01 January 2013

Kembali ke sekolah 2013

  12 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua beroleh keberkatan dan rahmat dari ALLAH diawal tahun baru 2013 ni.

Selamat tahun baru untuk semua. Walaupun hanya berada di rumah je malam tadi sewaktu umat manusia lain berghairahan menghitung detik 1 Januari, kemeriahannya tetap terasa cukup dengan mendengar dentuman mercun tepat jam 12 tengah malam tadi.

Bermula 1 Januari 2013 ni jugak rutin harian aku sudah berubah atau dalam erti kata lain kembali kepada kebiasaan. Masa cuti sekolah hari tu boleh jugak nak berhibernasi lebih sikit. Tapi mulai hari ni kena la buat penalaan semula dengan mod kerja.


Pagi tadi terasa asing pulak. Diwaktu orang lain kebanyakannya bersantai cuti awal tahun baru, aku pulak sudah bersegak segak untuk keluar menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Dari jam 8 pagi hinggalah mencecah jam 12 tengahari, aku dan rakan rakan sekerja sedikit sibuk menguruskan pendaftaran pelajar. Itu pun belum cukup sibuk sebab boleh dikatakan hanya 30% ibubapa yang datang menguruskan pendaftaran anak anak mereka.

Selebihnya akan bersambung esok. Dan untuk minggu ni berkemungkinan aku belum dapat untuk memulakan sesi pembelajaran. Mengikut perancangannya, dalam minggu ni hanya untuk sedikit sesi penerangan kelas, pembahagian kumpulan dalam kelas dan pemantauan prestasi pelajar bagi memudahkan sesi bimbingan.

Anak sulung aku yang tak berapa nak sihat akibat demam tu alhamdulillah ada sedikit perubahan. Demamnya sudah berkurangan cuma tinggal selsema dan batuk batuk sikit. Berpantang ais la jawabnya.


Cuma yang tak berapa nak best tu bila si kakak terjaga di tengah malam sambil batuk batuk, pasti si adik terganggu tidurnya. Si adik pulak bila sudah terbangun walau di tengah malam, pasti mencari cari kakaknya untuk diajak bermain.

Balik dari sekolah tadi, si adik tak lepas lepas matanya dari memandang kat aku. Hairan agaknya sebab nampak papanya segak entah dari mana datangnya kerana selama sebulan lebih yang lepas tak pernah nampak papanya sesegak seperti hari ni. 

Esok pagi akan bersambung lagi sesi pendaftaran di sekolah dan sebelah petang pula dah mula masuk ke kelas kembali. Kelas yang lama, guru yang lama cuma pelajarnya yang bertukar. 




12 comments:

  1. selamat tahun baru 2013. selamat mulakan tugas ditahun baru juga.

    ReplyDelete
  2. ala..kesiannya...semoga cepat sembuh... amin...

    ReplyDelete
  3. Harap kak Yong semakin sihat. Jangan malas makan ubat. :-)

    ReplyDelete
  4. selamat kembali bertugas ;)

    moga kakak cepat sihat

    ReplyDelete
  5. @Denaihati
    Selamat tahun baru..mudah mudahan tahun 2013 ni kita semua boleh lebih cemerlang lagi

    ReplyDelete
  6. @boni kacak
    terima kasih..nasib baik sekarang ni dah tak takut nak makan ubat..

    ReplyDelete
  7. @akubiomed
    mujur jugak sekarang ni kakak tak lari bila suruh makan ubat..kalau dulu nak kena paksa bukak mulut waktu nak bagi ubat..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum pipoq...selamat tahun baru n selamat bertugas kembali..:)

    ReplyDelete
  9. selamat kembali bertugas. harap kakak tu cepat sembuh.

    sama la dgn anak kami, yg kedua tu mmg suka main, terjaga malam pun rilek je, yg tak rilek mak ayah dia.. haha

    ReplyDelete