22 November 2012

Jangan jadi ketam

  8 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dapat hidup aman damai di negara Malaysia ni walaupun berbagai pertelingkahan kedengaran di sana sini namun tiada berlaku peperangan seperti mana yang berlaku di Semenanjung Gaza dimana saudara seagama kita diperangi dengan dahsyatnya.


Terkadang pernah juga terlintas dalam fikiran apakah generasi anak anak kita, cucu cucu kita nanti berpeluang untuk hidup aman seperti kita sekarang ni ? Dengan berbagai kisah keruntuhan moral dan akhlak berleluasa walaupun kita hidup aman makmur.

Apakah kita hanya mengharapkan kepada pemerintah untuk memperuntukkan undang undang agar dipatuhi di masa akan datang ? Janganlah kita terlalu  menaruh harapan terhadap undang undang andainya kita tidak memulakannya dari diri kita sendiri dalam mendidik generasi akan datang.

Sebagai ibu bapa, adakah kita sudah memberikan contoh yang terbaik untuk anak anak kita teladani ? Atau kita cuma mengarahkan mereka menurut perintah tanpa kita sendiri melakukan apa yang diarahkan itu ?


Aku sendiri selalu berjumpa dengan beberapa individu sebegini. Mereka sering mengharapkan anak anak mereka menjadi insan yang baik dan soleh. Tidak meninggalkan solat, pandai mengaji Al Quran dan sebagainya.

Namun diri mereka sendiri tenggelam dalam kealpaan dunia. Apakah kita terlupa dengan ungkapan "Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus" ? 

Jangan kita lupa, anak anak kita tu lahir dengan fitrah yang sangat suci. Pemikiran mereka sangat bersih. Kita sebagai ibu bapalah yang bakal mencorakkan mereka untuk menjadi apa kemudian hari.

Patutkah kita menyuruh anak anak kita mendirikan solat sedangkan kita sendiri mengabaikan solat ? Patutkah kita memaksa anak anak kita pandai mengaji Al Quran sedangkan kita sendiri tak kenal huruf huruf dalam Al Quran tu sendiri ? 


Jadilah 'role model' yang terbaik untuk anak anak kita. Biarlah walaupun dahulunya kita bukanlah insan yang baik di mata masyarakat namun bila mula bergelar ibu bapa, usahakanlah untuk menjadi ikutan yang terbaik buat generasi yang lahir dari darah daging kita sendiri.

Ingatlah, andai kita hidup hanya mengharapkan dunia semata mata maka di dunia sajalah pencapaian kita tu. Jadilah hamba Allah yang mementingkan akhirat tanpa melupakan kehidupan dunia agar kita dapat memperolehi kebaikan di dunia dan kelebihan di akhirat.

Jangan sampai tiba satu masa nanti anak cucu kita akan menyalahkan kita bila kehidupan mereka menjadi tunggang langgang. Ingat tu, siapa lagi yang kita nak harapkan kalau bukan diri kita sendiri. Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat untuk semua. 



p/s : Masih lagi ada masa untuk rakan rakan yang belum memberikan penambahan google +1 dalam entri iPhone 5 gadget impian disini berbuat demikian. Segala sokongan dan bantuan rakan rakan semua amatlah dihargai.




Related Posts:

  • Kakak dan adik Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Alhamdulillah se… Read More
  • Keibubapaan - Rutin berubah Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua berada dalam keber… Read More
  • Melihat perkembangan anak Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Sema… Read More
  • Bakat Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung dengan doa dan harapan mudah mudahan kit… Read More
  • Jangan jadi ketam Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Bersy… Read More

8 comments:

  1. asalamualaikum pipoq...n3 yang menarik hati ni...;)

    ReplyDelete
  2. Assalam..
    Betul tu. Kita selalu nak yang terbaik utk anak kita tapi kebanyakkannya hanya pandai berkata2, menyuruh atau meminta tanpa tindakan, perlakuan atau perbuatan. Kalau diri kita macam tu, tak mustahil,anak2 akan jadi seperti ibu bapanya juga. Perbetulkan diri kita supaya anak2 boleh ikut contoh yg baik yg dekat dengannya..

    ReplyDelete
  3. Begitulah hakikatnya sekarang.wanau'zubillah

    Ramai jugak ambe nampak bapa yg pakai seluar pendek dan bergelang, tp anak diajar bertudung. Ada yg tak kena.

    Mak terbuka, anak bertudung..

    Moga kita sama2 perbetulkan diri dan keluarga demi menjamin masa depan yg baik utk kita dan keluarga di dunia akhirat...

    thanks bro pipoq berkongsi...best!

    ReplyDelete
  4. Satu peringatan untuk diri saya yang memikulkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

    ReplyDelete
  5. betul der, apa kita sebagai khalifah yang patut mula dulu bukan hanya dgn mulut tapi perbuatan.....

    ReplyDelete
  6. Bagus entry ni.. Suka gambar ketam tu..

    ReplyDelete