23 December 2012

Bertukar domain

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua berada dalam rahmat dan beroleh keberkatan dari Allah dalam apa juga perkara baik yang kita kerjakan.

Alhamdulillah setelah mencecah tahun kedua menceburkan diri dalam dunia blogging, bermula dari bulan November 2010 hinggalah ke hari ini, terdapat beberapa perubahan dan peningkatan telah aku lakukan dan pastinya ia sebagai penambahbaikan blog aku ni sendiri.


Sejarah penceburan aku di dalam perkongsian minda melalui dunia maya ni sebenarnya sudah agak lama jugak. Aku mula berkenalan dengan penulisan di alam maya ni sejak tahun 2004 dimana ketika itu aku menggunakan khidmat geocities.yahoo.com.

Tidak lama kemudian aku beralih menggunakan perkhidmatan dari blogdrive pulak. Namun disebabkan kesibukan masa berkerja dan jarang sangat nak mengemaskini, aku mengambil keputusan untuk menutup laman jurnal tersebut.

Dan setelah aku memiliki sebuah komputer riba sendiri (sebelum tu guna perkhidmatan kafe siber je) ditambah dengan pendaftaran talian internet (aku memilih perkhidmatan dari P1) maka semangat untuk berkongsi minda di alam maya kembali mekar.

Bermula kembali kali ini dengan menggunakan platform blogspot pula. Walaupun terasa sedikit sukar untuk mendapatkan kembali momentum perkongsian minda melalui dunia alam maya ni namun dengan adanya sokongan dari isteri tercinta membuatkan aku cuba untuk terus komitmen.


Alhamdulillah setelah hampir dua tahun cuba untuk kembali aktif, ada juga rezekinya. Antaranya sedikit pendapatan dari Nuffnang Malaysia. Memang tak banyak mana pun berbanding blogger lain tapi ini antara bukti dengan blogging juga boleh mendatangkan pendapatan.

Itu tak termasuk lagi beberapa cenderahati melalui penyertaan GA dan beberapa kontest yang dianjurkan oleh rakan rakan blogger dan yang terkini dan terpanas tak lain tak bukan kontest iPhone 5 gadget impian yang bakal berakhir esok.

Dan perubahan yang paling terkini kalau ada yang sedar, nama domain blog aku ni sudah berubah dari pipoq [dot] blogspot kepada pipoq [dot] my. Terima kasih dan penghargaan aku ucapkan untuk blogger INI kerana sudi berkongsi rezeki untuk rakan rakan lain.

Ranking alexa domain pipoq.blogspot.com

Ranking alexa domain pipoq.my

Memang dengan perubahan nama domain blog aku ni sedikit sebanyak menggangu perjalanan blog aku ketika menggunakan [dot] blogspot. Kedudukan di alexa sudah pastinya menjunam jauh. Paling terkesan apabila ianya juga turut mempengaruhi enjin carian google yang pastinya menjejaskan penyertaan aku dalam kontest iPhone 5 gadget impian.

Adakah itu satu kesilapan ? Hidup berani untuk gagal. Tujuan utama aku berblogging bukan untuk mengejar kemahsyuran tapi mengharapkan perkongsian yang diterbitkan dapat memberi manfaat berpanjangan. 

Insya-ALLAH mungkin selepas ni boleh pulak bertukar hosting andai ada rezeki. Sebelum itu, sedang berkira-kira untuk memiliki gadget yang membolehkan aku menjadi seorang blogger on the go. Nak jadi pemenang utama kontest iPhone 5 gadget impian memang kontroversi kalau tiba tiba aku menang. 

Sampai bila akan terus bertahan blog ni dalam talian ? Insya-ALLAH selama mana ianya tidak digodam atau disekat oleh mana mana pihak, selama itu ianya akan terus berkesinambungan.




16 comments:

  1. wah.. dah guna domain.. bagus2!
    nanti boleh guna hosting pulak.. :D

    ReplyDelete
  2. Tanniah sudah mengunakan nama domain sendiri.

    ReplyDelete
  3. Satu perubahan yang berani. Walaupun masih di hostkan di blogspot, itu sebenarnya satu kelebihan. Blgspot jarang kena godam.

    ReplyDelete
  4. Tahniah, dah bertukar domain. Saya pun pernah sekali bertukar. Alexa Rank memang jatuh menjunam/teruk. Namun bangkit kembali. Skrg dah 200,000 lebih skit. Pasti pipoq akan terjejas bila mana menyertai contest SEO, sangat sukar nak duduk di page 1. Hanya keajaiban yg dpt diperolehi. Semoga selepas ni akan meningakat sedikit-demi sedikit rank tu.

    ReplyDelete
  5. Tahniah bro pipoq...satu permulaan yg amat besar dan hebat! moga terus komited berkongsi info dan ilmu...

    terbaiklah!

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum pipoq...tahniah2 dah bertukar ke domain baru...:)

    ReplyDelete
  7. Taniah bro, kawan belum berani nak bertukar sepenuhnya hehe

    ReplyDelete
  8. dulu pun bertukar..mmg jatuh
    tapi bila kita dah ada circle of friends sendiri, kejap je...

    p/s - pls letak contact form dgn about me... pengunjung perlu juga kenal biodata tuan blog

    ReplyDelete
  9. kejap aje nak naik balik. tak susah pun. kena rajin aje.

    ReplyDelete
  10. walaweh..sejak 2004 tu.. memang lama betul...

    takpe bro.. slow2 kayuh.. tapi rasanya tak lama ranking tu akan turun dengan laju sekali kalau rajin :)

    ReplyDelete
  11. itulah resiko berali ke domain TLD. pengaruhnya terhadap index google dan alexa rank. tapi tidak lama akan kembali seperti semula.

    terimakasih sudah berbagi dan salam kenal.

    ReplyDelete
  12. sekejap je tuh biasanya, nanti oklah.

    ReplyDelete
  13. tahniah bro. mudahan lebih succes dgn berdomain baru.

    ReplyDelete