26 August 2012

Jangan lupa

  6 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Hari terakhir bercuti sempena sambutan hari raya Aidil Fitri agaknya memberikan semangat atau terasa berat untuk memulakan tugasan kembali bermula esok pagi ? 

Bagi pengguna jalanraya yang berhemah dan mematuhi peraturan sepanjang kesibukan cuti raya ni, alhamdulillah dan teruskan sikap yang baik camtu sepanjang hayat. 


Bagi yang baru tiba kembali ke rumah masing-masing selepas beraya sakan tu, rajin-rajinkan la diri untuk mengelap habuk-habuk yang sudah bertompok diperabot dan lantai tu.

Anak anak pastinya seronok dalam masa seminggu ni mengumpul duit raya je. Mak ayah pulak silap haribulan kena 'pinjam' duit raya anak-anak untuk tampung belanja sementara menunggu gaji masuk hujung bulan September nanti.

Walau apa pun, jangan kita terlupa 'kem ibadah' kita selama sebulan yang lepas tu pulak. Mentang-mentang syaitan dah terlepas, kita pun bergabung tenaga kembali dengan diorang tu. 




Related Posts:

  • hantu kesepian [18sgx]  Korang pernah nampak hantu ? Tipu la kalo cakap tak pernah. Abis tu yang korang nampak dalam filem tu apa ? Tadi kat tempat kerja, kawan kawan … Read More
  • ada diskaun ke tak ? Dua hari lepas sorang kawan aku ni merungut kerana terpaksa beratur panjang berjela untuk menyemak saman trafik di ibu pejabat polis trafik Ipoh… Read More
  • perancangan tak terancang Tak lama lagi kerja aku akan tamat untuk tahun ni. Berapa hari je lagi ni dah boleh yippiyayee. Setelah berhempas pulas sepanjang tahun, nak jugak ke… Read More
  • tambat bertambat  Fenomena yang tak la baru sangat dalam dunia rangkaian sosial ni dinamakan saling tambat menambat. Aku tak pernah lagi la menceburkan diri dala… Read More
  • santapan percuma buat si comel Hari ni dengan bermurah hatinya aku mengadakan majlis santapan percuma untuk si comel. Nampak gambar kat atas ni ? Haa..tu la santapannya. Enak je ka… Read More

6 comments: