18 August 2012

Tutorial solat sunat Aidil Fitri

  2 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai bersama keluarga tercinta menantikan kehadiran 1 Syawal yang bakal menjelma kurang 24 jam lagi ni. Mudah mudahan dalam apa jua yang kita lakukan, Allah memberkati dan merahmatinya.

Dalam kita bersemangat menyediakan persiapan menyambut hari raya ni tak kira la samada mengemas rumah ke, menyediakan juadah ke atau apa saja pun jangan pulak kita lupa menunaikan kewajipan kita sebagai hamba-Nya. 

Dan insyaAllah pagi 1 Syawal nanti kita akan ramai-ramai berjemaah untuk bersolat sunat Aidil Fitri. Kalau kat Ipoh ni kebanyakan masjid dan surau akan melaksanakan solat sunat Aidil Fitri tu pada jam 8:30 pagi.


Sebelum keluar rumah untuk berjemaah solat sunat Aidil Fitri tu, elok la kita mandi sunat Aidil Fitri terlebih dahulu kemudiannya bersarapan dan barulah keluar menuju ke masjid atau surau. Kalau masjid atau surau tu berhampiran je dengan rumah, lebih baik kiranya berjalan kaki je.

Solat sunat Aidil Fitri ni antara solat sunat yang dituntut untuk dilakukannya. Ianya terdiri dari solat sunat dua rakaat dan diiringi dengan dua khutbah selepas selesai solat.

Bagi yang ingat-ingat lupa tutorial solat sunat Aidil Fitri ni (maklum la solatnya setahun sekali), jom kita sama-sama segarkan semula ingatan kita.

Lafaz niat solat sunat Aidil Fitri,


Maksudnya : "Sahaja aku solat sunat Aidil Fitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala"

Kemudian selepas doa iftitah pada rakaat pertama, bertakbir intiqolat 7 kali mengikut imam diselangi dengan lafaz tasbih seperti di bawah.


Selesai rakaat pertama selepas bangun dari sujud, bertakbir intiqolat 5 kali mengikut imam diselangi dengan lafaz tasbih seperti di atas.

Selepas selesai solat dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam, luangkanlah sedikit masa untuk mendengar khutbah yang disampaikan sebelum kita meneruskan aktiviti menziarah tu.

Mudah mudahan tutorial solat sunat Aidil Fitri ni sedikit sebanyak dapat membantu ingatan kita untuk melaksanakannya nanti. 



2 comments:

  1. Tinggal tak sampai 24 jam lagi untuk solat Hari Raya.

    Bagus panduan ini boleh refresh balik. :-)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya n maaf zahir batin utk bro sekeluarga

    ReplyDelete