11 August 2012

Tak malu tak puasa

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Minggu ni dalam kelas aku tu budak-budak asyik cakap pasal raya je. Teruja sangat sebab hari raya bakal menjelma. Macam aku dulu masa budak-budak pun sama jugak. Paling tak sabar nak tunggu hari raya (sebenarnya tak sabar nak kumpul duit raya).

Dalam minggu lepas jugak rasa macam tercatat rekod masa menunggu paling lama kat klinik. Bayangkan la dari jam 8 pagi kami menjejakkan kaki ke pintu klinik, jam 12 tengahari baru selesai urusan.


Kalau bukan sebab anak kedua aku tu perlu mendapatkan suntikan, mau lari balik rumah tidur je. Tapi sebab sudah ditemujanjikan, bersabar aje la. Dan tak pasal-pasal anak aku tu nak kena disuntik BCG sekali lagi sebab katanya suntikan terdahulu tak berparut.

Dan boleh dikatakan jugak dalam minggu ni agak banyak aktiviti keluar. Dan kebanyakannya tak berapa nak dirancang. Minggu sebelumnya tu tanpa dirancang, boleh pulak tersampai ke AEON Station 18. Tu pun tak sempat nak ronda habis sebab masa tak berapa nak mengizinkan.

Dengan anak yang meragam dan meragam. Ye, dua-dua sekali meragam. Memang fenin kepala jugak dibuatnya. Nak cuci mata pun tak puas. Tapi ruang surau yang disediakan memang amat selesa berbanding kompleks beli belah yang ada sekitar Ipoh ni.


Kat situ jugak dalam 'mengejar' anak yang berlari riang, sempat lagi aku menunaikan kewajiban membayar zakat fitrah bila terserempak dengan amil zakat yang menanti kat situ. Nak bayar dekat kariah sendiri tak berkesempatan lansung nak bersua dengan amil.

Semalam masih lagi dalam suasana aktiviti luaran. Dari tujuan asal untuk menjelajah pencarian TV bagi menggantikan TV lama yang dah mula menunjukkan tanda-tanda penghujung usia, terus jadi aktiviti berbuka puasa.

Cuma acara makan tu agak dilewatkan sikit. Selepas berbuka puasa dengan hanya sedikit juadah dan air, kami bergegas pulang dulu. Lepas selesai bersolat jemaah isya dan tarawikh baru la acara makan bermula.


Hari ni pun ada aktiviti luaran. Sebab semalam aku ada membelikan untuk isteri tercinta satu kuali La gourmet, hari ni kononnya nak memrasmikannya dengan memasak Lamb Chop tapi sahur tadi aku dah robek keperawanannya dengan memasak telur dadar. 

Esok mungkin berehat kat rumah je. Tak larat jugak nak keluar selalu dengan cuaca yang terik ni. Kering tekak tau. Lagipun takkan nak selamba je tak berpuasa macam budak-budak belia generasi sekarang ni yang cukup tak malu lansung minum disiang hari bulan ramadan ni.




6 comments:

  1. Nampak sibuk dengan persiapan menjelang Hari Raya.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum pipoq...betul tu semakin hari semakin sibuknya bila nak menjelang bulan syawal ni....ada je benda yg harus dilakukan...:)

    ReplyDelete
  3. amboi sibuk bebeno ye...
    untung laa

    hehehe

    ReplyDelete
  4. hujung2 ni aktiviti luar mmg banyak je.. kami dah kot.. ala kadar je..

    serius ada belia2 minum air siang hari? aduh..

    ReplyDelete
  5. Dulu memang tak sabar nak raya. Tapi sekarang bila dah ada ilmu mengenai Ramadhan terasa Allah beratnya nak meninggalkan ramadhan :(

    ReplyDelete