Assalamaualikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH.
Petang hujung minggu yang lepas kami sekeluarga menjalankan satu misi yang diserahkan oleh mak mertua aku di Sabah sana tu. Sebenarnya sebelum cuti tahun baru cina minggu lepas lagi dah ada perbincangan berkenaan misi yang bakal dilakukan ni.
Disebabkan kami akan pulang bercuti ke Sabah masa cuti penggal pertama bulan Mac nanti, mak mertua aku suruh bawak kain sarung batik banyak-banyak sebab dia nak jual di sana nanti.
Misi bermula |
Memang agak susah sikit nak mendapatkan kain batik dan sebagainya di sana dan kalau ada pun harganya mungkin sedikit mahal berbanding di sini. Mulanya mak mertua aku suruh cari ke Kelantan. Terus tengok di kilang katanya.
Dua hari dua malam jugak aku memikirkannya. Mesyuarat tergempar terpaksa aku adakan bersama isteri. Adakah perlu untuk kami mengadakan satu perjalanan menuju ke Pantai Timur dalam misi mencari kain batik ?
Banyak rintangan jugak yang perlu ditempuhi. Perjalanan untuk ke sana je sudah mengambil masa separuh hari. Penginapan lagi. Makan minum lagi. Karenah anak-anak lagi. Nak mencari lokasi lagi. Tu tak termasuk nak membandingkan harga dan kualiti kain antara pembekal, pengeluar dan pengilang.
Kesudahannya kami menjejakkan kaki ke pasaraya borong Mydin terbesar kat Ipoh ni. Kali terakhir aku memasuki pasaraya Mydin entah tahun bila aku sendiri pun tak ingat. Itu pun dengan keadaan yang sempit dan sesak. Mydin kat Jalan Masjid India tu la.
Tapi pasaraya Mydin yang terletak kat Meru, Ipoh ni memang luas. Sangat selesa untuk membawa anak-anak mahupun keluarga. Disebabkan kami mempunyai misi maka tak boleh la nak bersantai-santai.
Masuk je ke bahagian pakaian, rambang mata melihat lambakan kain sarung batik dan bermacam-macam sarung lagi. Nasib baik mak mertua aku tak ada bersama, kalau tak rasanya mesti terpaksa pasang khemah untuk bermalam.
Misi aku selain dari mencari-carikan barangan untuk dipilih semua oleh isteri aku, apa lagi kalau bukan membawa dua orang pengawal peribadi kecik aku tu berpusing-pusing bagi mengelakkan mereka kebosanan.
Pengawal peribadi yang sudah kepenatan berkawal |
Antara kepujian yang boleh aku nak kongsikan tentang pasaraya Mydin di Meru, Ipoh ni adalah kemudahan untuk pelanggan yang disediakan. Tandas boleh tahan selesa bersih dan terjaga.
Paling memuaskan hati ruangan solat yang sangat luas. Terasa macam berada dalam bangunan surau pulak. Tempat lain aku tak pasti la tapi memang aku akui surau pasaraya Mydin Meru, Ipoh adalah surau dalam pasaraya terluas dan selesa pernah aku masuk setakat ini.
Kawasan wajib singgah untuk anak aku |
Disebabkan keadaan dan masa yang tidak begitu mengizinkan kami untuk berada lama di sana, maka agak banyak tempat jugak yang tak sempat untuk kami jelajahi. Mungkin dilain masa andai ke sana lagi akan aku kongsikan pengalamannya.
Apa pun misi pertama sudah tertunai. Cuma tunggu nak dibawa ke Sabah je nanti. Dan kemungkinan misi sebegini akan berulang lagi. Andai anda seorang pembekal yang boleh memberikan mak mertua aku kegembiraan (produk yang berkualiti, harga yang menarik), jangan malu-malu untuk memperkenalkan diri.
banyak nyee la beli kain batik
ReplyDeletehehehe
tu dia...
ReplyDeletekenduri batik ke?
hehehhee
nak jual kt sabah dan sarawak ke. sy cadangkan bro pi kelantan sna ambil byk sure dpt murah2 kain2 mesti jenis berkualiti.
ReplyDeleteklu rasa jauh sgt blh pi ke kl jalan TAR tu sana byk pilihan gak hee... dekat ya.. kelantan tu jauh..makn budgt, tenaga lgi huu...
ReplyDeletekain batik kat rumah dapat masa kawen. tak beli2 sampai sekarang. sbb kawen dgn org pantai timur ni, sedara belah sana mmg bagi byk kain batik.. yg tak berjahit pun de lagi..tapi nak jual tu, tak de la pulak.. hehe
ReplyDeleteBukan main borong kain batik. Bro boleh dapatkan stok kain batik Jawa di kawasan Sungai Besar.
ReplyDelete@mr.syazwan
ReplyDeletekalau nak pakai sendiri memang setahun tak abis tu..hehehe
@mie
ReplyDeletearahan mak mertua..susah nak tolak..hehehe
@suri
ReplyDeletekalau nak ke kelantan mau kena buat trip satu minggu kat sana..
@fiezaradzi
ReplyDeleteboleh buat GA tu
byknya beli..
ReplyDeletemaaf lambat blas jejak.ciksu bercuti ;D
saya ad menjual kain batik ekslusif dr kelantan..corak bunga dan abstrak dan juga bunga dgn rama2 ..ada yang ditambah batu permata,kain berkualiti tinggi,sgt sejuk..jenis kain crepe.
ReplyDeleteharga RM 300..BERMINAT call sy..
zati
013-6397210
wizards jerseys
ReplyDeletelouis vuitton usa
coach factory outlet
christian louboutin sale
le coq sportif pas cher
louis vuitton outlet
louis vuitton
michael kors outlet online
cheap oakley sunglasses
coach outlet
20172.27chenjinyan
mont blanc pen
ReplyDeleteair max outlet
pandora charms outlet
coach factory outlet
michael kors outlet canada
oakley sunglasses wholesale
hermes bags
nfl jerseys wholesale
ray bans
birkin handbags
170624yueqin