09 September 2012

Jumaat yang panik

  5 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu bersama keluarga dan rakan rakan mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Petang jumaat yang lalu ketika aku baru sampai diluar pagar rumah selepas selesai tugasan di sekolah, baru saja menongkat motor tiba-tiba dari belakang aku disapa jiran sebelah rumah yang kelihatan agak kelam kabut.

Tanpa membuang masa aku mengekor terus ke rumahnya. Terdengar jugak anak aku tiba-tiba menangis sebab papanya sampai rumah tapi ke rumah sebelah pulak.

Paramedik sedang melakukan pemeriksaan awal

Rupanya isteri jiran aku tu diserang darah tinggi. Sudah terbaring agak tidak sedarkan diri. Kebetulan pula ketika kejadian, suaminya masih belum pergi ke tempat kerja. Suaminya berkerja sebagai pengawal keselamatan yang bertugas malam.

Tidak banyak yang dapat aku hulurkan bantuan. Kalau lelaki mungkin boleh jugak aku papah atau uruskan. Namun camtu, ikhtiar awal yang boleh aku hulurkan cuma sedikit air penawar. Nasib baik juga selepas tu ada jiran-jiran wanita yang berdekatan dapat membantu.

Al kisahnya ketika isteri jiran aku tu berada di dalam tandas, tiba-tiba terus terjatuh. Dan awalnya suaminya tak sedar pun kerana berada diluar rumah. Hanya jiran dibelakang rumah yang pertama sedar dan dengar 'kejatuhan' isteri dia tu.

Aku mencadangkan agar segera dibawa ke hospital. Jiran-jiran yang lain juga bersetuju. Aku faham situasi jiran aku tu. Memang mereka bukanlah orang yang senang. Pastinya akan terfikir bagaimana untuk menampung segala kos di hospital tu nanti.

Antara jiran-jiran yang turut sama membantu

Sempat aku yakinkan pada jiran aku tu agar isterinya harus dibawa ke hospital dengan segera. Setelah dia bersetuju, pantas aku mendail nombor kecemasan.

Aku tak pasti la macam mana prosedur sebenarnya talian kecemasan ni. Cuma aku rasa macam taliannya tak berapa kecemasan. Awalnya aku terpaksa melayan beberapa pertanyaan dari operator 999 sebelum panggilan aku disambungkan ke jabatan kecemasan Hospital Ipoh.

Aku menyangkakan sambungan panggilan tu akan segera disambut tapi hakikatnya aku terpaksa menunggu hampir dua minit sebelum kakitangan jabatan kecemasan Hospital Ipoh berada di talian.

Tu pun masih juga aku terpaksa melayan kembali pertanyaan dari pihak Ipoh pulak. Kalau bertanyakan keadaan pesakit tu memang aku faham la sebab tu semua untuk menyediakan diorang dengan kes yang akan diterima.

Cuma yang aku rasa leceh sikit nak bersoal jawab dalam talian tu bila mereka bertanyakan lokasi rumah dan bagaimana untuk ke tempat kejadian. Maka dengan tu terpaksa la aku menerangkan jalan untuk ke rumah mangsa dengan jelas.

Entah macam mana la kalau rumah yang berada di daerah sedikit pendalaman. Rasanya mau ada ambulan yang tersesat tak jumpa jalan. Bukan mahal pun kalau nak sediakan peralatan GPS dalam setiap kenderaan ambulan. Risau nanti kena kebas kot ?

Hampir lebih 30 minit kemudian baru la ambulan tu sampai. Bermakna sudah hampir lebih satu jam juga isteri jiran aku tu terlantar tanpa ada bantuan profesional dan terlatih. 

Sebelum dibawa ke Hospital, satu jam setengah kemudian

Tiba di hospital, isteri jiran aku tu terus dibawa ke jabatan trauma. Pembedahan terpaksa dilakukan malam tu jugak bagi mengeluarkan darah yang keluar dari urat darah yang pecah dibahagian otak menurut kata suaminya.

Sedih jugak bila memikirkannya. Anak mereka seusia dengan anak sulung kami. Baru seorang anaknya. Dengan suaminya yang hanya berkerja sebagai pengawal keselamatan, mungkin sukar juga untuk menghadapi apa apa kemungkinan.

Buat masa ni kami suami isteri bercadang untuk membuat satu tabung bantuan kilat yang boleh disumbangkan dari jiran-jiran terdekat. Sekurang-kurangnya mungkin dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh jiran aku tu.

Semalam kami tak berkesempatan nak pergi melawat di wad ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Namun menurut kata suaminya yang sempat aku temui ketika dia pulang sebentar ke rumah, isterinya masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan malam tu.

Mudah mudahan Allah memelihara dan mempermudahkan segala urusan hamba-hambaNya. 



5 comments:

  1. Assalam..
    Kalau jadi macam tu, memang tak tau nak buat apa dah. Hanya harapkan bantuan jiran2 je la..
    Moga isterinya selamat dan cepat sembuh...

    ReplyDelete
  2. kalau dah macam tu mmg tak boleh nak harapkan ambulan la kan..? bnyk sngt soalannya...

    jiran2 terdekat yg ada kereta mungkin dapat membantu..

    moga jiran En Pipoq cepat semubuh...

    ReplyDelete
  3. @nabilah_2908

    dengan keadaan jiran sy yang takde sape yang boleh nak tangani tu memang hanya boleh nak harap paramedik je..

    dan banyak faktor jugak ambulan diperlukan masa tu sebab beberapa jalan ditutup + jalan sesak (waktu puncak abis keje)..

    ReplyDelete
  4. semoga jiran kan segera sembuh. rasanya klu darah tggi tak ok kena duduk sehari dua..

    ReplyDelete
  5. 9 Sept 2012(Jumaat) adalah tarikh pemergian ayahanda tersayang saya.

    ReplyDelete