29 September 2012

Selepas lebih seminggu

  4 Komen    
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Kaku sudah jari jemari nak menaip entri baru setelah lebih satu minggu meninggalkan dunia blogging ni.

Bermula dari minggu lepas lagi aku agak sibuk menyiapkan dan menyediakan soalan-soalan latihan setiap hari untuk anak anak murid aku tu. 


Ada masa terluang pun dihabiskan untuk melayan anak anak kat rumah. Sambil tu disebabkan agak penat menonton rancangan rancangan yang entah berapa banyak kali diulang tayang di astro, kami melayan filem-filem yang dimuat turun melalui Youtube pulak.

Puas jugak la melayan filem-filem dari Youtube tu. Kalau sebelum ni berebut ruang untuk menonton, tapi sejak ada TV baru ni cuma sambungkan kabel HDMI je untuk menonton filem dari Youtube.

Hujung minggu lepas aku menjalankan projek mengecat rumah. Bukan rumah yang aku duduk ni tapi rumah kenalan yang minta tolong dicatkan bilik rumahnya. 

Minggu ni hanya bersantai di rumah. Cuma perlu menyiapkan sedikit kertas markah ujian tilawah dan beberapa lagi soalan untuk dilatih tubikan anak anak murid aku tu.



Related Posts:

  • wordless wednesday - israa' "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al Harram (di Mekah) ke Masjid Al Aqsa (di Palestin), yan… Read More
  • segeraAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat rakan rakan pengunjung sekalian. Masa aku menaip entri ni, mata aku sedang fokus pada du… Read More
  • mandi wajibAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat yang mulia buat rakan rakan pengunjung. Hari ni dah masuk bulan Sya'ban. Nabi SAW ada bersabd… Read More
  • umpatAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung. Sambil pekena neslo air yang menyegarkan tekak yang gatal g… Read More
  • kuala kangsar (siri 2)Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung. Hujung bulan camni semuanya senyum sampai ke telinga ye. M… Read More

4 comments:

  1. assalamualaikum pipoq....sekejap jer anak yang kedua tu dah besar kan...suka tengok...:)

    ReplyDelete
  2. semuga kehidupan harian berjalan dengan baik~

    ReplyDelete
  3. Sayang kak Yong kepada adiknya. :-)

    ReplyDelete
  4. ala..la..makin bulat si kecik tu.. :)

    ReplyDelete