29 October 2012

Buku laporan murid

  8 Komen    
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Pagi isnin yang indah ni jangan ada yang masih terlantar pulak. Mana la tau kot terlebih makan daging dua tiga hari lepas sampai tekanan darah naik meningkat. 

Sesi persekolahan untuk tahun 2012 pun cuma tinggal beberapa hari je lagi. Lepas tu bercuti sakan la sebelum memulakan kembali amanah untuk mendidik anak anak di sekolah.

Bagi yang ingin merancang perancangan untuk hari persekolahan dan hari cuti persekolahan bagi tahun 2013, boleh la berkunjung ke perkongsian dari blog kak jie


Hari ni cuma perlu meminta guru besar menandatangani buku laporan murid sebelum boleh untuk aku edarkan kepada anak anak kelas aku tu untuk ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga mereka pula.

Aku tak pasti samada semua sistem persekolahan sekarang ni memerlukan ibu bapa hadir ke sekolah untuk mengambil buku laporan prestasi pelajar berbanding zaman dulu yang mana pelajar hanya perlu bawa pulang untuk ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga.

Kalau zaman aku dulu memang ibu bapa hanya perlu tandatangan di rumah tanpa perlu bertemu guru kelas untuk mengambil keputusan dan buku laporan anak anak mereka. Guru hanya perlu menulis sedikit ulasan dan ibu bapa hanya perlu menandatangani buku laporan tu je.

Tapi zaman sekarang ni ibu bapa perlu hadir ke sekolah untuk bertemu dengan guru kelas dan berbincang dengan guru tersebut tentang prestasi anak mereka di sekolah.


Pada aku, begitu lebih baik. Maknanya pelajar terbabit tak mungkin dapat nak lari dari kebenaran. Kalau baik segalanya dah tentu la takde apa yang perlu nak dirisaukan. Tapi kalau sebaliknya, waktu sesi bertemu guru ni la yang boleh digunakan untuk memahami pelajar terlibat.

Dan pada pendapat aku, sistem ibu bapa bertemu guru ni perlu diterapkan dalam semua institusi pendidikan tak kira dari peringkat rendah hingga yang tertinggi termasuklah institusi pendidikan milikan persendirian.

Sebabnya ada terkadang tu ibu bapa yang lansung tak tahu atau tak ambil tahu tentang anak yang mereka hantar ke sekolah dengan menyerahkan sepenuhnya anak mereka tu kepada pihak sekolah.

InsyaAllah akan aku kongsikan lagi dalam entri akan datang. Buat adik adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM, STAM dan MUET tu didoakan semoga tenang dalam menghadapi kertas soalan.





8 comments:

  1. hahaha..teringat zaman sekolah dulu...mmg mak ayah tak perlu datang pun ke sekolah ambil report card...sistem dah berubah sekarang..bagus lah

    ReplyDelete
  2. tpi ada gak suruh abg or kakak dtg ambil

    tkt kena marah ngan parents

    uhuuhhu

    #ehh wan x mcm tu k

    ReplyDelete
  3. Cukup bimbang sekali menerima buku laporang ketika bersekolah dahulu.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum pipoq...ibubapa perlu datang ke sekolah utk mengambil report card jadi x adalah kes2 budak2 sign sendiri buku report tu...:)

    ReplyDelete
  5. teringat zaman sekolah rendah..takut punya pasal bila dapat markah rendah...sanggup campakkan buku rekod dalam sungai dan kata buku rekod hilang...hehehe...

    tapi tak terlepas juga...bila ayah datag sendiri ke sekolah jumpa cikgu..dapat buku rekod baru.. (^_^)

    ReplyDelete
  6. adidas outlet store, http://www.adidasoutletstore.us.com/
    lebron shoes, http://www.lebronjames.us.com/
    north face outlet, http://www.thenorthfaces.org.uk/
    air max shoes, http://www.nikeairmaxshoess.co.uk/
    atlanta falcons jersey, http://www.atlantafalconsjersey.us/
    nba jerseys, http://www.nbajerseys.us.com/
    michael kors factory outlet, http://www.michaelkorsfactoryoutlet.us.org/
    prada shoes, http://www.pradashoes.us/
    stuart weitzman outlet, http://www.stuartweitzmanoutlet.us/
    insanity workout, http://www.insanityworkout.us.com/
    nike huarache, http://www.nikeairhuarache.org.uk/
    oakley sunglasses, http://www.oakleysunglassescanada.com/
    air max 2014, http://www.airmax2014.net/
    iphone 6 cases, http://www.iphonecase.name/
    ugg boots, http://www.uggboot.com.co/
    saints jerseys, http://www.neworleanssaintsjerseys.us/
    louis vuitton bags, http://www.louisvuittonhandbagsoutlet.co.uk/
    hollister pas cher, http://www.abercrombie-fitch-hollister.fr/
    san antonio spurs jerseys, http://www.sanantoniospursjersey.com/
    ugg boots uk, http://www.cheapuggboots.me.uk/
    air jordan 11 free shipping, http://www.airjordan11.net/
    moncler coats, http://www.moncler.us.com/
    soccer jerseys, http://www.soccerjerseys.us.com/
    swarovski crystal, http://www.swarovski.in.net/
    adidas wings shoes, http://www.adidaswings.net/
    2015912caihuali

    ReplyDelete
  7. Bolsos Michael Kors Outlet
    Bolsos Michael Kors Outlet
    Bolsos Michael Kors Baratos
    Michael Kors Stockholm
    Michael Kors Stockholm
    Michael Kors Rea

    ReplyDelete