan LHDN bagi memudahkan urusan.

Hasilnya cukup memuaskan. Dari awal kemasukan di kaunter pertanyaan,  penjelasan dari pegawai kaunter yang bertugas yang sangat mesra pertanyaan hinggalah waktu menunggu giliran. 

Cuma untuk kes aku ni, sepatutnya urusan perlu dibuat pada bulan hadapan. Aku tidak menyalahkan pegawai kaunter yang bertugas dengan cemerlang, hanya sedikit rasa ralat kerana aku dibekalkan dengan borang yang salah.

Atas bantuan dan penerangan dari pegawai kaunter LHDN yang bertugas, aku diberikan nombor pin untuk membolehkan aku menggunakan perkhidmatan e-filing LHDN. 


Kalau ikutkan, aku memang dikecualikan cukai sebab pendapatan tahunan pun tak cukup syarat. Namun disebabkan menjadi kesalahan kalau tak mendaftarkan maklumat pendapatan, harus jugak la menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat berwarganegara Malaysia.

Apa pun aku amat berpuas hati dengan maklumat dan makluman yang diperolehi melalui pegawai kaunter LHDN yang bertugas. Nombor pin e-filing sudah berada dalam simpanan, cuma perlu menunggu lebih kurang satu bulan sebelum pendaftaran melalui perkhidmatan e-filing dibuka.

Oh ya, dalam kita sibuk sibuk memperkatakan cukai dunia ni jangan pula kita lupakan 'cukai' yang ditetapkan ALLAH. Sekali sekala kena periksa juga simpanan kita dalam bank, pendapatan kita, harta harta kita, perniagaan kita dan sebagainya.

Mana la tahu sudah cukup nilainya untuk dizakatkan. Dengan LHDN mungkin kita boleh nak 'lari lari', tapi kalau dengan ALLAH mungkin kat dunia ni kita boleh sembunyi tapi jangan lupa kat sana nanti takde apa yang tak digali.





13 comments:

  1. betultu...
    cukai jangan dilupakna...
    cukai wajib diutamakan...
    ehehheee

    ReplyDelete
  2. Cukai manusia boleh kona sana sini..

    Cukai Allah boleh jugak kona kona, tpi ingatlah di sana...

    Terbaik bro PipoQ!

    ReplyDelete
  3. SEMUA JENIS CUKAI KENA LANGSAIKAN

    LEPAS LANGSAI BOLEH MAKAN CAKOI

    ehhhh

    =_=

    ReplyDelete
  4. cukai klu lgi tggi gaji lagi ratus2 kena potong cukai heeee

    ReplyDelete
  5. Yup...dan 'cukai dgn Allah' tu pun boleh direbetkan dgn LHDN

    ReplyDelete
  6. biasa buat kt internet je, online.. entah betul ke tidak.. yg mana ada tu, masukkan.. yg tak de tu, abaikan je..

    ReplyDelete
  7. Belum isi lagi cukai dunia ini. :-)

    ReplyDelete
  8. air force 1 shoes, http://www.airforce1.us.com/
    cheap wedding dresses, http://www.cheap-weddingdresses.net/
    michael kors handbags, http://www.michaelkorshandbags.in.net/
    puma outlet, http://www.pumaoutletonline.com/
    cheap nfl jersey, http://www.cheap-nfljersey.us.com/
    air jordan 4 free shipping, http://www.airjordan4.org/
    oakley sunglasses, http://www.oakleysunglassescheap.us.com/
    tory burch outlet online, http://www.toryburchoutletonline.in.net/
    real madrid jersey, http://www.realmadridjerseystore.com/
    cheap snapbacks, http://www.cheapsnapbacks.us.com/
    hermes outlet, http://www.hermesbags.co.uk/
    hermes birkin, http://www.hermesbirkin.org/
    49ers jersey, http://www.sanfrancisco49ersjerseys.us/
    giuseppe zanotti outlet, http://www.giuseppe-zanotti-outlet.org/
    nike air huarache, http://www.nike-airhuarache.co.uk/
    abercrombie fitch, http://www.abercrombie-fitch.us.com/
    seahawks jersey, http://www.seattleseahawksjersey.us/
    prada outlet, http://www.pradaoutlet.us/
    dallas cowboys jersey, http://www.dallascowboysjersey.us/
    juicy couture outlet, http://www.juicycoutureoutlet.net/
    michael kors outlet online, http://www.michaelkorsoutletonlinstore.us.com/
    oakley sunglasses, http://www.oakleysunglasses-outlet.us.com/
    new orleans saints jerseys, http://www.neworleanssaintsjerseys.us/
    beats by dre, http://www.beatsbydrdre-headphones.us.com/
    mbt shoes, http://www.mbtshoesoutlet.us.com/
    2015912caihuali

    ReplyDelete